Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all 51640 articles
Browse latest View live

AMD Memperkenalkan CPU Dan Kad Grafik Edisi Terhad Starfield

$
0
0

Bersempena dengan pelancaran permainan RPG angkasa Starfield yang akan diperkenalkan pada 6 September ini, AMD, rakan rasmi permainan tersebut telah mengumumkan penawaran CPU dan juga kad grafik edisi terhad yang berdasarkan permainan tersebut.

CPU yang ditawarkan ialah AMD Ryzen 7 7800X3D dengan bungkusan berwarna perak dan hitam, dan nampaknya tidak ada perbezaan yang diperlihatkan pada CPU tersebut. Apa yang lebih menarik ialah penawaran kad grafik edisi terhad ini, yang merupakan sebuah kad grafik AMD Radeon RX 7900 XTX.

Ia masih lagi menggunakan tiga buah kipas dan bongkah penyejukan gabungan tembaga dan aluminum, tetapi hadir dengan rekaan seakan kapal angkasa dengan rangka berwarna putih dan pelbagai teks yang diilhamkan daripada permainan komputer Starfield.

AMD mengesahkan bahawa mereka hanya akan membangunkan 500 pasang CPU dan kad grafik bertemakan Starfield ini, dan ia tidak akan dijual di mana-mana pasaran. Satu-satunya cara untuk mendapatkannya ialah untuk menyertai mana-mana acara pemberian yang dilakukan oleh AMD.

Baca lanjut di Amanz .

Oppo Watch 5 Pro Mungkin Akan Dijana Snapdragon W5+ Gen 1

$
0
0

Oppo Watch adalah jam tangan Wear OS pertama Oppo dan hanya generasi pertama sahaja dijual di Malaysia. Oppo Watch 2 dan Oppo Watch 3 dengan spesifikasi lebih hebat tidak ditawarkan di pasaran tempatan. Di China, Oppo dilihat sudah bersedia untuk melancarkan Oppo Watch 5 pula.

Digital Chat Station baru-baru ini telah mendedahkan spesifikasi bagi Opppo Watch 5 Pro yang dikatakan akan menggunakan cip Snapdragon W5+ Gen 1 sama dengan TicWatch Pro 5. Skrin akan menggunakan panel OLED LTPO, bateri 570mAh dan menyokong LTE melalui eSIM.

Sokongan NFC, GPS yang jitu, mengimbas nadi, membaca data SpO2, serta ciri jam tangan pintar asas akan dikekalkan. Untuk pasaran China, Wear OS pada jam ini besar kemungkinan menggunakan versi diubahsuai. Sementara untuk pasaran Malaysia masih tidak pasti lagi jika Oppo ingin menjualnya di sini. Sama-sama kita nantikan.

Baca lanjut di Amanz .

Xiaomi Band 8 Pro Akan Mempunyai Skrin Lebih Besar

$
0
0

Barisan peranti boleh pakai Xiaomi dilihat bakal menerima kemaskini baharu pada 14 Ogos ini. Melaluinya Xiaomi Band 8 Pro akan diumumkan yang sepatutnya akan menjadi lebih baik berbanding sedia ada, dalam masa sama melengkapkan lagi segmen produk berkenaan.

Beberapa aspek penting pada peranti telah mula didedahkan dengan rekabentuk yang serupa dengan Xiaomi Smart Band 7 Pro sebelum ini. Skrin empat segi digunakan oleh Xiaomi bersama pilihan tali yang juga boleh diubahsuai ikut gaya pengguna. Hal ini dikatakan demikian kerana ia bukan sahaja mempunyai pilihan warna yang ceria, malahan jenis juga berbeza yang merangkumi keluli, kulit atau silikon.

Berbalik pada skrin utama, ia juga lebih besar dengan saiz 1.74″ berbanding 1.62″ yang digunakan pada Band 8 sebelum ini. Ini bagi menawarkan pengalaman visual lebih baik dan lancar buat pengguna. Dalam masa sama skrin juga dikatakan lebih luas dengan saiz bezel yang seimbang disekelilingnya.

Tiada butiran lanjut mengenai spesifikasi dalamannya, namun ia sepatutnya hadir dengan fungsi yang sama seperti peranti boleh pakai lain khususnya pemantauan denyutan jantung sepanjang hari. Bukan itu sahaja ia juga dijangka mengintegrasi ciri NFC dan GPS terbina yang secara tidak langsung memberi nilai tambah lain padanya.

Baca lanjut di Amanz .

Google Beri Dua Imej Latar Menarik Sempena Ulang Tahun Ke-25

$
0
0

Google akan menyambut ulang tahun penubuhan mereka yang ke-25 pada 4 September hadapan. Sempena hari jadi yang cukup bermakna ini, Google menawarkan dua imej latar belakang menarik untuk telefon pintar. Kedua-dua imej latar belakang ini dihiasi ikonografi sejarah dan perkara penting syarikat.

Antara yang disertakan ialah dinosaur Google Chrome basikal kampus Google, peranti Pixel dan speaker pintar Google Nest. Walaupun imej latar belakang ini direka khusus untuk pengguna peranti Pixel, ia masih serasi digunakan pada sebarang telefon pintar di pasaran.

Sekiranya anda merasakan diri anda peminat tegar produk Google, kedua-dua imej latar belakang ini boleh dimuat turun menerusi pautan di bawah.

Baca lanjut di Amanz .

SK Hynix Mula Mengeluarkan Memori LPDDR5X 24GB Secara Besar-Besaran

$
0
0

Semalam kami telah melaporkan bahawa OnePlus Ace 2 Pro akan menjadi peranti pertama yang dilihat menawarkan jumlah memori fizikal sebanyak 24GB. Tidak mengejutkan, ia menggunakan penawaran memori terbaru keluaran SK Hynix, iaitu pakej memori LPDDR5X 24GB.

SK Hynix ialah diantara pembekal memori peranti pintar terbesar di dunia, dan dengan pengumuman peranti OnePlus terbaru, mereka juga telah mengesahkan bahawa mereka sudah mula mengeluarkan memori LPDDR5X 24GB secara besar-besaran untuk penggunaan pasaran.

