Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all 51640 articles
Browse latest View live

Intel Dan Lenovo Bekerjasama Membuka Makmal Kejuruteraan Di China

$
0
0

Intel dan Lenovo adalah dua syarikat teknologi yang bekerjasama sekian lamanya, dan telah membangunkan peranti-peranti yang digunakan oleh pelbagai jenis pengguna, dari sektor kerajaan, industri dan pengguna biasa.

Baru-baru ini, ia telah dilaporkan bahawa kedua-dua syarikat ini bekerjasama untuk membuka sebuah makmal kejuruteraan peranti di Shanghai, China yang dinamakan Advanced System Innovation Lab. Di makmal ini, para jurutera dari kedua-dua syarikat ini bergabung tenaga untuk mereka dan membangunkan komputer-komputer riba baru yang bukan sahaja hadir dengan prestasi berkuasa, tetapi juga rekaan yang serba menarik.

Lenovo cukup terkenal untuk siri komputer riba produktiviti ThinkPad mereka yang hadir dengan rekaan nipis, ringan dan dengan kuasa pemprosesan yang cukup mantap sekali. Dengan kerjasama bersama Intel ini, Lenovo telah membangunkan juga komputer riba seperti ThinkPad X dan ThinkPad X Fold.

Malah, di makmal tersebut, Intel dan Lenovo telah membangunkan perisian pemandu OLED yang boleh digunakan untuk menggerakkan dua paparan OLED secara serentak. Malah, jika anda ingat, Lenovo telah memperkenalkan komputer riba Lenovo Yoga Book 9i yang tampil dengan dua paparan skrin OLED bersaiz penuh.

Kerjasama seperti ini juga cukup menarik khususnya kerana kedua-dua syarikat ini akan membangunkan peranti baru khusus dengan cip pemprosesan terbaru yang diperkenalkan Intel. Menurut laporan, Lenovo kini sedang membangunkan komputer riba baru berdasarkan cip pemprosesan Intel Lunar Lake, yang dijangka akan diperkenalkan di pasaran pada pertengahan 2024 kelak.

Kerjasama diantara syarikat cip pemprosesan dan jenama pembuat peranti bukanlah sesuatu yang baru, tetapi keunikan peranti-peranti yang diperlihatkan oleh Lenovo kebelakangan ini adalah bukti bahawa Lenovo semakin kearah memperlihatkan peranti-peranti yang semakin unik dan berguna dari segi produktiviti.

Baca lanjut di Amanz .

Duolingo Bakal Hadir Dengan Aplikasi Pembelajaran Muzik

$
0
0

Duolingo adalah aplikasi pembelajaran yang cukup popular. Ia menawarkan pelbagai perkhidmatan pembelajaran seperti bahasa, matematik, latihan minda dan membaca untuk kanak-kanak. Terbaru mereka dilihat ingin menawarkan pembelajaran muzik pula dengan nama Duoling Music

Menerusi kod sumber, beberapa grafik berkaitan dengan piano, dram, sesi muzik, lagu dan banyak lagi yang berkaitan telah ditemukan. TechCrunch melaporkan yang Duolingo masih tidak ingin mendedahkan apakah yang bakal ditawarkan kecuali mereka kerap menguji ciri baharu.

Bila Duolingo Music akan dilancarkan juga masih tidak diketahui. Tetapi pembelajaran muzik ini dilihat ditemui melalui aplikasi pada iOS dan tidak pasti kelak akan ditawarkan secara meluas ataupun tidak. Sama-sama kita nantikan.

Baca lanjut di Amanz .

WhatsApp Kini Membenarkan Pengguna Menjadualkan Panggilan Berkumpulan

$
0
0

Aplikasi WhatsApp telah dikemaskini dengan ciri baharu yang membenarkan pengguna menjadualkan panggilan berkumpulan. Pengenalannya dianggap menarik kerana bukan sahaja mampu menentukan masa yang sesuai untuk kesemua ahli kumpulan. Malahan mampu memastikan mereka bersedia, serta mengurangkan risiko ketinggalan mahupun terlewat menyertai panggilan berkumpulan yang penting.

