Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all 51640 articles
Browse latest View live

Xiaomi Pad 6 Max Kini Rasmi – Skrin 14″ 2.8K 120Hz Dan Cip Snapdragon 8+ Gen 1

$
0
0

Acara pelancaran hari ini turut memperlihatkan Xiaomi hadir dengan tablet baharu iaitu Pad 6 Max. Ia diberi peningkatan yang menarik khususnya skrin lebih besar bersaiz 14″ bagi tujuan pengalaman tontonan yang mengasyikkan. Ini ditambahbaik lagi dengan sokongan skrin beresolusi 2.8K yang juga menyokong kadar segar semula 120Hz.

Seterusnya cip Snapdragon 8+ Gen 1, memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman mencapai 1TB digunakan sebagai tunjang utama. Turut dimuatkan adalah dwi-kamera utama 50MP + 2MP dan kamera swafoto pula sebesar 20MP. + ToF.

Kapasiti baterinya pula sebesar 10,000mAh dan menyokong pengecasan berwayar 67W serta nirwayar 33W. Empat pembesar suara juga diberikan pada tablet ini, dalam masa sama turut menyokong papan kekunci serta stylus bagi tujuan kerja lebih produktif.

Harga jualan Xiaomi Pad 6 Max bermula RMB3,599 (~RM2,286) (8GB/256GB), RMB3,799 (~RM2,413) (12GB/256GB), RMB4,199 (~RM2,667) (12GB/512GB) dan RMB4,599 (~RM2,921) (16GB/1TB) dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan kelabu.

Baca lanjut di Amanz .

Xiaomi Band 8 Pro Dilancarkan Dengan Skrin AMOLED 1.74″ Dan Bateri 14 Hari

$
0
0

Xiaomi Band 8 Pro telah diumumkan secara rasminya di China sebentar tadi. Ia menjadi variasi kemaskini untuk Xiaomi Band 8 yang diumumkan pada April lalu dengan penambahbaikan dan kemampuan lebih baik.

Antaranya seperti skrin kini lebih besar 1.74-inci berbanding 1.62-inci yang digunakan pada Band 8. Ini digabungkan lagi dengan pilihan tali yang juga boleh diubahsuai mengikut gaya pengguna, yang mana bukan sahaja mempunyai warna yang ceria. Malahan jenis juga berbeza yang merangkumi keluli, kulit dan silikon.

Pelbagai ciri kesihatan dan kecergasan kecergasan standard yang merangkumi pemantauan kadar jantung, pola tidur, SpO2, tekanan harian dan lebih 150 mod sukan terbina turut disediakan. Naiktaraf turut dilakukan pada sensor terbina yang dikatakan mampu mengoptimumkan algoritma untuk bacaan lebih baik.

Turut disertakan adalah ciri NFC serta melepasi penarafan kalis air 5ATM. Bateri 289mAh yang disertakan pula boleh bertahan mencapai dua minggu secara keseluruhannya. Harga jualan Band 8 Pro bermula RMB399 (~RM253) untuk tali keluli/silikon dan RMB499 (~RM285) tali kulit.

Baca lanjut di Amanz .

Redmi K60 Ultra Kini Rasmi Dengan Dimensity 9200+, 24GB RAM Dan IP68

$
0
0

Redmi K60 Ultra akhirnya dilancarkan secara rasmi malam ini dengan ia merupakan sebuah lagi peranti mercu dengan cip pemproses Dimensity 9200+. Ia adalah model yang akan bersaing secara terus dengan K60 Pro yang dilancarkan sebelum ini dengan cip Snapdragon 8 Gen 2.

Peranti ini hadir dengan skrin 6.67″ OLED resolusi 1.5 K, kadar segar semula 144Hz dan keterangan mencecah 2600 nits. Ini dipadankan dengan memori sehingga 24GB LPDDR5X, storan sehingga 1TB UFS 4.0 dan bateri sebesar 5000 mAh yang menyokong pengecasan ultra pantas 120W. Dengan memori yang besar ini, Xioami berkata sehingga sehingga 71 aplikasi boleh diletakkan di latar belakang.