Memori 24GB LPDDR5X ini beroperasi dalam julat voltan 1.01-1.12V, dan tampil dengan kadar penghantaran data 68GB/s, yang mana ia adalah sedikit lebih rendah berbanding dengan memori LPDDR5T yang diperkenalkan oleh mereka pada awal tahun ini.

Seperti yang dikatakan, OnePlus Ace 2 Pro ialah peranti pertama yang menggunakan memori LPDDR5X 24GB ini, dan ia dijangka bahawa banyak peranti Android lain akan menyusul menggunakannya tidak lama lagi.

Baca lanjut di Amanz .

Pengguna WhatsApp Terpilih Kini Boleh Menggunakan Multi Akaun Pada Satu Peranti

$
0
0

WhatsApp menerusi kemaskini baharu kini membolehkan sebilangan pengguna terpilih menggunakan multi-akaun pada satu peranti. Ciri ini pada awalnya sekadar di peringkat pembangunan pada Jun yang lalu, namun kini mula dilancarkan kepada pengguna beta terpilih khususnya Android untuk dicuba.

Cara penggunaannya amat mudah dengan hanya membuka ruangan tetapan dan tekan pada ikon anak panah kecil bersebelahan dengan imbasan kod QR. Kemudian ia akan diikuti dengan tetingkap kecil di bahagian bawah yang membolehkan pengguna menambah akaun lain. Seperti yang diperkatakan sebelum ini juga mana-mana akaun yang telah berdaftar akan kekal disimpan pada peranti.

Sehinggalah pengguna sendiri memutuskan untuk log keluar, yang bermakna pengguna boleh bertukar diantara akaun yang dimahukan pada bila-bila masa, sama ada dengan sebab atau tanpa sebab. Selain itu ia juga menarik kerana bantu pengguna mengurus pelbagai urusan dengan lebih teratur termasuklah soal berkaitan kerja mahupun peribadi.

Baca lanjut di Amanz .

Kampung Orang Asli Hulu Kemensah Lokasi Kedua Menerima Perkhidmatan Starlink

$
0
0

Selepas kerajaan membenarkan Starlink untuk beroperasi di pasaran tempatan, lokasi pertama yang menerima perkhidmatan Starlink ialah UiTM Kuala Pilah. Hari ini, Menteri Komunikasi Dan Digital, Fahmi Fadzil telah mengesahkan lokasi kedua untuk menerima sokongan perkhidmatan ini.

Bermula hari ini, 135 orang penduduk di Kampung Orang Asli Hulu Kemensah boleh menyambungkan peranti-peranti pintar mereka ke rangkaian internet menggunakan rangkaian internet satelit Starlink.

Beliau mengatakan bahawa sehingga kini, ia adalah sukar untuk penduduk Kampung Orang Asli Hulu Kemensah untuk berhubung dengan dunia luar, dan dengan perkhidmatan Starlink, ia diharap akan membantu penduduk kampung tersebut untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan dunia luar dalam pelbagai cara.

Menurut ciapan beliau lagi, Fahmi Fadzil mengatakan bahawa beliau telah meminta pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk melakukan kajian tambahan untuk menyelesaikan isu ketersambungan untuk jangka-masa panjang dengan memberi contoh membina menara telekomunikasi baru dan sambungan gentian optik.

Buat masa ini, nampaknya keutamaan untuk pemasangan perkhidmatan internet satelit ini akan bertumpu terhadap tiga peratus kawasan berpenduduk yang masih tiada perkhidmatan internet.

Baca lanjut di Amanz .

Jam Klasik Casio Kini Ditawarkan Dalam Bentuk Cincin

$
0
0

Casio kini menawarkan rekaan lima jam klasik mereka dalam bentuk cincin kepada peminat yang ingin memadankan jam di lengan dengan cincin di jari. Kesemuanya ditawarkan dalam koleksi Casio Watch Ring Collection di Jepun.

Model jam mini berbentuk cincin yang ditawarkan ialah F-91W-1, DBC-611-1; AE-1200WH-1A, MQ-2A-7B2 dan AQ-230GA-9. Kesemuanya mempunyai tempat yang istimewa dalam sejarah Casio sejak mula menawarkan jam digital pada tahun 1974.

Antara model menarik ialah F-91W yang dipercayai terjual lebih 3 juta utas sejak dilancarkan pada tahun 1989. Ia adalah jam digital yang didakwa tentera Amerika Syarikat sebagai jam pilihan pengganas untuk digunakan pada bom buatan sendiri.

Kesemua cincin ini hanyalah rekaan semata-mata9 dan bukanlah jam yang benar-benar berfungsi. Di Jepun ia kelima-limanya dijual pada harga 400 Yen(~RM13) untuk set lengkap.

Baca lanjut di Amanz .

Pesawat Supersonik Concorde Diabadikan Sebagai Set Lego

$
0
0

Dalam dunia penerbangan awam, Aérospatiale/BAC Concorde ialah pesawat penumpang paling pantas pernah beroperasi. Perkhidmatannya dihentikan pada tahun 2003 kerana terlalu mahal untuk beroperasi serta tidak pernah menguntungkan syarikat penerbangan. Bagi peminat Concorde, Lego telah menghasilkan model skala kecil yang boleh dijadikan perhiasan di rumah.

Concorde versi Lego hari dengan bumbung bahagian hadapan yang boleh dibuka bagi menunjukkan kokpit penumpang yang sempit. Bahagian hidung boleh dilenturkan sama seperti Concorde sebenar apabila cuba mendarat. Bahagian tayar juga berfungsi serta boleh disimpan ke dalam tubuh dengan kedudukan kelopak sayap turut boleh diubah.

Sebanyak 2,083 keping Lego diperlukan bagi membina Concorde sepanjang 105 x 43 x15 cm ini. Set akan dijual bermula September ini pada harga $199.99 (~RM917) sebuah.

Baca lanjut di Amanz .