Penggunaan juga amat mudah dengan hanya ketik pada butang panggilan di dalam ruang sembang berkumpulan yang dimahukan. Seterusnya pengguna boleh memilih jenis panggilan yang mahu dijadualkan sama ada audio atau video. Kemudian diikuti pula dengan tetapan untuk tarikh dan masa panggilan tersebut dijadualkan.

Setelah kesemua proses selesai, ia akan ditambah secara automatik ke dalam ruang sembang dan peringatan akan diberikan kepada mana-mana individu terlibat sekurang-kurangnya 15 minit sebelum panggilan bermula. Ciri ini hanya disediakan buat pengguna WhatsApp Beta terpilih buat masa ini sebelum diedarkan secara meluas dalam masa terdekat.

Baca lanjut di Amanz .

ASUS Memperlihatkan Siri Kad Grafik TX Gaming Baru Khusus Untuk Pasaran China

$
0
0

ASUS, jenama teknologi yang cukup terkenal untuk komponen-komponen komputer mereka baru-baru ini dilihat telah memperkenalkan sebuah lagi siri kad grafik baru untuk model-model kelas pertengahan dan pertengahan premium.

Dinamakan ASUS TX Gaming, ia merupakan singkatan kepada nama Tianxuan yang sebelum ini digunakan untuk siri komputer riba gaming mampu milik mereka yang dijual di pasaran China.

Kini dengan nama baru, ASUS telah memperlihatkan tiga kad grafik baru, iaitu ASUS TX Gaming GeForce RTX 4070 O12G, ASUS TX Gaming GeForce RTX 4060 Ti O8G dan ASUS TX Gaming GeForce RTX 4060 O12G.

Apa yang menarik mengenai siri kad grafik ini ialah ketiga-tiga kad grafik ini hadir dengan rekaan penyejuk yang sama, menggunakan tiga kipas penyejuk dan juga bongkah penyejukan yang memakan tiga ruang pengembangan PCIe, walaupun untuk model seperti RTX 4060 Ti dan RTX 4060.

Dalam pada itu, kesemua kad grafik ini juga dilihat menggunakan satu palam 8-pin kuasa PCIe, dan menariknya tidak menggunakan palam 12VHPWR yang secara lazimnya diperlihatkan pada kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4000.

Kad-kad grafik ini sudah mula dijual di pasaran China, tetapi buat masa ini ia masih tidak diketahui lagi samada ia akan memasuki pasaran tempatan ataupun tidak.

Baca lanjut di Amanz .

Xiaomi Pad 6 Max Akan Dilengkapi Skrin 14″ Dan Dilancarkan Pada 14 Ogos

$
0
0

Xiaomi dalam persediaan hadir dengan tablet baharu Pad 6 Max yang dijadualkan tiba pada 14 Ogos ini. Pengenalannya boleh menjadi variasi tambahan buat Xiaomi Pad 6 dan Pad 6 Pro yang diumumkan pada April lalu. Namun dijangka mampu menawarkan ciri dan fungsi yang dipertingkatkan.

Antaranya seperti paparan lebih besar dengan skrin bersaiz 14-inci berbanding 11″ yang digunakan pada Pad 6 dan Pad 6 Pro. Ia juga dilihat bersesuaian dengan penjenamaan Max pada peranti untuk menggambarkan sesuatu yang besar. Rekabentuk bagaimanapun keseluruhannya masih sama dengan gabungan tubuh bersisi rata dan modul kamera segi empat di belakang.

Butiran lanjut mengenai perkakasan dalaman tidak pula didedahkan, yang bermakna kita akan ketahuinya kemudian selepas dilancarkan secara rasmi.

Baca lanjut di Amanz .

Xiaomi Kini Pengeluar Telefon Nombor Satu Di Malaysia, Diikuti Samsung Dan Oppo

$
0
0

Melalui perkongsian data pihak Canalys terbaru untuk suku kedua 2023 yang lepas, ia memperlihatkan Xiaomi kini menerajui pasaran Malaysia dengan pegangan pasaran Malaysia sebanyak 18%.

Mengikut rapat dibelakang adalah Samsung dengan pegangan berjumlah 17%. Walaubagaimanapun, jikalau dibandingkan dari segi perkembangan tahunan, Xiaomi memperlihatkan penurunan sebanyak 45%, berbanding Samsung yang memperlihatkan penurunan 25%.

