Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all 51640 articles
Browse latest View live

Mark Zuckerberg Berkata Pertarungan MMA Dengan Elon Musk Belum Dipersetujui

$
0
0

Elon Musk sebelum ini berkata beliau ingin bertarung dengan Mark Zuckerberg dalam sangka mengikut peraturan MMA. Di X, Elon mendakwa pertarungan akan berlangsung di bangunan Colosseum, Itali seakan zaman gladiator ribuan tahun yang lalu dengan siaran langsung di X serta Facebook.

Tetapi Mark Zuckerberg kini berkata pertarungan masih belum dipersetujui kedua-dua pihak. Beliau turut berkata ingin mengambil serius pertarungan dengan Musk. Oleh itu penglibatan badan profesional UFC atau One adalah perlu bagi memenuhkan kad dengan perlawanan-perlawanan yang menarik.

Sejak mengatakan beliau ingin membelasah Zuckerberg di dalam gelanggang oktagon, Elon Musk beberapa kali memberikan alasan untuk menangguhkannya pula. Terbaru beliau mendakwa terdapat kecederaan pada tubuh yang memerlukan pembedahan yang akan menyebabkan beliau tidak boleh bertarung selama beberapa bulan.

Adakah Mark Zuckerberg dan Elon Musk akan benar-benar bertarung dalam masa terdekat? Yang pasti Mark Zuckerberg mempunyai kelebihan kerana sudah terlibat dalam seni bela diri MMA sejak beberapa tahun yang lalu serta telah memenangi beberapa perlawanan amatur.

Baca lanjut di Amanz .

Cristiano Ronaldo Menjadi Pengguna Instagram Pertama Dengan 600 Juta Pengikut

$
0
0

Pemain bola sepak Portugal Cristiano Ronaldo menjadi pengguna Instagram pertama dengan 600 juta pengikut. Beliau berjaya mencapai angka bersejarah ini hari ini menjadikan akuan beliau kedua paling banyak jumlah pengikut di belakang Instagram dengan 650 juta pengikut. Ini bermakna setaip satu daripada 13 manusia di bumi adalah pengikut akaun Instagram beliau.

Pesaing terhampir beliau ialah Lionel Messi dengan 480 juta pengikut setakat ini. Jumlah pengikut Messi meningkat mendadak beberapa minggu lalu apabila beliau menyertai pasukan bola sepak Inter Miami. Tetapi Ronaldo masih lagi jauh di hadapan walaupun sekadar bermain untuk kelab bola sepak Al Nassr di Arab Saudi.

Messi mungkin dinobatkan oleh ramai peminat bola sepak sebagai pemain terbaik dunia selepas memenangi Piala Dunia 2022 tetapi dari segi pengikut media sosial Ronaldo masih lebih “siu” daripada beliau.

Baca lanjut di Amanz .

Corsair K70 Max Dilancarkan Dengan Suis Mekanikal Magnetik

$
0
0

Papan kekunci Corsair K70 Max telah dilancarkan dengan suis mekanikal-magnetik. Menurut Corsair, suis Corsair MGX mekanikal-magnetik ini membolehkan satu suis kekunci diprogramkan oleh pemilik untuk mengesan lebih daripada satu tekanan.

Kerana terdapat magnet, pemilik boleh menetapkan tahap sensitiviti kekunci dengan keperincian 0.1mm. Ini membolehkan sebagai contoh butang W ditekan untuk bergerak ke hadapan dalam permainan video dan kemudian apabila ditekan lebih dalam akan membuatkan watak berlari.

Setiap kekunci diperbuat daripada bahan PBT setebal 1.5mm dengan ia turut mempunyai satu lampu RGB. Tubuh K70 Max pula diperbuat daripada bahan aluminium yang tahan lasak. Papan kekunci ini hanya berfungsi secara berwayar. Terdapat satu butang berputar untuk kawalan audio komputer serta panel LCD yang memaparkan profil yang dipilih oleh pemilik.