Sementara itu di bahagian belakang terdapat sistem trikamera sudut lebar 50MP, 8MP ultra sudut lebar dan 2MP kedalaman. Di hadapan pula sebuah kamera 16MP pula digunakan dengan ia diletakkan dalam sebuah lubang kamera pada skrin. Dengan cip berkuasa, K60 Ultra boleh merakam video pada resolusi 8K 24FPS.

Ciri menarik yang ada pada K60 Ultra ialah ia melepasi piawaian kalis air IP68 dan skrin pula boleh menyokong kandungan Dolby Vision. Sistem operasi yang digunakan ialah MIUI 14 yang berasaskan Android 13. Pada waktu ini K60 Ultra hanya dipasarkan di China dan tidak diketahui sama ada ia akan ke pasaran global seperti peranti Redmi atau Poco kelak.

Harga jualan Redmi K60 Ultra adalah

  • RMB 2599 (~RM1653) – untuk 12/256 GB
  • RMB 2799 (~RM1780) – untuk 16/256 GB
  • RMB 2999 (~RM1907) – untuk 16/512 GB
  • RMB 3299 (~RM2098) – untuk 16/1000 GB
  • RMB 3599 (~RM2289) – untuk 24/1000 GB
Baca lanjut di Amanz .

Xiaomi CyberDog 2 Turut Dilancarkan Dengan Saiz Lebih Kecil

$
0
0

Dua tahun selepas Xiaomi CyberDog dilancarkan, hari ini Xiaomi CyberDog 2 pula dilancarkan. Kali ini anjing siber ini mempunyai saiz yang lebih kecil kerana menurut Xiaomi model asal menakutkan kanak-kanak. Dari segi saiz ia lebih kecil berbanding anjing dari baka Golden Retriever.

CyberDog 2 hanya seberat 8.9 kg dan sepanjang 36.7cm. Walaupun lebih kecil ia lebih bijak dan kompleks dengan ia dilengkapi 12 motor bagi membolehkan ia bergerak dengan kelajuan 1.6 m/s. Xiaomi berkata mereka membangunkan sendiri motor elektrik untuk CyberDog 2 bagi memenuhi keperluan mereka. Antara ciri baharu yang boleh dilakukan CyberDog 2 ialah melakukan balik kuang berkali-kali.

Selain itu CyberDog 2 lebih bijak kerana boleh berdiri semula dengan pantas sekiranya terjatuh. Kecerdasan buatan telah digunakan dengan model maya dilatih terlebih dahulu bagi membolehkan anjing ini beroperasi tanpa isu di dunia sebenar.

Pemproses cip NX dengan kemampuan 21 TOPS menjadi otak kepada robot ini. Sementara itu pelbagai sensor kamera 2D, kamera 3D, LiDAR, kamera RGB, ToF, RGB, UWB dan banyak lagi disertakan pada tubuh CyberDog 2. Tidak seperti CyberDog asal, CyberDog 2 kini ditawarkan dalam warna biru, kuning dan hitam.

Di China Xiaomi CyberDog 2 dijual pada harga RMB 12,999 (~RM8,266) sahaja dengan ia akan ditawarkan sebagai platform pembangunan robotik dalam jumlah yang terhad.

Baca lanjut di Amanz .

Perbandingan Xiaomi MIX Fold 3, Samsung Galaxy Z Fold5 Dan Vivo X Fold 2

$
0
0

Xiaomi MIX Fold 3 dilancarkan malam ini dengan ia adalah peranti skrin boleh-lipat pertama dengan sistem kuad kamera. Ia turut menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2 Leading Edition serta lensa Leica. Mari bandingkannya dengan Samsung Galaxy Z Fold5 dan Vivo X Fold2.

Baca lanjut di Amanz .