ShopBack Melancarkan ShopBack Pay Dan Kemaskini ShopBack PayLater Untuk Pembayaran Di Kedai Fizikal

$
0
0

Hari ini sempena ulang tahun mereka yang ke-8, Shopback telah melancarkan kaedah pembayaran mereka yang baharu iaitu ShopBack Pay.  Ciri ini membolehkan pengguna untuk membuat pembayaran secara penuh atau secara ansuran dan dalam masa yang sama juga boleh dapatkan pulangan tunai. Pengguna boleh membuat pembayaran menggunakan kad debit dan juga kad kredit yang telah ditetapkan dalam aplikasi ShopBack pengguna.

Untuk membuat pembayaran di kedai fizikal, pengguna hanya perlu mengimbas kod QR di kaunter pembayaran dan masukkan jumlah yang perlu dibayar, pilih sama ada ingin membuat pembayaran penuh atau secara ansuran. Kemudian masukkan kod promosi jika ada, pilih untuk dapatkan pulangan tunai kemudian anda boleh teruskan untuk membuat pembayaran.

Sebelum ini, ShopBack telah melancarkan ShopBack PayLater untuk membahagikan pembayaran kepada tiga kali ansuran tanpa sebarang faedah. Tetapi pada pelancaran hari ini mereka telah mengemaskini ciri ShopBack PayLater ini dengan membolehkan pengguna untuk membuat pembayaran penuh melalui kaedah pembayaran pilihan masing-masing dan dalam masa yang sama masih lagi boleh menikmati pulangan tunai.

Menurut ShopBack, hari ini mereka telah mencapai sehingga 500,000 transaksi sehari dan kini jumlah keseluruhan pulangan tunai yang diterima oleh pengguna adalah lebih RM200 juta. Mereka juga menyatakan bahawa dengan penawaran ciri ShopBack PayLater ini, mereka telah  membantu jenama-jenama untuk meningkatkan hasil jualan mereka. Ini kerana melalui kaedah pembayaran ini, perbelanjaan bulanan pelanggan mereka dilihat meningkat sehingga 18% setiap bulan bagi setiap pelanggan dan ia juga meningkatkan peratusan pelanggan sedia ada sehingga 27% untuk terus berbelanja.

Antara jenama yang menyokong ciri ShopBack ini adalah seperti Agoda, Royal Sporting House, Puma, Tudung People, Bata dan banyak lagi. Melalui ciri ShopBack Pay dan PayLater, kini orang ramai boleh menikmati kemudahan pembayaran hanya di hujung jari untuk membuat pembelian. Orang ramai juga boleh dapatkan pulangan tunai berganda apabila berbelanja secara atas talian mahupun di kedai fizikal seterusnya menjadikan perbelanjaan lebih berbaloi.

Baca lanjut di Amanz .

Tablet Redmi Pad SE Melepasi Pengesahan SIRIM Di Malaysia

$
0
0

Redmi Pad SE telah ditemui di laman pensijilan SIRIM Malaysia yang bukan sahaja mengesahkan mengenai kewujudannya. Malahan turut boleh dijangka ditawarkan di Malaysia dalam masa terdekat. Tablet dengan kod nama 23073RPBFG (Redmi Pad SE) ini telah didaftarkan oleh Xiaomi Technologies Malaysia Sdn Bhd sejak 7 Julai yang lalu.

Buat masa ini masih belum dapati dipastikan butiran spesifikasinya secara khusus. Namun menurut apa yang tertiris sebelum ini, ia boleh menjadi pengganti kepada Redmi Pad sebelum dan turut dipasarkan dengan harga yang mampu milik.

Selain itu cip Snapdragon 680 dipercayai digunakan sebagai tunjang utama dengan gabungan memori 4GB RAM dan storan dalaman 128GB. Tablet juga mungkin memuatkan kamera utama 8MP, kamera swafoto 5MP, bateri 8,000mAh dan skrin LCD 11″ dengan kadar segar semula 90Hz.

Baca lanjut di Amanz .

X Mengesahkan Panggilan Video Bakal Diperkenalkan Tidak Lama Lagi

$
0
0

X atau yang dahulunya dikenali dengan Twitter, kini dalam sasaran untuk menjadi sebuah aplikasi semua-dalam-satu. Untuk mencapainya, X dilihat akan aktif dalam menambah sejumlah ciri baharu padanya.

Terbaru, CEO X dilihat mengesahkan yang mana perkhidmatan tersebut bakal menambah sokongan panggilan video tidak lama lagi. Dengan langkah ini, lebih ramai boleh berkomunikasi tanpa memberikan nombor telefon antara satu sama lain.

X sendiri dilihat telah memulakan ujian secara dalaman untuk fungsi panggilan video ini.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh diberikan berkaitan pengenalan ciri panggilan video pada X ini. Dengan perkongsian terbaru ini, kita mungkin boleh melihatnya hadir seawal tahun ini pada perkhidmatan sosial tersebut.

Baca lanjut di Amanz .

Ulasan Samsung Galaxy Z Fold5 – Sedikit Sukar Nak Saran

$
0
0

Tahun ke lima Samsung menawarkan siri Z Fold ke pasaran Malaysia. Empat versi sebelum ini menawarkan perubahan yang ketara dari segi rekaan skrin, ketebalan bezel, ciri pada perisian, prestasi kamera dan ketahanan bateri. Bagaimana pula dengan Samsung Galaxy Z Fold5?

Dukacita dimaklumkan walaupun perubahan yang dilakukan tahun ini menarik tetapi ia tidak cukup untuk menjadikan Z Fold5 peranti skrin boleh-lipat besaiz besar di pasaran. Kenapa kami katakan begitu? Baca ulasan ini untuk jawapannya.