Menduduki tangga ketiga adalah Oppo, dan diikuti oleh Vivo, dan seterusnya Realme di tangga ke-5.

Pasaran telefon pintar tahun ini boleh dikatakan berkembang agak perlahan berbanding tahun-tahun sebelumnya, apatah lagi dengan kesan ekonomi – membuatkan pengguna kurang beralih ke peranti baharu, dan kekal menggunakan peranti sedia ada.

Baca lanjut di Amanz .

Amerika Syarikat Kini Melarang Pelaburan Terhadap Syarikat-Syarikat Teknologi China

$
0
0

Nampaknya perang dingin diantara Amerika Syarikat dan China akan berterusan buat seketika ini, kerana Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden telah mengeluarkan arahan eksekutif yang mengatakan selain daripada menjual bahan dan kelengkapan teknologi kepada syarikat-syarikat China, syarikat Amerika juga dilarang untuk melakukan pelaburan terhadap syarikat-syarikat tersebut.

Menurut laporan Wall Street Journal, walaupun arahan ini dikeluarkan baru-baru ini, perkara ini telah dalam perbincangan untuk berbulan-bulan lamanya, dan melibatkan larangan pelaburan keatas syarikat teknologi China yang membangunkan teknologi kecerdasan buatan, kejuruteraan kuantum dan juga pembangunan teknologi semikonduktor.

Syarikat-syarikat Amerika Syarikat yang sedang menjalankan perniagaan di China juga perlu melaporkan sebarang pelaburan yang dilakukan kepada syarikat-syarikat di China, khususnya berkenaan kecerdasan buatan dan juga pembangunan teknologi semikonduktor.

China Amerika

Kerisauan kerajaan Amerika Syarikat setakat ini nampaknya adalah terhadap pemesatan teknologi di China yang akan mendorong mereka untuk membangunkan senjata-senjata yang boleh digunakan terhadap mereka dan juga negara-negara sekutu mereka.

Malah, kerisauan mereka terhadap penggunaan teknologi Amerika dalam membangunkan teknologi China menyebabkan mereka juga melihat semula terhadap pelaburan syarikat-syarikat China didalam syarikat-syarikat teknologi Amerika Syarikat.

Butiran mengenai arahan eksekutif terbaru ini dijangka akan diumumkan oleh pihak kerajaan Amerika Syarikat tidak lama lagi, dan kerisauan utama banyak pihak ialah ia akan menyebabkan ketegangan yang lebih serius diantara kedua-dua kerajaan ini.

Baca lanjut di Amanz .

OnePlus Ace 2 Pro Disahkan Bakal Hadir Dengan Memori 24GB RAM

$
0
0

Akhir-akhir ini, nampaknya pengeluar telefon pintar memilih untuk menyertakan pilihan memori yang agak tinggi bersama telefon-telefon keluaran mereka. Selepas RedMagic yang hadir dengan telefon menyertakan memori 24GB RAM, kini OnePlus dilihat akan mengikut jejak.

Melalui gambar acah untuk pasaran China, OnePlus kini mengesahkan OnePlus Ace 2 Pro bakal hadir dengan pilihan memori mencapai 24GB RAM LPDDR5X.

Ini sekaligus dijangka menjanjikan penggunaan peranti yang lancar – terutamanya ketika menjalankan permua dan aplikasi berat seperti penyuntingan dan lain-lain.

OnePlus juga dijangka menyertakan pilihan storan mencapai 1TB bersama-sama telefon dengan 24GB RAM ini. Buat masa ini, harga jualannya tidak diketahui lagi. Sama-sama kita nantikan pengenalan rasmi telefon ini dalam masa terdekat ini.

Baca lanjut di Amanz .

Pembekal Berang Dengan Realme Kerana Tekstur GT5 Yang Sukar Dihasilkan

$
0
0

Realme GT adalah siri peranti yang memfokuskan kepada prestasi, ciri unik dan teknologi baharu. Di pasaran Malaysia kali terakhir siri peranti ini dibawa masuk adalah GT2 dan GT Neo3T. GT3 dengan pengecasan 240W dan lampu LED di belakang yang saya uji di MWC Barcelona 2023 sayang sekali tidak ditawarkan.