Corsair K70 Max dijual pada harga $230 (~RM1056) dengan ia ditawarkan dengan satu pelapik tangan yang diperbuat daripada busa memori.

Baca lanjut di Amanz .

Apple Menguji Cip M3 Ultra Dengan CPU 32 Teras Dan GPU 80 Teras

$
0
0

Cip paling berkuasa ditawarkan Apple kepada pengguna ialah M2 Ultra dengan CPU 24-teras, dan GPU 76-teras. Menurut laporan Mark Gurman di Bloomberg, cip Apple M3 Ultra yang sedang dibangunkan sekarang akan meningkatkan lagi prestasi menerusi penambahan teras pada CPU dan GPU.

Gurman mengatakan cip M3 Ultra kelak akan dilengkapi CPU 32 teras dan GPU 80 teras. Ia besar kemungkinan akan diberikan kepada Mac Pro dan Mac Studio baharu untuk tugasan yang memerlukan kuasa memproses yang tinggi menjelang penghujung 2024.

Sebagai perbandingan cip Apple M3 biasa hanya akan dilengkapi CPU 8 teras dan GPU 10 teras sahaja. Cip ini akan diberikan kepada MacBook Air 13″ dan MacBook Pro 13″. Kedua-dua model baharu MacBook ini mungkin akan dijual bermula Oktober ini. Sementara itu cip Apple M3 Pro pula kelak dipercayai akan dilengkapi CPU 14 teras dan GPU 32 teras. Akhir sekali Apple M3 Max pula dengan CPU 16 teras dan GPU 40 teras.

Baca lanjut di Amanz .

Apple Watch X Dengan Rekaan Lebih Nipis Sedang Dibangunkan

$
0
0

Apple Watch akan menyambut ulang tahun jualannya yang ke sepuluh pada tahun 2025. Sempena ulang tahun yang penting ini, Apple Watch X akan dilancarkan dengan rekaan serba baharu menurut laporan Mark Gurman untuk Bloomberg.

Rekaan tubuh Apple Watch X dikatakan akan lebih nipis. Perubahan paling besar yang dilakukan sejak dilancarkan untuk model biasa dan bukan Apple Pro. Tambah Gurman lagi, Apple juga akan menawarkan Watch X dengan sistem sambungan tali bermagnet. Maklumat lebih lanjut mengenai sambungan bermagnet ini masih lagi misteri.

Skrin adalah dari jenis microLED yang lebih moden berbanding skrin OLED yang digunakan sekarang. Rekaan Apple Watch kini sudahpun dianggap ikonik dan sebarang perubahan drastik pasti akan menimbulkan pelbagai persoalan. Tetapi selepas sedekad dilancarkan sudah tiba masanya ia diubah sama seperti iPhone melakukan perubahan drastik menerusi iPhone X lima tahun yang lalu.

Baca lanjut di Amanz .

Telegram Dijangka Perkenal Ciri “Stories” Untuk Semua Melalui Kemaskini Akan Datang – Tidak Terhad Untuk Pengguna Berbayar

$
0
0

Telegram buat masa ini sedia menawarkan sokongan Telegram Stories yang memudahkan pengguna berkongsi gambar, video atau teks yang hilang selepas suatu tempoh masa – lebih kurang seperti pada Instagram atau Facebook. Namun, ciri ini hanya terhad kepada pengguna berbayar Telegram Premium sahaja buat masa ini.

Melalui kemaskini Telegram Beta terbaru, pihak Telegram dilihat telah mengaktifkan ciri berkenaan untuk semua pengguna perkhidmatan permesejan tersebut – walaupun tidak melanggan pelan Telegram Premium.

Sebaik sahaja ia ditawarkan kepada versi stabil, ia dijangka semua pengguna boleh berkongsi Telegram Stories, dan tidak terhad kepada pelanggan berbayar sahaja. Memandangkan versi beta baharu telah dalam fasa ujian, maka kita mungkin melihat versi baharu Telegram menyusul dalam beberapa minggu lagi.