Spesifikasi

Samsung Galaxy Z Fold5
SkrinLuar – 6.2″ Dynamic AMOLED 2X 120Hz
Dalam – 7.6″ Dynamic AMOLED 2X 120Hz, HDR10+
PemprosesQualcomm Snapdragon 8 Gen 2 For Galaxy (4nm)
Cip1 X 3.36 GHz Cortex X2
3 X 2.75 GHz Cortex A710
4 X 1.8 GHz Cortex 510
Cip GrafikAdreno 730
RAM12GB LPDDR5X
Muatan Dalaman256/512/1000 GB UFS 3.1
Kamera Utama50MP, f/1.8 Sudut Lebar, OIS
10MP, f/2,2 Telefoto, 3X Optikal, OIS
12MP, f/2.4 Ultra Sudut Lebar
Kamera SwafotoLuar – 10MP f/2.2
Dalam – 4MP f/1.8 UDC
Bateri4400 mAh
Pengecasan berwayar 25W
Pengecasan nirwayar 15W
Pengecasan berbalik 4.5W
SIM/TelefoniNano/5G
NFCYa
Bicu AudioTiada
Kalis AirIPX8
Sistem ImbasanPengimbas cap jari sisi
Harga JualanRM 6799 (12/256GB)
RM 7299 (12/512GB)
RM 8299 (12/1000GB)

Skrin

Skrin ini masih lagi sebesar 6.2″ Dynamic AMOLED 2X dengan resolusi 904 x 2316 pixels, nisbah 23.1:9, menyokong kadar segar semula 120Hz serta HDR10. Skrin luar adalah terang dan boleh digunakan dengan baik di bawah cahaya matahari yang terik. Tak perlu gosok mata anda kerana tiada kesilapan menaip dilakukan di sini kerana saiz skrin, resolusi dan spesifikasinya sama sahaja dengan Z Fold4 tahun lalu.

Skrin dalaman juga masih lagi 7.6″ Dynamic AMOLED 2X dengan resolusi 1812 x 2176 pixel, 120Hz dan menyokong HDR10. Kesan lipatan masih kelihatan walaupun teknik lipatan “titisan air” digunakan tahun ini. Kamera swafoto bawah skrin UDC 4MP juga dikekalkan dengan ia boleh dilihat dari sudut tertentu. Lapisan kaca UTG Samsung masih terasa seakan poliamida di bawah jari tetapi mereka mengatakan ia masih lagi tahan calar berbanding lapisan lain di pasaran.

Walaupun kesan lipatan masih lagi ketara, kami tidak lagi merasakan ia mengganggu apabila peranti digunakan. Ia hanya nampak ketara apabila menggunakan latar belakang berwarna terang misalnya seperti ketika melayari laman web.

Mungkin selepas lima tahun menggunakan kesemua siri Z Fold, mata kami tidak lagi peduli dengan kesan lipatan. Sama sahaja seperti pengguna iPhone yang tidak lagi merungut dengan kewujudan takuk gergasi pada skrin. Berdasarkan pengalaman kami juga, kesemua peranti skrin boleh lipat jenis Fold mempunyai kesan lipatan yang ketara selepas seminggu digunakan. Masih tidak dapat dielakkan oleh semua pengeluar setakat ini.

Skrin dalaman tidak seterang skrin luar. Apabila peranti diletakkan pada pemegang telefon di dalam kereta, kerap kali sukar melihat apa yang di skrin apabila terdapat matahari yang terang. Pada tetapan tinggi sekalipun isu ini tidak dapat diselesaikan. Peranti melepasi piawaian HDR10+ dan tiada isu memainkan kandungan Netflix, Disney+ Hotstar, Prime Video dan YouTube dalam mod HDR.

S PEN

Samsung Galaxy Z Fold5 menyokong S Pen tetapi hanya pada skrin dalam sahaja. Tiada tempat simpanan terbina pada Z Fold5 seperti ura-ura yang didengari sebelum ini. S Pen for Fold dan S Pen Pro baharu akan dilancarkan tahun ini dengan tahap kepekaan mengesan sendeng yang lebih tinggi.

Terdapat sebuah kerangka baharu yang menawarkan S Pen yang 48% lebih nipis berbanding S Pen for Fold biasa. Apabila disimpan ia tidak menghasilkan bonggol yang besar seperti pada kerangka tahun lalu. Walaupun nipis S Pen yang pipih ini tidak mempunyai sokongan bluetooth seperti S Pen pada S23 Ultra. Maka ciri kawalan kamera dan alat kawalan jauh tidak disokong.

Jika pemilik Z Fold5 inginkan kawalan kamera dan beberapa aplikasi lain dari jarak jauh mereka perlu membeli S Pen Pro yang mempunyai sokongan bluetooth. Ia perlu dibeli secara berasingan. Harus diingatkan S Pen dari siri Note dan S Ultra tidak boleh digunakan pada siri Fold bagi mengelakkan kerosakan pada skrin boleh-lipat.

REKAAN

Tubuh peranti semakin berkotak menyamai rekaan yang turut ditemukan pada Z Flip5. Tahun ini ialah tahun “kotak” untuk Samsung. Kami secara peribadi lebih menyukai rekaan berkotak kerana membuatkan perantis terasa lebih tegap di dalam tangan. Bingkai Z Fold5 masih lagi diperbuat daripada bahan Armor Alumimium yang tahan lasak dan tahan bengkok.

Pada sisi kanan terdapat laras audio, butang kuasa merangkap pengimbas cap jari. Sudah masuk generasi ke-lima dan Samsung masih tidak menawarkan pengimbas cap jari terbina bawah skrin. Sedikit mengecewakan kerana Vivo X Fold2 yang kami ulas beberapa bulan lalu boleh menawarkannya pada skrin luar dan skrin dalam.

Perbezaan saiz Magic Vs, Z Fold2, Z Fold4 dan Z Fold5

Peranti kini bukan sahaja lebih 2mm lebih nipis dengan rekaan baharu ini tetapi juga terasa lebih ringan dengan berat hanya 253 gram berbanding 263 gram pada Z Fold4 dan 234 gram pada Galaxy S23 Ultra. Ini sedikit sebanyak akan memuaskan hati mereka yang merasakan peranti skrin boleh-lipat terlalu berat untuk ia menjadi peranti kegunaan harian yang praktikal.

Panel belakang pula diperbuat daripada kaca Gorilla Glass Victus 2 dengan kemasan tidak berkilat. Ini membolehkan sistem pengecasan nirwayar digunakan serta sistem pengecasan berbalik. Kemasan yang tidak berkilat ini tidak memerangkap kotoran dengan mudah serta ditawarkan dalam warna Phantom Black, Icy Blue dan Cream.

Tiga kamera utama di belakang terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP OIS, 12MP ultra sudut lebar dan 10MP telefoto sehingga 3X optikal. Pada skrin dalam terdapat kamera swafoto 4MP bawah skrin dan di skrin luar pula kamera swafoto 10MP dalam lubang skrin. Kesemua kamera utama di belakang dimasukkan ke dalam bonggol yang sama seperti Z Fold4.