Terbaru, realme bakal hadir dengan GT5 pula. Eksekutif realme di China iaitu Xu Qi Chase berkongsi di Weibo yang pembekal mereka berang kerana panel belakang GT5 yang sukar untuk dihasilkan. Chase mendakwa yang tekstur peranti ini adalah antara yang terbaik pernah dihasilkan.

Buat masa ini masih tidak jelas apakah teksturnya? Adakah ia akan mempunyai kemasan seakan kertas seperti sebelum ini, batu-bata, atau mungkin seperti OnePlus 11 edisi Jupiter Rock? Turut tidak pasti sama ada realme GT5 akan ditawarkan di Malaysia ataupun tidak, sama-sama kita nantikan.

Baca lanjut di Amanz .

Microsoft Edge Menjadi Pelayar Web Pertama Menawarkan Ciri Eksport Sejarah Pelayaran Web

$
0
0

Microsoft Edge adalah pelayar web ketiga paling popular dunia menurut statcounter. Pelayar web ini mula menjadi popular apabila mula menggunakan Chromium sebagai enjin utama dan sedia terbina pada kebanyakan komputer Windows.

Baru-baru ini Neowin menemui ciri baharu pada Edge yang membenarkan pengguna mengeksport sejarah pelayaran web ke fail CSV. Ciri ini ditemui pada Microsoft Edge Canary versi 117.0.2026.0 dan merupakan ujian secara A/B kerana tidak boleh diakses oleh semua orang.

Ciri ini membolehkan pengguna menggunakan fail CSV tadi untuk mengimport ke pelayar web lain atau ke Edge versi lain tanpa bergantung kepada akaun Microsoft. Buat masa ini ciri ini masih tidak pasti bila ia akan diedarkan kepada orang ramai. Tetapi versi baharu Edge yang stabil dijangka akan tiba pada September nanti.

Baca lanjut di Amanz .

iPhone 15 Pro Dikatakan Akan Kekal Dengan RAM 6GB Bukan 8GB

$
0
0

Di pasaran Malaysia, OnePlus Nord 3 5G hadir dengan RAM sebesar 28GB yang amat besar saiznya. iPhone sebaliknya setakat ini hanya dilengkapi 6GB RAM dengan ura-ura mengatakan tahu ini model Pro akan ditawarkan dengan memori 8GB RAM buat pertama kali. Tetapi ura-ura terbaru kini mengatakan ini tidak akan berlaku dengan iPhone 15 Pro akan kekal dengan 6GB RAM.

Untuk cip pemprosesan kedua-dua iPhone baharu ini akan menggunakan cip Apple A17 Bionic dengan kuasa mencapai 3.70GHz berbanding A16 yang hanya terhad kepada 3.46GHz. Sementara itu GPU A17 Bionic turut dikatakan akan mempunyai 6 teras berbanding pada 5 pada Apple A16 Bionic. Tidak pasti kenapa Apple masih tidak ingin menawarkan memori yang lebih besar seperti pada iPad untuk iPhone. Mungkin kerana iOS yang sudah efisien dan mempunyai prestasi yang baik.

Baca lanjut di Amanz .

Syarikat Teknologi China Borong Cip AI NVIDIA Bernilai $5 Bilion Sebelum Halangan Dikenakan

$
0
0

Amerika Syarikat telah mengenakan halangan teknologi terhadap syarikat daripada China sejak empat tahun yang lalu atas alasan keselamatan negara. Antara yang dikenakan tahun ini ialah halangan pembelian cip AI terkini keluaran AMD dan NVIDIA kerana didakwa akan digunakan bagi tujuan ketenteraan. Sebelum halangan yang lebih ketat dikenakan, beberapa syarikat teknologi China seperti Ali Baba, Baidu, Bytedance dan Tencent dilaporkan memborong cip AI keluaran NVIDIA bernilai $5 bilion.

Menurut laporan Financial Times, cip bernilai $1 bilion akan diterima tahun ini dengan baki $4 bilion pada tahun 2024. Antara yang dipesan ialah sekitar 100,000 cip NVIDIA A800 yang adalah versi NVIDIA A100 yang dikurangkan prestasinya bagi tujuan eksport ke China. Tanpa cip-cip ini, proses melatih model bahaya raya (LLM) yang lebih kompleks akan menjadi perlahan serta menelan kos yang lebih tinggi.