Baca lanjut di Amanz .

Ciri Screen Lock Mula Ditawarkan Kepada Pengguna WhatsApp Web Terpilih

$
0
0

WhatsApp kini menyediakan satu lagi cara baharu untuk melindungi privasi pengguna menerusi ciri dinamakan Screen Lock. Ia telah mula ditawarkan kepada pengguna WhatsApp Web terpilih untuk dicuba, yang mana aksesnya boleh disemak dengan cara klik pada bahagian WhatsApp Setting > Privacy.

Penggunaannya juga mudah yang memerlukan pengguna memasukkan kata laluan sahaja utnuk membuka WhatsApp Web. Menariknya lagi apabila tiada sebarang pemberitahuan akan muncul sekiranya berlaku kegagalan sewaktu proses log masuk dilakukan. Kemudian sekiranya terlupa kata laluan, pengguna masih diberi pilihan untuk log masuk menggunakan imbasan QR disediakan dengan syarat perlu log keluar terlebih dahulu.

Pengenalan ciri ini dianggap menarik kerana menawarkan kelebihan dari segi privasi yang menghalang orang lain daripada sesuka menceroboh maklumat peribadi tanpa kebenaran. Buat masa ini hanya pengguna terpilih yang boleh mencuba dan ia akan dilancarkan kepada lebih ramai orasng dalam beberapa minggu akan datang.

Baca lanjut di Amanz .

YouTube Semakin Agresif Memberikan Amaran Kepada Pengguna Penghalang Iklan

$
0
0

Pemalam menghalang iklan atau AdBlock digunakan oleh individu yang tidak mahu dihujani iklan pada pelayar web desktop. Tetapi YouTube kini semakin agrefi memberikan peringatan kepada pengguna AdBlock supaya berhenti menggunakannya dan mempromosikan YouTube Premium.

Dalam sistem terbaru yang ditemukan oleh pengguna Reddit u/MaybeCrispWaffles, amaran untuk tidak menggunakan AdBlock kini hadir dengan jam pemasa. Selepas 30-60 saat barulah video boleh ditonton. Sebelum ini pengguna masih boleh menonton 2-3 video dengan AdBlock diaktifkan. Terdapat dua butang satu untuk melanggan YouTube Premium dan satu lagi untuk mematikan AdBlock.

Walaupun kami akui YouTube Premium ialah langganan yang berbaloi kerana menghalang iklan, dengan harga langganannya serta platform penstriman lain baru sahaja meningkat ia mendatangkan beban kepada pengguna. Kita sudah tiba ke era perlu lebih memilih apakah yang perlu dilanggan setiap bulan.

Baca lanjut di Amanz .

Amazfit Cheetah (Square) Ditawarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada RM999

$
0
0

Amazfit kini menyediakan pilihan baharu untuk peranti boleh pakai di bawah siri Cheetah. Jika sebelum ini anda boleh mendapatkan Amazfit Cheetah dengan kerangka berbentuk bulat, kini giliran Amazfit Cheetah (Square) pula ditawarkan di Malaysia.

Seperti namanya perbezaan ketara yang boleh dilihat sudah semestinya pada rekaan kerangka yang kini berbentuk empat segi. Skrin juga lebih besar 1.79″ AMOLED berbanding 1.39″ yang digunakan pada Amazfit Cheetah (Round). Dalam masa sama ia juga mempunyai dua butang fizikal yang sudah semestinya boleh digunakan untuk kawalan lebih pelbagai.

Pun begitu tiada perubahan spesifikasi dalaman yang dibuat oleh Amazfit. Ini bermakna pelbagai ciri kesihatan serta kecergasan standard yang merangkumi pemantauan kadar jantung, pola tidur, SpO2, tekanan harian dan lebih 150 mod sukan terbina boleh ditemui padanya.