Ini kerana bagi mereka yang mungkin arif dengan spesifikasi Z Fold4, Z Fold5 mengitar semula semua kamera daripada Fold4 tahun lalu. Tiada sebarang perubahan perkakasan dilakukan dengan Samsung mengatakan penambahbaikan semuanya dilakukan pada perisian kamera sahaja tahun ini.

Terdapat lubang speaker di atas dan bawah “pintu kiri” Fold5 sekali lagi sama sahaja dengan yang ada pada Z Fold4. Speaker stereo menembak ke sisi membuatkan audio kedengaran seimbang dibantu oleh sistem audio Dolby Atmos yang boleh ditala mengikut media yang dimainkan.

Pada pintu kiri ini juga diletakkan talam untuk dwi-SIM nano yang tidak menyokong kad mikro SD. Z Fold5 turut boleh menyokong satu eSIM namun jika diaktifkan hanya satu SIM fizikal boleh diaktifkan.Masih tiada bicu audio 3.5mm dan juga tiada pemancar infra merah kerana ia adalah dua ciri yang sudah semakin pupus pada peranti mercu.

Kesemua komponen ini dimasukkan ke dalam tubuh yang melepasi piawaian IPX8. Ia boleh ditenggelamkan ke dalam air tetapi tidak mempunyai ketahanan dimasuki debu. Maka berhati-hatilah kerana ia tidak sama seperti IP68 yang kerap didengari.

PENGGUNAAN Dan PERISIAN

Sistem operasi One UI 5.1.1 berasaskan Android 13 digunakan. Ini ialah versi yang sama digunakan pada Z Fold4. Tiada sebarang ciri baharu eksklusif diperkenalkan pada model tahun ini. Dengan cip pemproses Snapdragon 8 Gen 2 dipadankan dengan memori 12GB RAM LPDDR5X dan storan sehingga 1TB UFS 4.0 dapat dirasakan Z Fold5 berfungsi dengan lebih lancar.

Kami sedari kepantasan ini apabila menonton YouTube pada skrin luar kemudian berpindah ke dalam dan keluar semula. Video bermain secara terus tanpa terhenti walaupun seketika. Pada Z Fold4 video akan terhenti sekitar separuh saat ketika skrin yang ditonton diubah. Lebih menakjubkan ialah perubahan apabila memainkan permua. Dalam video ulasan di atas anda boleh melihat kami memainkan COD Mobile dari skrin luar ke dalam sebelum kembali ke skrin luar. Aplikasi terus berjalan tanpa terhenti. Perisian tahun ini lebih dioptimasikan untuk multi tugasan lebih lancar.

Pelancaran aplikasi juga terasa lebih pantas sama seperti pengalaman menggunakan S23 Ultra yang kami puji awal tahun ini. Penggunaan memori dan storan yang lebih pantas membuatkan kepantasan sistem operasi dirasakan tahun ini. Bercakap mengenai RAM, ciri RAM Plus boleh menambah memori sehingga 8GB secara maya. Ia boleh dimatikan jika pemilik tidak mahu sebahagian storan diambil untuk menambah RAM.

Sepanjang tempoh ulasan kami aktifkan ciri RAM ini. Apabila dimatikan kami tidak dapat mengesan sebarang perubahan besar pada prestasi menjalankan aplikasi. Kami rasakan 12GB RAM adalah lebih daripada memadai dalam 90% situasi. Malahan kami sudah mencuba melancarkan COD Mobile, Twitter dan Chrome secara serentak tanpa sebarang isu. Kombinasi Snapdragon 8 Gen 2 dan 12GB RAM LPDDR5X tidak mengecewakan.

Sejak dilancarkan tahun lalu, ciri Taskbar telah ditambah baik dan ini dapat dilihat pada Z Fold5. Taskbar boleh disorokkan dengan lebih mudah dan aplikasi boleh ditarik terus dari Taskbar terus ke skrin bagi melancarkan ciri Multi Window. Tiada sebenarnya penambahan ciri baharu yang drastik dengan hanya kelancaran operasi sahaja diperbaiki tahun ini.

Seperti kesemua peranti mercu dan kelas pertengahan Samsung, Z Fold5 akan menerima empat versi Android dan tampalan sekuriti sehingga lima tahun. Peranti boleh digunakan untuk tempoh yang lama tanpa perlu risau dengan kerentanan sekuriti yang mungkin berlaku.

PENANDA ARAS

Berikut adalah markah yang dicatatkan dalam ujian penanda aras Geekbench 6, Antutu 3D dan 3D Mark Wildlife Extreme. Walaupun menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy yang sama dengan S23 Ultra, aneh sekali skor yang dicatatkan adalah lebih rendah pada Z Fold5. Kami bandingkan markah dengan OnePlus 11, Xiaomi 13 Ultra dan Sony Xperia 1 V yang dilengkapi cip Snapdragon 8 Gen 2 biasa.

AnTuTu 3D
  • Samsung Galaxy Z Fold5 – 1,597,608
  • Xperia 1 V: 1,234,059
  • Xiaomi 13 Ultra – 1,527,588
  • OnePlus 11: 1,248,004
  • Samsung Galaxy S23 Ultra – 1,503,508
Geekbench 6
  • Samsung Galaxy Z Fold5 – 1948/5373
  • Xperia 1 V: 1902/5244
  • Xiaomi 13 Ultra – 2015/5457
  • OnePlus 11: 1204/4366
  • Samsung Galaxy S23 Ultra – 2015/5294
3DMark Wild Life Extreme
  • Samsung Galaxy Z Fold5 – 2929
  • Xperia 1 V: 3,599
  • Xiaomi 13 Ultra – tidak boleh diuji
  • OnePlus 11 – 3,682
  • Samsung Galaxy S23 Ultra – 3,742

Walaupun markah lebih rendah berbanding S23 Ultra kami sebenarnya tidak dapat mengesan perbezaan dalam penggunaan pelbagai aplikasi. Aplikasi media sosial, kamera, penstriman muzik dam penstriman video kesemuanya boleh dilancarkan sepantas kilat.