Hotlink Menawarkan Pas 5G Percuma Sehingga 15 September

$
0
0

Maxis hari ini telah mengaktifkan perkhidmatan 5G kepada para pengguna mereka, termasuk pengguna Hotlink. Selari dengannya, untuk pengguna Hotlink sedia ada, anda boleh menebus pas 5G percuma melalui aplikasi Hotlink Red – dan seterusnya menikmati perkhidmatan 5G pada peranti anda yang menyokongnya.

Untuk menebusnya, anda hanya perlu membuka aplikasi Hotlink Red, dan tekan pada ikon baharu “Get 5G”. Anda seterusnya boleh menebus Pas Akses 5G untuk 30 hari secara percuma – sehingga 15 September 2023.

Sebaik sahaja diaktifkan, ia akan digunakan bersama pas internet aktif pengguna, dan menikmati akses rangkaian 5G.

Hotlink turut menyatakan pengguna perlu melanggan pas 5G ini pada bayaran tambahan RM5 sebulan bermula 16 September 2023.

Baca lanjut di Amanz .

Netflix Mula Menawarkan Penstriman Permainan Video Di TV

$
0
0

Seminggu selepas menawarkan aplikasi Game Controller di iOS, Netflix hari memulakan ujian penstriman permainan video terus pada TV kepada pengguna di Kanada dan UK. Ujian skala kecil ini ditawarkan kepada sebilangan kecil pengguna terlebih dahulu. Dalam minggu mendatang pula mereka akan turut memberikan ciri ini ke PC dan Mac menerusi pelayar-pelayar web yang disokong.

Pada waktu ini permainan yang boleh distrim ialah Oxenfree dan Molehew’s Mining Adventure sahaja. Kerana ia masih lagi dalam fasa Beta, TV yang disokong adalah Amazon Fire TV, Chromecast with Google TV, LG, Nvidia Shield, Roku, Samsung, dan Walmart ONN. Lebih banyak peranti lain akan disokong selepas ini.

Sejak dari dahulu lagi Netflix mengatakan pesaing mereka bukan platform penstriman lain tetapi sebaliknya adalah Fornite kerana melihat permainan video sahaja boleh mencuri perhatian orang ramai.

Baca lanjut di Amanz .

Telegram Stories Kini Boleh Digunakan Oleh Semua Pengguna

$
0
0

Telegram hari ini menawarkan kemaskini kepada aplikasi Telegram, sekaligus mengaktifkan ciri Telegram Stories kepada semua pengguna. Ciri ini sebelum ini terhad kepada pengguna berbayar sahaja, tetapi kini ia turut boleh digunakan pengguna Telegram percuma.

Melalui Telegram Stories, pengguna boleh berkongsi gambar atau video sebagai kemaskini sosial, yang mana akan hilang selepas suatu tempoh masa. Pengguna juga turut boleh melakukan tetapan seperti tidak boleh merakamkan skrin dan sebagainya.

Pengenalan ciri ini juga dilihat merupakan sebahagian langkah Telegram untuk menjadi lebih daripada sebuah aplikasi permesejan sahaja seperti dikenali sebelum ini.

Bagi pengguna Telegram, anda boleh mengemaskini aplikasi anda, dan mula menggunakan Telegram Stories ini hari ini.

Baca lanjut di Amanz .

Maxis 5G : Tukar Ke Pelan Baharu, Atau Tambah RM10 Pada Pelan Pascabayar Sedia Ada Untuk 5G

$
0
0

Maxis hari ini telah mengaktifkan perkhidmatan 5G kepada semua pengguna mereka di Malaysia. Melaluinya, para pengguna boleh menikmati akses internet berkelajuan lebih tinggi dan pada kadar pendam yang rendah.

Bersama-sama pengenalan ini, Maxis turut mengumumkan beberapa pelan baharu untuk para pelanggan pascabayar Maxis. Pelan baharu ini hadir pada harga bermula RM79 sebulan untuk 80GB data (4G/5G) + 40GB data 5G, selain dilengkapi panggilan dan SMS tanpa had.