Turut disertakan adalah kebolehan GPS yang tepat menerusi sokongan L1 + L5 GPS terbina. Di samping turut melepasi penarafan kalis air 5ATM, namun tiada mikrofon dan pembesar suara terbina yang semestinya tidak menyokong panggilan bluetooth. Bateri bagaimanapun sedikit kecil yang menawarkan ketahanan mencapai 8 hari.

Baca lanjut di Amanz .

Kemaskini Sekuriti Downfall Untuk CPU Intel Menyebabkan Penurunan Prestasi Yang Mendadak

$
0
0

Pada minggu lepas kami telah melaporkan mengenai kerentanan sekuriti Downfall untuk sejumlah besar siri cip pemprosesan Intel Core yang dilancarkan, dari siri Skylake sehinggalah Rocket Lake.

Intel dilihat sudahpun mengeluarkan kemas kini sekuriti yang memperbaiki kerentanan ini, tetapi menurut laman web ulasan perkakasan Linux Phoronix, yang telah menguji prestasi cip-cip pemprosesan ini selepas kemas kini ini dikeluarkan, mereka mendapati bahawa sejumlah daripadanya telah memperlihatkan penurunan dari segi prestasi.

Intel Malay

Laman web tersebut menggunakan perisian penanda-aras seperti OSPRay dan Neural Magic untuk menguji kemampuan CPU sebelum dan selepas kemas kini tersebut digunakan, dan memperlihatkan kejatuhan prestasi setinggi 33 peratus selepas ia dipasang.

Menurut ulasan tersebut, prestasi pasca-kemaskini masih tidak seteruk 50 peratus seperti apa yang disarankan Intel, tetapi untuk mereka yang menggunakan cip pemprosesan Intel untuk tujuan seperti suntingan video, pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan dan sebagainya, ia akan menyebabkan penurunan ketara dari segi produktiviti.

Intel telahpun mengatakan bahawa ia dijangka bahawa kemaskini akan menyebabkan penurunan prestasi setinggi 50 peratus untuk proses dan tugasan tertentu, dan walaupun kejatuhan prestasi yang diperlihatkan tidaklah seteruk yang dijangka, ia masih lagi menyebabkan isu untuk mereka yang memerlukan kuasa pemprosesan tersebut.

Baca lanjut di Amanz .

Microsoft Surface Laptop Studio 2 Kini Di Pangkalan Data SIRIM – Bakal Tiba Di Pasaran Tempatan Kelak

$
0
0

Microsoft, nama teknologi yang cukup terkenal untuk penawaran perisian dan juga perkakasan mereka dijangka akan memperkenalkan model komputer riba Surface Laptop Studio 2, kemaskini kepada komputer riba kelas produktiviti kreatif mereka tidak lama lagi.

Butiran awal yang diketahui mengenai komputer riba ini ialah ia akan hadir dengan gimik paparan boleh dipusing untuk diijadikan sebuah tablet menggunakan teknologi Dynamic Woven Hinge, dan akan dikuasakan oleh gabungan siri cip pemprosesan Intel generasi ke-13 Rocket Lake dan juga siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4000.

Pasaran Malaysia secara lazimnya akan menerima penawaran Microsoft Surface baru hanya beberapa bulan selepas ia diumumkan, tetapi kini, Nextrift telah menemui bahawa butiran mengenai komputer riba ini sudahpun memasuki pangkalan data SIRIM pada 9 Ogos yang lalu.

Ia dibawa masuk oleh pengedar kelengkapan komputer tempatan Ingram Micro dan juga VSTECS Astar, dan tidak mengejutkan sekiranya ia akan diperkenalkan untuk pasaran tempatan sejurus selepas ia diumumkan secara rasmi oleh pihak Microsoft.

Baca lanjut di Amanz .