Prestasi permua juga amat cemerlang dengan semua aplikasi yang kami uji boleh dijalankan pada tetapan paling grafik dan kadar bingkai yang tinggi. Seperti pada S23 Ultra, kami tidak mengalami masalah pemanasan walaupun selepas sesi permua yang agak panjang. Setakat ini isu pemanasan pada cip Snapdragon 8 Gen 2 hanya kami temukan pada Xperia 1 V sahaja.

TELEFONI Dan GPS

Peranti disokong oleh rangkaian 5G DNB di Malaysia. Pada rangkaian Digi yang kami langgan semuanya beroperasi dengan baik. Panggilan suara adalah jelas dan terang. Sambungan VoLTE dan VoWiFi juga boleh digunakan jika rangkaian selular adalah lemah. Prestasi WiFi juga adalah amat cemerlang. Jika anda melanggan kepada perkhidmatan internet sehingga 2Gbps, WiFi 6E pada Z Fold5 boleh menyokongnya.

Yang sedikit membingungkan ialah prestasi GPS yang tidak konsisten. Jika terlepas simpang GPS masih menunjukkan kami di cabang jalan yang salah. Kedudukan sebenar hanya diperlihatkan dalam aplikasi Waze selepas sekitar lima saat. Ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem GPS Z Fold5 kerana ini tidak pernah kami lihat berlaku pada peranti Snapdragon 8 Gen 2.

KAMERA

Kerana kamera tidak diubah, kami tidak terkejut apabila prestasi kameranya sama sahaja dengan Z Fold4. Sistem kamera ini bukanlah yang paling maju kerana tiada sistem zum periskop. Aplikasi kamera juga masih sama. Ada mod malam, panorama, video, potret dan AR. Ketiadaan ciri baharu mungkin mengecewakan tetapi hakikatnya kita kini sudah sampai ke kemuncak telefon pintar (peak mobile) sehingga tahun demi tahun ciri baharu yang diperkenalkan hampir tiada.

Gambar yang diambil adalah tajam dan terang. Dalam situasi pencahayaan yang baik warna nampak hidup dan mempunyai saturasi yang tinggi. Ini sudah dilakukan oleh Samsung sejak dahulu lagi di mana gambar akan diproses selepas ditangkap untuk kelihatan lebih baik daripada situasi sebenar. Mod makro juga adalah memuaskan.

Mod malam adalah memuaskan sekali kerana sensor 50MP yang besar dan sistem OIS. Pendedahan gambar yang lebih lama sehingga 7 saat boleh dilakukan bagi mendapatkan gambar malam yang lebih terang. Kesan hingar pada gambar adalah minima.

Kamera swafoto 10MP adalah sederhana sahaja kualiti gambarnya. Kami masih sarankan anda gunakan kamera ini daripada kamera 4MP UDC di bahagian dalam kerana imej yang terhasil masih tidak cukup tajam

Mod zum pula baik sehingga sekitar 10x zum sahaja. Melangkaui tahap ini gambar mula kelihatan kabur. Di bawah ialah sampel gambar menggunakan mod zum 1x, 3x, 10x dan 30x. Kesimpulannya dari ujian yang kami lakukan kamera pada Fold5 adalah perbadanan dengan statusnya sebagai sebuah peranti mercu.

BATERI

Berita buruk ialah tiada perubahan pada kapasiti bateri yang masih 4400 mAh dan menyokong pengecasan berwayar 25W, nirwayar 15W dan pengecasan berbalik 4.5W. Berita baiknya pula ialah hayat bateri Z Fold5 mempunyai peningkatan yang ketara.

SOT 8-9 jam sehari dapat kami nikmati pada penggunaan yang sederhana dan berat. Dalam penggunaan sederhana peranti boleh beroperasi sehingga 18 jam. Penggunaan lebih berat pula ia turun ke 14 jam yang tidak boleh dicapai pada Z Fold4 tahun lalu.

Ketahanan bateri ini mengubat kekecewaan sistem pengecas yang masih sekadar 25W dan tiada pengecas percuma diberikan. Ini tidak boleh dimaafkan kerana pesaing seperti Honor Magic Vs dan Huawei Mate X3 ditawarkan dengan pengecas yang lebih pantas. Pengecasan semula mengambil masa 90 minit dari 1% ke 100%. Tiada pengecas diberikan dengan setiap pembelian.

AUDIO

Dua speaker stereo yang menembak ke sisi menawarkan audio yang seimbang. Muzik dan video yang dimainkan boleh dinikmati dengan lebih baik kerana sistem audio Dolby Atmos turut disertakan. Bagi peminat aksesori audio nirwayar, terdapat sokongan codec AAC, SBC dan LDAC.

Masih tiada ruang untuk sebuah bicu audio 3.5mm. Kerana saiz peranti yang besar, speaker boleh diletakkan di atas dengan tangan di sisi tidak menutup lubang audio ketika sesi permua atau Netflix. Prestasi audio Z Fold5 adalah sama sahaja dengan Z Fold5.