Disamping itu, terdapat beberapa pilihan pelan lain, sehingga RM199 sebulan yang menawarkan 200GB data (4G/5G) + 100GB data 5G, selain panggilan dan SMS tanpa had.

Para pengguna Maxis digalakkan untuk beralih ke pelan baharu ini. Namun, sekiranya ingin kekal pada pelan sedia ada, serta ingin menikmati akses 5G, pengguna boleh mengaktifkannya melalui aplikasi dengan mendapatkan pas akses 5G.

Maxis menawarkan pas akses 5G ini secara percuma selama 30 hari pertama, dan seterusnya pengguna akan perlu membayar RM10 sebulan.

Selain itu, Maxis juga telah mengaktifkan penawaran 5G kepada pengguna pelan Hotlink, dan turut boleh mengaktifkannya melalui aplikasi Hotlink RED.

Baca lanjut di Amanz .

Arab Saudi Dan UAE Juga Memborong Cip AI NVIDIA

$
0
0

Teknologi paling hangat sejak 12 bulan kebelakangan ini ialah kecerdasan buatan (AI). OpenAI memulakan perlumbaan dengan melancarkan ChatGPT sebelum Google melancarkan Bard dan Meta pula melancarkan Llama 2. Seperti yang dapat dilihat pada waktu ini, dunia AI generatif dikuasai oleh negara Barat dengan China sedang cuba mengejar walaupun dengan akses kepada perkakasan dihalang.Menurut laporan Financial Times, negara Timur Tengah juga tidak mahu ketinggalan dan mula memborong cip AI keluaran NVIDIA.

NVIDIA H100

Arab Saudi misalnya memborong lebih 3000 cip NVIDIA H100 yang akan digunakan untuk membina superkomputer Shaheen III di King Abdullah University of Science and Technology (Kaust). Kaust sebelum sudahpun memiliki beberapa ratus cip NVIDIA A100 yang digunakan untuk melatih model bahasa raya untuk kegunaan tempatan.

Kos membeli ribuan cip H100 ini mencecah $120 juta tetapi ia adaalah pelaburan jangka panjang supaya negara tidak perlu bergantung kepada AI keluaran Barat atau China. Di Arab Saudi kajian dalam bidang AI dilakukan dengan sebahagian besar tenaga kerja adalah berasal daripada China.

UAE juga dipercayai membeli ribuan cip AI NVIDIA dan telahpun berjaya melatih LLM mereka sendiri yang diberi nama Falcon. Seperkara lagi yang menarik ialah UAE adalah negara pertama yang mempunyai kementerian khusus untuk kecerdasan tempatan.

Sepanjang 2023, NVIDIA diramalkan akan mengeluarkan 550,000 cip H100. Permintaan untuk cip AI meningkat mendadak dengan ia dilihat bukan sahaja perlu untuk memajukan negara tetapi pada waktu yang sama memastikan negara boleh berdikari tanpa perlu mengeksport teknologi AI negara lain. Minggu lalu beberapa gergasi teknologi China telah dilaporkan memborong cip A800 NVIDIA sebagai persediaan sekiranya pentadbiran Joe Biden ingin memperketatkan lagi jualan cip AI.

Baca lanjut di Amanz .

Perisian Penanda Aras Solar Bay Menguji Kemampuan Ray-tracing Pada Peranti Android

$
0
0

UL Benchmarks, syarikat di sebalik perisian penanda-aras PCMark dan 3DMark hari ini telah memperkenalkan sebuah perisian penanda-aras baru yang menguji kemampuan grafik komputer dan juga peranti Android sekaligus.

Dinamakan Solar Bay, penanda-aras ini menguji kemampuan mengolah grafik Ray-tracing yang menggunakan olahan cahaya dan bayang-bayang masa nyata untuk memberikan grafik yang lebih imersif dan realistik.