Singapura Hasilkan Daging Sotong Cetakan 3D Berasaskan Sayuran

$
0
0

Teknologi menghasilkan daging lembu, ikan, ayam dan khinzir berasaskan sayur-sayuran telah mata sejak empat tahun yang lalu. Firma Malaysia Phuture Food adalah antara yang terawal cuba memberikan cabaran kepada syarikat Impossible Meat. Kini penyelidik dari National University of Singapore (NUS) berjaya menghasilkan pula daging sotong yang diperbuat daripada sayuran menggunakan cetakan 3D.

Daging sotong berbentuk gelung yang dihasilkan bukan sahaja mempunyai tekstur yang sama dengan daging sebenar tetapi juga mempunyai rasa yang sama. NUS memulakan kajian daging berasaskan sayur kerana menyedari hakikat di masa hadapan sumber makan laut akan berkurangan. Ini ialah isu yang besar bagi Singapura yang mengimport 90% bekalan makanan laut mereka.

Untuk menghasilkan sotong cetakan 3D ini, NUS menunggunkan bahan mikroalga dan kacang hijau yang dicampurkan dengan minyak berasaskan tumbuhan mengandungi asid lemak omega-3 bagi memastikan ia berkhasiat untuk dimakan. Kerana ia berasaskan sayuran, daging sotong ini boleh dimakan dengan selamat oleh mereka yang mempunyai alahan kepada makanan laut.

Penyelidik kini akan menghasilkan lebih banyak prototaip daging berasaskan sayuran dan menilai bagaimana ia boleh dibangunkan untuk skala besar. Perubahan iklim sudahpun dilihat menyebabkan pengurangan jumlah haiwan di lautan. Jika ini berterusan mungkin di masa hadapan satu-satunya cara untuk menikmati makanan laut ialah menerusi yang berasaskan sayur.

Baca lanjut di Amanz .

Intel Menamatkan Pengeluaran Sejumlah Siri Komputer NUC Mereka

$
0
0

Pada bulan Julai yang lalu, Intel telah mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan pelaburan baru keatas siri komputer kerdil mereka, Next Unit of Computing, tetapi akan membenarkan rakan pembangun perkakasan mereka untuk membangunkan komputer tersebut.

Terkini, Intel telah mengeluarkan kenyataan Product Change Notification berkenaan sejumlah produk-produk NUC sedia ada mereka, termasuklah NUC 12 Enthusiast, NUC X15 Laptop Kit dan NUC P14E Laptop.

Menurut notis tersebut, Intel mengatakan bahawa mereka akan menghentikan pengeluaran produk-produk ini bermula 18 Ogos, yang juga merupakan hari terakhir yang mana para pengedar dan pembangun peranti boleh membuat pesanan terakhir untuk produk-produk ini.

Apa yang menarik mengenai pengumuman ini ialah dua daripada produk ini, iaitu NUC 12 Enthusiast dan juga NUC X15 merupakan produk-produk yang sangat unik. NUC 12 Enthusiast tampil dengan cip pemprosesan Intel generasi ke-12 Alder Lake dan juga sebuah kad grafik Intel Arc A770M, yang merupakan penawaran penuh CPU+GPU Intel.

Komputer riba NUC X15 pula baru sahaja diperkenalkan pada suku ketiga tahun lepas dan merumahkan siri cip pemprosesan Intel generasi ke-12 untuk komputer riba dan merumahkan kad grafik Intel Arc A730M dan menawarkan sokongan teknologi seperti Thunderbolt 4, USB 3.2 dan juga WiFi 6.

Pilihan Intel untuk menghentikan pengeluaran komputer NUC mereka bukanlah sesuatu yang mengejutkan, tetapi untuk beberapa produk ini, ia agak aneh kerana ia baru sahaja diumumkan, dan jangkaannya ialah ia akan disokong untuk beberapa ketika lagi.

Baca lanjut di Amanz .