PESAING

Samsung Galaxy Z Fold5Vivo X Fold2Honor Magic Vs
Luar – 6.2″ Dynamic AMOLED 2X, 120Hz
Dalam – 7.6″ Dynamic AMOLED 2X 120Hz, HDR10+
Luar – 6.53″ LTPO OLED, 120Hz
Dalam – 8.03″ LTPO OLED, 1290Hz, Dolby Vision
Luar – 6.45″ OLED, 120Hz
Dalam – 7.9″ OLED, 90Hz, HDR10+
Snapdragon 8 Gen 2 (4nm)
1 X 3.36 GHz Cortex X3
4 X 2.8 GHz Cortex A715
3 X 2.0 GHz Cortex 510
Snapdragon 8 Gen 2 (4nm)
1 X 3.2 GHz Cortex X3
4 X 2.8 GHz Cortex A715
3 X 2.0 GHz Cortex 510
Snapdragon 8+ Gen 1 (4nm)
1 X 3.19 GHz Cortex X2
3 X 2.75 GHz Cortex A710
4 X 1.8 GHz Cortex 510
Adreno 740Adreno 740Adreno 730
12 GB LPDRR5X12 GB LPDRR512 GB LPDRR5
256/512/1000 GB UFS 4.0256/512/1000 GB UFS 4.0512 GB UFS 3.1
Kamera Utama
50MP, f/1.8 Sudut Lebar, OIS
10MP, f/2.2 Telefoto, 3X Zum Optikal, OIS
12MP, f/2.4 Ultra Sudut Lebar
Kamera Utama
50MP, f/1.8, OIS Sudut Lebar
12MP, f/2.0 Telefoto, 2X Zum Optikal
12MP, f/2.0 Ultra Sudut Lebar
Lensa Zeiss
Kamera Utama
54MP, f/1.9 Sudut Lebar, OIS
8MP, f/2.4 Telefoto, 3X Zum Optikal, OIS
50MP, f/2.0 Ultra Sudut Lebar
Kamera Hadapan
10-MP f/2.2
4-MP f/1.8 (UDC)
Kamera Hadapan
16-MP f/2.5
16-MP f/2.5
Kamera Hadapan
16-MP f/2.6
16-MP f/2.6
IPX8Tidak kalis airTidak kalis air
Tiada bicu audioTiada bicu audioTiada bicu audio
Audio StereoAudio StereoAudio Stereo
4400 mAh (Berwayar 25W)4800 mAh (Berwayar 120W)5000 mAh (Berwayar 66W)
RM 6799 (12/256GB)
RM 7299 (12/512GB)
RM 8299 (12/1000GB)
RM 6451* (12/512GB)
*= Mata wang China
Harga RM 5999

DALAM KOTAK

Berikut ialah apa yang disertakan dalam kotak.

  • 1x Samsung Galaxy Z Fold5
  • 1x Kabel pengecas USB-C ke USB-C.
  • 1x Manual.
  • 1x Pin SIM.

KESIMPULAN

Apabila sebuah peranti baharu dilancarkan orang ramai mengharapkan terdapat penambah baikan pada spesifikasi, skrin, kamera, rekaan, bateri dan perisian. Dalam kes Samsung Galaxy Z Fold5, peranti ini hanya memenuhi tiga daripada keperluan ini. Oleh itu sedikit sukar nak sarankan kepada mereka yang ingin keenam-enam perkara di atas dipenuhi.

Yang bagus ialah prestasi memang bagus dengan Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy. Dapat dirasakan semua berjalan lebih pantas. Permua boleh dimainkan pada tetapan tinggi tanpa isu pemanasan. Prestasi bateri juga amat bagus walaupun kapasiti bateri langsung berubah. Rekaan pula menyelesaikan isu ada ruang apabila skrin ditutup.

Tetapi kamera masih lagi sama sahaja dengan Z Fold4. Perisian juga tiada langsung perubahan pada ciri baharu tahun ini dengan juga menggunakan One UI 5.1.1 yang sama pada Z Fold4. Pengecasan juga masih di takuk lama 25W yang tak layak lagi dipanggil “pantas”. Kemudiannya skrin juga langsung tak ada penambah baikan baik dari segi saiz serta kemampuannya.

Oleh sebab itu kami rasakan kalau anda inginkan sebuah peranti skrin boleh-lipat jenis Fold sekarang, Z Fold4 ialah pilihan yang lebih munasabah. Harga sekarang lebih murah berbanding bermula RM6799 untuk Z Fold5 baharu. Z Fold5 bukanlah peranti yang tak bagus tetapi ia terlalu banyak mengitar semula komponen tahun lalu sehingga membuatkannya tidak begitu perlu dibeli sekarang.

Pro

  • Spesifikasi yang cukup tinggi berkuasa untuk permua.
  • Dengan spesifikasi lebih berkuasa penggunaan terasa lebih lancar.
  • Rekaan lebih nipis tiada ruang antara skrin lagi.
  • Sokongan S Pen.
  • Bateri yang tahan lama.
  • Kalis air IPX8.
  • Sokongan versi Android sebanyak 4 versi dan tampalan sekuriti 5 tahun.

Kontra

  • Garis lipatan masih boleh dilihat pada skrin.
  • Pengecasan 25W adalah perlahan.
  • Tiada perubahan pada spesifikasi kamera.
  • Terlalu banyak persamaan dengan Z Fold4.
Baca lanjut di Amanz .

Redmi K60 Bakal Dilancarkan Minggu Hadapan – Hadir Dengan Memori Sehingga 24GB RAM, Storan 1TB

$
0
0

Xiaomi kini mengumumkan mereka bakal melancarkan telefon pintar mercu Redmi untuk tahun 2023 ini, iaitu siri Redmi K60. Peranti ini dijangka diumumkan untuk pasaran China terlebih dahulu, dan mungkin hadir dibawah jenama lain untuk pasaran global.

Redmi K60 ini dijangka hadir dengan variasi “Extreme” atau “Ultra”, yang mana menyertakan memori sehingga 24GB RAM padanya, serta storan mencapai 1TB. Pengenalan ini dilihat mungkin menjadi norma beberapa jenama China, apatah lagi dengan pihak RedMagic yang sedia menyediakan penawaran peranti dengan memori sedemikian, selain OnePlus turut mengacah pengenalan OnePlus Ace 2 Pro dengan 24GB RAM.

Disamping itu, siri Redmi K60 ini juga dijangka hadir menyertakan cip Dimensity 9200 Plus, dan skrin dengan kadar segar semula 144Hz.

Disamping telefon Redmi ini, pihak Xiaomi juga dijangka memperkenalkan telefon boleh-lipat Xiaomi MIX Fold 3 pada tarikh sama, 14 Ogos 2023.

Baca lanjut di Amanz .

Instagram Kini Membolehkan Berkolaborasi Sehingga Tiga Rakan Untuk Perkongsian Reels

$
0
0

Instagram kini terus mengalakkan para pengguna untuk bekerjasama dan berkolaborasi dalam penghasilan sesuatu kandungan. Melalui kemaskini terbaru, Instagram membolehkan sehingga tiga pengguna bekerjasama dalam berkongsi sebuah Reels yang sama.