Keunikan perisian Solar Bay ini ialah ia boleh digunakan untuk bukan sahaja menentukan kemampuan olahan Ray-tracing pada komputer-komputer gaming yang menggunakan sistem operasi Windows, tetapi ia juga boleh digunakan pada peranti-peranti Android juga.

Penanda-aras ini hadir dalam dua format, satu ialah ujian yang memperlihatkan kebolehan peranti tersebut untuk mengolah grafik menggunakan teknologi Ray-tracing untuk jangka masa yang pendek, dan satu lagi ialah mod Stress Test yang menguji prestasi olahan grafik tersebut untuk jangka masa panjang.

Penanda-aras Solar Bay kini boleh dimuat-turun melalui gedung permainan atas-talian Steam dan Epic Games Store dan juga melalui Google Play Store bermula hari ini.

Baca lanjut di Amanz .

Perbandingan Redmi K60 Ultra, Xiaomi 13 Dan OnePlus 11

$
0
0

Redmi K60 Ultra dilancarkan semalam dengan ia hadir dengan cip Dimensity 9200+ dan sehingga 24GB RAM. Sungguhpun begitu ia masih dipasarkan sebagai peranti mampu milik maka ia serasi dibandingkan dengan Xiaomi 13 dan OnePlus 11.

Baca lanjut di Amanz .

Google Mungkin Mengenakan Syarat Pada Perkakasan Untuk Peranti Boleh-Lipat Android

$
0
0

Selama ini Google hanya mengenakan beberapa syarat pada spesifikasi peranti yang ingin menggunakan Android dengan sokongan GMS. Ini adalah bagi memastikan peranti yang dipasarkan adalah selamat digunakan oleh pembeli. Menurut laporan terkini Mishaal Rahman, kelak Google mungkin akan mengenakan syarat pada perkakasan pula pada peranti skrin boleh-lipat yang ingin menggunakan Android.

Menurut Rahman, peranti skrin boleh-lipat perlu mempunyai engsel tork boleh mengekalkan 80% kekerasannya selepas 200,000 kali. Engsel tork digunakan pada peranti seperti Z Fold5 dan MIX Fold 3 untuk mengakses Flex Mode yang membolehkan skrin dikekalkan pada sudut tertentu.

Terdapat juga syarat baharu dari segi sokongan perisian dimana peranti skrin boleh-lipat perlu mempunyai sokongan tampalan sekuriti sekurang-kurangnya tiga tahun. Sokongan ini adalah perlu memandangkan peranti dalam kategori ini dijual pada harga lebih mahal maka perlulah disokong lebih lama.

Tidak diketahui sama ada syarat-syarat baharu ini akan dikuatkuasakan kepada semua pengeluar dalam masa terdekat. Pada hemat kami ia adalah bagus untuk orang ramai kerana memberikan sedikit keyakinan untuk membeli peranti skrin boleh-lipat.

Baca lanjut di Amanz .

Sony WF-1000XM5 Kini Boleh Dibeli Di Malaysia Pada Harga RM1399

$
0
0

Produk audio Sony jarang mengecewakan kami. Antara yang kami sukakan padanya adalah kualiti audio yang enak serta kemampuan pembatalan hingar yang memuaskan. Selepas lebih dua tahun WF-1000XM4 dilancarkan, bulan lepas WF-1000XM5 diperkenalkan kepada umum.

Hari ini Sony WF-1000XM5 mula dijual secara rasmi di Malaysia dengan ia mempunyai rekaan lebih kecil berbanding WF-1000XM4 yang membuatkannya lebih selesa digunakan. Sony turut menjanjikan kualiti pembatalan hingar aktif (ANC) yang lebih baik. WF-1000XM5 turut hadir dengan sensor aliran tulang untuk membolehkan suara pemakai kedengaran lebih jelas ketika melakukan panggilan suara. 