Maybank MAE Akan Tambah Sokongan Multi-Akaun Pada Suku Ke-4 2023

$
0
0

Maybank kini berkongsi mengatakan mereka akan menambah penggunaan dan sokongan untuk lebih daripada satu akaun di aplikasi MAE menjelang suku ke-4 tahun 2023 ini. Dengan langkah ini, ia sekaligus akan mengatasi masalah yang dihadapi oleh ramai pengguna – dimana tiadk boleh menggunakan lebih daripada satu akaun pada satu peranti pada sesuatu masa.

Maybank dipetik mengatakan tidak menyokong lebih daripada satu akaun buat masa ini, atas beberapa faktor, termasuk disebabkan arahan BNM.

Baru-baru ini, pihak Maybank telah meminta pengguna beralih ke MAE, termasuk untuk pengesahan transaksi. Namun, beberapa pengguna yang memiliki lebih daripada satu akaun, termasuk akaun perniagaan menghadapi masalah kerana satu peranti hanya dibenarkan mengakses satu akaun sahaja.

Dengan ciri baharu yang bakal menyusul pada suku ke-4 2023 kelak, Maybank dijangka mengatasi masalah utama yang dihadapi ramai pengguna ini.

Baca lanjut di Amanz .

Rekaan Fon Telinga Nirwayar Jabra Elite 10 Dan Elite 8 Active Tertiris

$
0
0

Jabra sering dikatakan hadir dengan produk yang bukan sahaja memberi fokus terhadap ciri, malahan kualiti audio yang baik. Ini secara tidak langsungnya telah membuka ruang kepada pengguna untuk memilih apa yang sesuai dengan keperluan.

Terbaharu dua fon telinga baharu Jabra dikenali sebagai Jabra Elite 8 Active dan Jabra Elite 10 didapati tertiris menerusi imej pengolokan tular. Kedua-duanya menampilkan fon jenis dalam telinga tanpa tangkai dengan putik silikon pelbagai saiz. Ini digabungkan lagi dengan pod pengecas berbentuk bujur yang juga disediakan dalam beberapa pilihan warna termasuk Navy Blue, Black dan Beige.

Seterusnya fon telinga juga dijangka melepasi penarafan air IP68, sementara itu pod pengecasannya pula dilindungi IP54. Turut disertakan adalah kebolehan ANC yang dipertingkatkan untuk pengalaman audio lebih emersif. Butiran lanjut mengenai spesifikasi masih kekal misteri, begitu juga dengan tarikh pelancarannya.

Baca lanjut di Amanz .

Black Shark GT, GT Neo Dan S1 Diperkenalkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM149

$
0
0

BlackShark kini mengumumkan ketersediaan tiga produk baharu buat pengguna di Malaysia. Melaluinya jam tangan BlackShark GT Neo, BlackShark GT dan BlackShack S1 diumumkan yang masing-masing berharga RM149, RM199 dan RM299. Menariknya lagi apabila BlackShark GT Neo boleh dibeli dengan harga serendah RM99 untuk masa terhad iaitu 17 dan 18 Ogos 2023.

Perbezaan ketara yang boleh dilihat sudah semestinya pada kerangka utama yang mana BlackShark GT (AMOLED) dan GT Neo (TFT LCD) berbentuk empat segi dengan pilihan warna hitam. Sementara itu BlackShark S1 (AMOLED) pula dilengkapi kerangka berbentuk bulat yang dipadankan dengan tali silikon bewarna putih. Kelebihan turut diberikan pada BlackShark S1 yang memuatkan dua butang kawalan, berbanding satu butang yang terdapat pada BlackShark GT dan GT Neo.

Pun begitu secara umumnya ketiga-tiga jam tangan ini berkongsi sebahagian besar spesifikasi dalaman yang sama. Ini bermakna pelbagai ciri kesihatan serta kecergasan standard yang merangkumi pemantauan kadar jantung, pola tidur, SpO2, tekanan harian dan lebih 100 mod sukan terbina boleh ditemui pada ketiga-tiga produk. Turut disertakan adalah kebolehan membuat panggilan secara bluetooth dan kalis air IP68.