Ini sekaligus memudahkan perkongsian aktiviti berkumpulan. Sesuatu perkongsian yang dilabelkan sebagai kolaborasi, akan dipaparkan pada akaun setiap pengguna, dan ia akan turut memaparkan nama pemilik akaun sebagai penerbit kandungan tersebut.

Ciri baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat oleh Instagram kepada semua pengguna pada peringkat global.

Baca lanjut di Amanz .

Mozilla Akan Tambah Sokongan Pemalam Untuk Firefox Pada Android Dalam Beberapa Bulan Lagi

$
0
0

Mozilla kini berkongsi menyatakan mereka akan mengumumkan sokongan pemalam untuk Firefox pada Android, di awal September kelak. Dengan penawaran ini, ia sekaligus akan menjadikan Firefox sebagai antara pelayar web utama terawal yang menawarkan sokongan pemalam pada pelayar web mudah-alih.

Pada hari ini, penggunaan pemalam pada pelayar web Firefox versi desktop sedia meluas, dan ramai menantikan pengenalannya pada Firefox di Android. Ini sekaligus akan memudahkan para pengguna menambah ciri-ciri yang diperlukan dengan mudah pada pelayar web Firefox di Android.

Mozilla menyatakan mereka telah sedia membangunkan ekosistem untuk pemalam pada Firefox di Android, dan akan berkongsi lanjut mengenainya pada awal September.

Pengumuman berkenaan kelak juga dijangka akan membolehkan semua pembangun bersedia dengan pemalam sebelum pelancaran rasmi besar-besaran di Firefox untuk Android.

Baca lanjut di Amanz .

Pemilik iPhone 14 Pro Merungut Kesihatan Bateri Kini Bawah 90%

$
0
0

Sistem kesihatan bateri (Battery Health) pada iOS membolehkan pemilik melihat sendiri prestasi bateri iPhone. Apabila ia turut ke peratusan tertentu, iOS akan menghadkan prestasi cip pemproses untuk mengelakkan sebarang isu menjalankan aplikasi. Tetapi kini pemilik iPhone 14 Pro mula merungut kerana kesihatan bateri mereka di bawah 90% kurang setahun selepas dibeli menurut laporan 9to5 Mac.

Tahap kesihatan bateri yang rendah ini dilaporkan oleh beberapa penerbitan atas talian utama di Amerika Syarikat. Apple sendiri mengatakan bateri pada iPhone boleh mengekalkan sehingga 80% caj selepas 500 kitaran pengecasan. Namun Apple belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu yang dilaporkan ini.

Peranti iPhone 14 Pro Max yang kami gunakan sekarang masih menunjukkan kesihatan 100% walaupun sudah digunakan hampir setahun. Kesihatan bateri adalah bergantung kepada kekerapan peranti dicas serta sistem pengecasan yang digunakan. Secara peribadi kami jarang sekali mengecas iPhone 14 Pro Max yang dimiliki sehingga 100%. Ini mungkin sebab kenapa bateri kami masih lagi tidak terjejas.

Baca lanjut di Amanz .

CelcomDigi Kini Menawarkan Home WiFi 5G Dengan Kuota 1TB Pada RM149 Sebulan

$
0
0

Bagi pengguna di rumah, kini CelcomDigi hadir dengan sebuah penawaran baharu, dinamakan 5G Home WiFi. Melaluinya, ia menawarkan sebuah penghala khusus yang disertakan dengan sokongan liputan rangkaian 5G – membolehkan pengguna berkongsi penggunaannya di rumah.

CelcomDigi 5G Home WiFi ini hadir pada harga langganan RM149 sebulan untuk sementara waktu (harga biasa RM199 sebulan), yang turut memerlukan pengguna melanggannya dibawah kontrak 24 bulan. Langganan ini juga turut hadir dengan penghala khusus untuknya.

CelcomDigi menyatakan pengguna boleh menikmati ia pada kelajuan 5G tanpa had, tetapi dengan had kuota 1TB sebulan. Sebaik sahaja ia selesai digunakan, pengguna akan perlu melanggan pas harian, atau akan dihadkan kepada kelajuan 512kbps sehingga ia diperbaharui.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran CelcomDigi 5G Home WiFi ini di laman rasmi mereka hari ini.

Baca lanjut di Amanz .

Projek Rintis “Cashless Melaka” Dimulakan Di Pasar Malam Taman Seri Duyong – Menawarkan Pulangan Tunai Untuk Penggunaan Dompet Digital

$
0
0

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kini dilihat telah memulakan projek rintis untuk nirtunai di pasar malam, di Pasar Malam Taman Seri Duyong, Melaka. Dibawah projek rintis ini, seramai 120 peniaga terpilih untuk menerima bayaran melalui penggunaan dompet digital.

Program ini meupakan sebahagian daripada aspirasi negeri Melaka dalam menjadi negeri pintar, dibawah perancangan Smart Melaka Blueprint 2035.

Melalui program “Cashless Melaka” ini, ia turut memberikan insentif pulangan tunai kepada pengguna yang membayar menggunakan dompt digital. Antara platform yang terlibat dbawah program ini adalah Touch n Go eWallet, Maybank MAE, Boost dan juga Foodpanda.

Memandangkan ia masih dibawah program rintis, maka buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah program sama akan diperluaskan ke kawasan-kawasan lain lagi.

Baca lanjut di Amanz .

Apple Dijangka Memperkenalkan Rekaan Jam Baharu Pada 2024 – Apple Watch X

$
0
0

Bloomberg kini berkongsi laporan terbaru, menyatakan Apple kini dalam persediaan untuk memperkenalkan rekaan baharu untuk jam tangan pintar Apple Watch mereka. Buat masa ini, proses kemaskini rekaan ini dikenali sebagai Apple Watch X secara dalaman.

Apple Watch X ini dijangka hadir dengan rekaan yang lebih nipis, disamping penggunaan sistem magnetik yang baharu dalam menyambungkan tali jam tangan kepadanya.

Apple masih akan menawarkan kemaskini serta versi baharu jam tangan Apple Watch Series 9 pada tahun 2023 ini, yang membawa sedikit kemaskini pada spesifikasi, disamping beberapa ciri baharu bersama dengannya.

Baca lanjut di Amanz .
Viewing all 51640 articles
Browse latest View live