Pemacu audio yang digunakan pula adalah Dynamic Driver X. Ia menyokong audio resolusi tinggi, DSEE, audio spatial serta codec SBC, AAC, LDAC dan LC3. Pada setiap fon telinga terdapat pad sesentuh untuk kawalan. Panggilan telefon pula boleh diangkat oleh pemakai dengan hanya menundukkan kepala sahaja. Untuk tambatan pantas kepada pengguna Android, anda boleh menggunakan Google Fast Pair. Seperti majoriti produk audio moden, WF-1000XM5 menyokong tambatan kepada dua peranti serentak.

Untuk perlindungan piawaian IPX4 disertakan agar boleh digunakan ketika bersukan. Sony mendakwa ketahanan TWS baharu mereka ini boleh mencapai 8 jam dan 24 jam bersama pod pengecas. Pengecasan boleh dilakukan melalui USB-C atau secara nirwayar.

Di Malaysia Sony WF-1000XM5 dijual pada harga RM1399 dan ditawarkan dengan pilihan warna hitam arau perak. Mereka yang berminat boleh membelinya bermula hari ini dengan penawaran pemegang pasport percuma diberikan dengan setiap pembelian serta berpeluang memenangi sebuah kamera Sony ZV-1F.

Baca lanjut di Amanz .

Clip Ialah Tetikus Yang Disarung Pada Jari

$
0
0

Tetikus sudah wujud sebagai peranti input komputer sejak 1963. Bermula dengan roda gergasi yang mengesan pergerakan ia kemudiannya digantikan dengan sistem laser berkepekaan tinggi. Namun itu kedua-dua sistem masih memerlukan tetikus diletakkan di atas meja yang rata untuk berfungsi. Clip Mouse ialah evolusi seterusnya dalam rekaan tetikus kerana ia disarung terus pada jari pengguna.

Clip disarung pada empat jari utama pengguna dengan ia mempunyai satu butang fizikal dan pad sesentuh. Ia mengawal pergerakan anak panah pada komputer menggunakan giroskop terbina. Oleh itu ia boleh digunakan walaupun tiada permukaan yang rata. Menurut pereka Clip Mouse, ini membolehkan ia digunakan di mana-mana sahaja.

Ia menyokong semua kawalan gestur komputer PC dan Mac dengan ia beroperasi menggunakan tambatan bluetooth. Bateri Clip Mouse boleh bertahan sehingga 50 jam dengan ia dicas semula menggunakan sambungan USB-C. Tetikus kompak ini sedang mengumpul dana menerusi laman biayasama dan boleh dimiliki pada harga €59 (~RM298) sebuah.

Baca lanjut di Amanz .

Kandungan Asli HBO Mula Muncul Di Netflix Malaysia

$
0
0

Warner Discovery yang merupakan syarikat induk platform Max (dahulunya HBO Max) mula menarik sebahagian kandungan asli mereka daripada platform. Dalam kenyataan yang diberikan beberapa tahun lalu, Warner Discovery berkata mereka terbuka untuk menawarkan kandungan asli mereka pada platform penstriman lain. Hari ini kami sedari, siri Ballers lakonan The Rock mula ditawarkan di Netflix Malaysia.

Pada waktu artikel ini ditulis hanya Ballers sahaja boleh distrim dengan terdapat logo HBO Original tertera jelas pada imej kecil yang dipaparkan di skrin. Ballers masih lagi boleh distrim menerusi HBO GO di Malaysia.

Sebagai pelanggan kami sering merasakan kualiti video di HBO GO adalah sangat tidak memuaskan. Sekiranya semua katalog mereka boleh ditawarkan pada platform lain ia mungkin adalah pilihan lebih baik kepada peminat Game of Thrones, The Last of Us, Chernobyl dan Band of Brothers yang ingin menonton siri popular ini pada kualiti 4K HDR.

Baca lanjut di Amanz .

Logitech Kini Menawarkan Kit Meja, Papan Kekunci Dan Pad Sesentuh Mudah Alih

$
0
0

Pandemik membuktikan semua ruang dengan sambungan internet yang stabil dan tempat duduk yang selesa boleh dijadikan pejabat. Isu yang didengari hanyalah jika anda bekerja menggunakan papan kekunci mungkin kurang selesa kerana papan kekunci kecil dan kedudukan skrin yang rendah. Logitech Casa Pop-Up Desk ialah aksesori terkini yang memudahkan seseorang bekerja dari rumah.