Baca lanjut di Amanz .

Internet Archive Disaman Label Muzik Kerana Pendigitalan Lagu-Lagu Klasik

$
0
0

Hakcipta kreatif merupakan sebuah topik yang sangat sensitif dikalangan profesional kreatif, khususnya di Amerika Syarikat. Terkini, ia telah dilaporkan bahawa Internet Archive, laman web yang memfokuskan kepada pengarkiban maklumat digital secara sumber terbuka kini telah disaman oleh sejumlah label muzik di Amerika Syarikat, termasuklah Sony Music Entertainment, Universal Music Group dan lain-lain.

Saman ini difailkan kerana salah satu daripada projek Internet Archive yang dinamakan The Great 78 Project, yang bertujuan untuk memastikan kelangsungan lagu-lagu yang dahulunya disimpan didalam cakera 78RPM. Fail-fail audio ini secara lazimnya ialah lagu-lagu klasik yang didendangkan oleh artis terkenal pra 1972 seperti Frank Sinatra, Louis Armstrong dan Bill Murray.

Menurut pemfailan saman ini, lagu-lagu yang ditawarkan secara percuma oleh Internet Archive sudahpun boleh didengari melalui platform-platform penstriman popular sedia ada, dan tiada keperluan untuk badan tersebut menawarkan lagu-lagi ini kerana ia sudahpun disimpan secara digital. Mereka juga mengatakan bahawa penawaran lagu-lagu ini yang diberikan secara percuma sudah jauh melangkaui keperluan untuk pemeliharaan dan penyelidikan teknologi lama.

Label-label muzik ini dilihat menyaman Internet Archive untuk $150 ribu (~RM691 ribu) bagi setiap lagu yang dimiliki oleh mereka, dan jumlah saman tersebut dilihat mencecah $237 juta (~RM1.1 bilion)

Baca lanjut di Amanz .

Monitor Gaming Illegear APEX 27 Berharga RM1,199 Di Malaysia

$
0
0

Monitor Illegear APEX 27 telahdiperkenalkan secara rasmi di Malaysia sekaligus melengkapkan lagi segmen produk berkenaan. Anda yang berminat boleh mendapatkannya sekarang menerusi pengedar sah Illegear Malaysia dengan harga jualan RM1,199 sebuah. Menariknya apabila potongan tunai sehingga 5% beserta ansuran sehingga dua tahun dengan faedah 0% turut disediakan untuk pembelian yang dibuat sekarang.

Seperti namanya monitor ini dilengkapi dengan skrin IPS sebesar 27″. Ia juga menyokong resolusi maksimum 2560 X 1440 WQHD, kadar segar semula 165Hz, masa tindak balas 1ms dan HDR (400nits). Turut disertakan adalah dua port HDMI2.0, dua Display Port 1.4, bicu audio dan pembesar suara stereo 2 Watt disertakan.

Baca lanjut di Amanz .

Maxis Akan Menawarkan Perkhidmatan 5G Bermula Esok, 15 Ogos 2023

$
0
0

Maxis hari ini mengumumkan mereka akan melancarkan perkhidmatan 5G kepada para pelanggan mereka, bermula esok, 15 Ogos 2023. Selari dengan pengenalan ini, beberapa pelan baharu turut akan ditawarkan kepada pelanggan menawarkan data hampir dua kali ganda berbanding sedia ada.

Maxis mengatakan pelan pascabayar baharu akan bermula RM79 sehingga RM199 sebulan, dan menawarkan pelan data sehingga 200GB. Sementara untuk pelan prabayar pula, Maxis akan menawarkan pelan prabayar Hotlink 5G pada harga bermula RM45 sebulan untuk 50GB + 25GB data 5G bonus. Pelan pascabayar Hotlink baharu dengan 5G pula dijangka ditawarkan pada harga RM70 sebulan untuk 70GB data 4G / 5G bersama 35GB data 5G bonus.