Kit kerja dari rumah ini terdiri daripada Casa Keys (sebuah papan kekunci nirwayar), Casa Touch (pad sesentuh) dan Casa Book (meja untuk komputer riba yang boleh di laras). Apabila digunakan bersama, Casa Pop-Up Desk mewujudkan ruang kerja yang lebih selesa di mana jua anda berada. Selepas digunakan pula kesemua aksesori boleh disimpan semula dalam meja yang boleh dilipat dengan kemas.

Bateri Casa Keys boleh bertahan sehingga 5 bulan manakala Casa Touch pula sehingga 3 minggu. Apabila kehabisan bateri ia dicas semula menggunakan kabel USB-C. Casa Book pula boleh digunakan dengan komputer riba 10″-17″ dengan berat maksimum 7.5 kg.

Sistem operasi yang disokong pula ialah Windows 10 ke atas, macOS 11 ke atas, ChromeOS dan iPadOS 14 ke atas. Harga jualan Logitech Casa Pop-Up Desk ialah £179.99 (~RM1059).

Baca lanjut di Amanz .

Nokia Perlihat Inovasi Baharu Dalam Infrastruktur Bagi Memacu Pendigitalan Negara Di Amplify Malaysia

$
0
0

Nokia hari ini berkongsi strategi teknologi yang dikemaskini sebagai sebahagian daripada transformasi strategik dan jangka panjangnya. Dalam satu kenyataan pengeluar yang berpangkalan di Finland ini berkata, Nokia kini merupakan peneraju inovasi teknologi secara perniagaan kepada perniagaan (B2B) yang mengiktiraf potensi digital dalam setiap industri.

Ini termasuklah dalam kepakaran rangkaian, kepimpinan teknologi, inovasi perintis dan perkongsian kerjasama. Melalui strategi yang sama juga, Nokia dilihat bersungguh-sungguh dalam menerajui perubahan progresif untuk ekosistem ekosistem pembekal perkhidmatan komunikasi di negara ini menerusi inovasi teknologi dan transformasi digital yang dibentangkan.

Dalam acara yang sama, Nokia juga telah membentangkan beberapa inovasi, produk dan teknologi terkini dari seluruh portfolio syarikat yang merangkumi;

  • Nokia MIX Industrial Edge – Direka untuk membantu industri perusahaan mempercepatkan inisiatif pendigitalan teknologi operasi yang dikuasakan oleh Nokia Digital Automation Cloud (Nokia DAC).

  • NetGuard Cybersecurity Dome – Penyelesaian keselamatan siber menggunakan teknologi pra-binaan 5G untuk memastikan keselamatan rangkaian. Di mana pasukan keselamatan boleh memilih memilih kes penggunaan 5G pra-binaan bagi mengesan ancaman rangkaian telekomunikasi tertentu.
  • Nokia Optical Solutions Portfolio – Penyelesaian automasi rangkaian yang membantu pembekal perkhidmatan komunikasi (CSP), syarikat skala web dan perusahaan meningkatkan pendapatan, mempercepatkan penggunaan perkhidmatan dan membina rangkaian IP serta optik yang lebih dipercayai.

  • Nokia Network Planning And Optimization Portfolio (NPO) – Perkhidmatan yang membantu pengendali komunikasi menguruskan rangkaian nirwayar mereka dengan lebih baik beserta kos yang efektif. Ia menggabungkan teknologi awan Nokia dan kepakaran global yang juga dikatakan mampu mengoptimumkan rangkaian sehingga 40% lebih baik.

Baca lanjut di Amanz .