Disamping itu, Maxis juga dijangka menyediakan pelan WiFi kediaman Maxis 5G, pada harga RM158 sebulan untuk penggunaan tanpa had.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan esok untuk melihat lanjut pelan 5G oleh Maxis ini.

Baca lanjut di Amanz .

Xiaomi MIX Fold 3 Dilancarkan Dengan Snapdragon 8 Gen 2 Leading Edition Dan Kamera Leica

$
0
0

Xiaomi MIX Fold3 dilancarkan hari ini dengan rekaan yang nipis, pemproses yang cukup berkuasa dan turut menjadi peranti skrin boleh-lipat pertama di dunia dengan sistem kuad kamera. Tidak seperti Z Fold5 yang dilancarkan tiga minggu yang lalu, MIX Fold 3 mempunyai tubuh yang cukup nipis membuatkannya kelihatan seperti sebuah telefon pintar jenis candybar biasa.

Untuk skrin luar, Xiaomi menggunakan panel 6.56-inci E6 OLED yang menyokong kadar segar semula tinggi 120Hz LTPO. Skrin di luar membolehkan penggunaan bezel nipis dan penggunaan seakan peranti biasa dengan skrin 21:9. Ini meletakkannya setanding dengan rekaan Vivo X Fold 2 dan Huawei Mate X3.

Skrin dalam peranti pula bersaiz 8.03-inci E6 OLED LTPO dengan kadar segar semula tinggi 120Hz. Ia turut menggunakan panel kaca UTG hanya setebal 0.03 mm yang membuatkan garisan lipatan pada skrin tidak begitu ketara menurut Xiaomi.

Rekaan model tahun ini semakin nipis iaitu 5.26mm bila dibuka dan 10.96mm apabila ditutup. Ini dilakukan dengan engsel baharu yang yang melepasi ujian TUV Rheinland dibuka dan tutup sehingga 500,000 kali. Ia juga membolehkan skrin dibuka serta dikekalkan pada sudut antara 45-135 darjah untuk Hover Mode yang setanding dengan yang ditemukan pada Z Fold5.

Xiaomi MIX Fold 3 dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 2 Leading Edition yang dipadankan dengan memori sehingga 16GB RAM, storan dalaman sehingga 1TB dan bateri 4800mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W secara berwayar serta 50W secara nirwayar.

Untuk kamera ia menggunakan konfigurasi kuad-kamera yang menggabungkan lensa sudut lebar 50MP f/1.77 OIS, ultra sudut lebar 13MP f/2.2, telefoto 3.2X 10MP f/2.0 OIS dan telefoto 5X 10MP f/2.92 OIS.

Kamera swatoto pula adalah 20MP di luar serta dalam yang diletakkan pada lubang skrin. Kamera sekali lagi menggunakan lensa Leica Summicron dengan terdapat beberapa mod yang memberikan rakaman seakan diambil menggunakan kamera Leica sebenar.

Untuk audio, Xiaomi mengekalkan speaker stereo dengan Dolby Atmos. Peranti ini menjalankan MIUI Fold 14 iaitu sistem operasi baharu MIUI yang dibina khusus untuk peranti dengan skrin boleh-lipat. Ia dibina berasaskan Android 13 dan menyokong banyak aplikasi pihak ketiga untuk penggunaan multi-tugasan serta paparan lebih baik dalam mod tablet.

Peranti ditawarkan dalam kemasan kaca tetapi Xioami turut menawarkan edisi gentian komposit yang menurut mereka adalah 36x lebih tahan lasak berbanding kaca biasa.

Harga jualan Xiaomi MIX Fold 3 adalah.

  • RMB 8999 (~RM5631) – untuk 12/256 GB
  • RMB 9999 (~RM6257) – untuk 16/512 GB
  • RMB 10999 (~RM6883) – untuk 16/1000 GB
Baca lanjut di Amanz .
Viewing all 51640 articles
Browse latest View live