Tecno Phantom V Flip Tertiris Dengan Skrin Luaran Besar Berbentuk Bulat

$
0
0

Tecno nampaknya serius ingin menjadi Poco untuk peranti skrin boleh-lipat. Phantom V adalah pesaing kepada Galaxy Z Fold, Magic Vs dan banyak lagi peranti dalam kategori sama, tetapi dijual pada harga lebih mampu milik. Terbaru, Tecno Phantom V Flip tertiris menjadi pesaing kepada Z Flip5 dan juga Oppo Find N2 Flip.

Rekaan yang tertiris memperlihatkan Tecno mengambil dua rekaan peranti Huawei dan menggabungkannya menjadi satu. Panel belakang untuk skrin luar dilihat menggunakan bentuk bulat seperti Huwawei P50 Pocket tetapi lebih besar dengan kamera seakan Mate30.

Rekaan skrin luar ini mirip kepada sebuah skrin jam tangan pintar. Mungkin mengambil inspirasi Z Flip5, skrin luar yang boleh dihias dengan muka jam seakan pada Watch6. Saiz skrin ini adalah 1.32-inci yang dipadankan dengan skrin 6.9-inci boleh-lipat di bahagian dalam. Cip MediaTek Dimensity 8050 dipercayai akan digunakan bersama memori 8GB RAM, storan dalaman 256GB dan bateri 4000mAh.

Gegelung kamera di luar menggabungkan sensor 64MP +13MP dengan kamera swafoto di skrin dalam 13MP. Peranti akan hadir dengan tiga pilihan warna hitam, putih atau ungu. Harga jualan masih tidak pasti, tetapi berdasarkan spesifikasi mungkin tidak menjadi masalah untuk peranti ini dijual pada harga bawah RM3000.

Nampaknya Tecno akan merealisasikan impian TCL Project Chicago yang dibatalkan dua tahun lalu. Jika benar ia dijual pada harga mampu, adakah anda akan membelinya? Sama-sama kita nantikan.

Baca lanjut di Amanz .

Rekaan Oppo N3 Flip Tertiris Dan Ia Mengecewakan

$
0
0

Dua bulan lepas, rekaan Oppo Find N3 Flip telah tertiris memperlihatkan rekaan yang masih sama dengan N2 Flip iaitu skrin luar kecil yang memanjang dan tiga kamera disusun menegak di sebelahnya. Mereka tidak berminat mengikut rekaan Motorola Razr 40 Ultra dan Samsung Galaxy Z Flip5 yang dilengkapi skrin luaran lebih besar.

Terbaru, Find N3 Flip dilihat telah hadir dengan rekaan baharu. Sayang sekali ia masih kekal menggunakan skrin luar kecil yang memanjang yang dijangka bersaiz 3.26″ panel AMOLED. Perubahan yang dilakukan adalah pada rekaan kamera yang kini menggunakan rekaan bulat seperti Find X6 Pro tetapi bersaiz kecil. Penjenamaan Hasselblad turut boleh dilihat pada imej lakaran yang tertiris.

Sekiranya ini ialah rekaan akhir N3 Flip kami sedikit kecewa kerana selepas menggunakan Z Flip5 kamu merasakan skrin sekunder yang besar adalah perlu untuk peranti jenis Flip. Ia mengurangkan keperluan peranti sentiasa dibuka kerana mesej boleh dibalas terus dari skrin luar.

Selain rekaan, spesifikasi turut didedahkan tetapi sumber asal dilihat telah memadam perkongsian mereka. Oppo Find N3 Flip akan menggunakan skrin dalam 6.8″ LTPO AMOLED 120z, skrin luar 3″, kamera 50+8+32 Megapixel, kamera swafoto 32 Megapixel, menyokong pengecasan pantas 67W dan menjalankan ColorOS 14 berasaskan Android 13.

Peranti ini dikatakan akan dilancarkan di China pada hujung bulan Ogos, sebelum ke peringkat global sekitar bulan September nanti. Sama-sama kita nantikan.

Baca lanjut di Amanz .
Viewing all 51640 articles
Browse latest View live