Presiden Biden hari ini telah menandatangani arahan eksekutif yang mengharamkan syarikat daripada Amerika Syarikat daripada melakukan pelaburan ke dalam syarikat  teknologi kecerdasan buatan, kejuruteraan kuantum dan juga pembangunan teknologi semikonduktor China. Sekali lagi alasan keselamatan negara digunakan.

Perang dingin antara blok Barat dan blok Warsaw pada dekad 90an dahulu lebih ke arah pemilikan senjata nuklear. Dalam perang dingin baharu China dan A.S nampaknya ia lebih mengarah kepada pemilikan teknologi paling terkini.

Baca lanjut di Amanz .

Liputan Rangkaian 5G Disasar Capai 80% Kawasan Berpenduduk Selewatnya Awal Januari 2024

$
0
0

Kerajaan sedia menetapkan sasaran untuk rangkaian 5G mencapai kadar liputan 80% menjelang penghujung tahun ini. Apa pun, dengan perkembangan semasa, kerajaan menyasarkan rangkaian 5G mencapai kadar liputan 80% selewat-lewatnya pada awal Januari 2024.

Mengikut data semasa, pada bulan Jun 2023, kadar liputan telah mencapai 64.7%, dan ia seterusnya meningkat 2.1% pada Julai, dan mencatatkan angka 66.7% pada penghujung Julai.

Sebaik sahaja mencapai kadar liputan 80%, kerajaan menyasarkan model dwirangkaian 5G akan dapat diimplementasi dengan penubuhan entiti kedua yang akan turut melaksanakan pembangunan infrastruktur 5G di Malaysia.

Baca lanjut di Amanz .

Misi Artemis Ke Permukaan Bulan Mungkin Ditangguh Ke 2026

$
0
0

Menurut perancangan asal NASA, Misi Artemis III yang akan mengembalikan manusia kembali ke permukaan bulan akan dilancarkan pada Disember 2025. Kini NASA sedang mempertimbangkan untuk menangguhkan misi Artemis III kerana isu dengan sistem Starship yang dibina oleh SpaceX.

Imej pengolokan Starship mendarat di permukaan bulan

April lalu Starship meletup ketika dilancarkan dalam ujian peringkat pertama. Bukan sahaja ia gagal tiba ke orbit sebelum musnah, tapak pelancarannya di Texas juga rosak teruk kerana kuasa roket Super Heavy yang merupakan paling berkuasa pernah dihasilkan dalam sejarah aeroangkasa. SpaceX belum mampu membuktikan Starship boleh melakukan pendaratan ke permukaan bulan yang adalah perlu untuk kejayaan misi.

Starship meletup April lalu

Misi Artemis II dijadualkan pada November 2024 ini dengan ia membaca empat orang anak kapal. Dalam misi ini buat pertama kali krew akan dibawa di dalam kapsul Orion pergi mengelilingi bulan. Misi Artemis I berjaya dilakukan tahun lalu dengan ia membawa kapsul yang hanya mengandungi patung sebagai ganti krew manusia.

Baca lanjut di Amanz .

YouTube  Shorts Tidak Lagi Akan Menyokong Pautan Yang Boleh Diklik Bermula 31 Ogos 2023

$
0
0

Dalam usaha memerangi spam di platform YouTube, kini pihak YouTube mengumumkan sedikit kemaskini – menyatakan pautan yang dikongsikan pada bahagian penerangan di YouTube Shorts tidak lagi boleh diklik berkuat-kuasa 31 Ogos 2023 kelak.

Kemaskini baharu ini akan diperkenalkan secara berperingkat. Selain pada bahagian penerangan, pautan yang dikongsikan pada bahagian komen di YouTube Shorts juga tidak boleh diklik selepas tarikh tersebut.

Ini adalah dalam usaha mengelak pengguna klik pada pautan berbahaya dan spam, sekaligus memastikan platform YouTube kekal selamat. YouTube juga dijangka akan memperkenalkan ciri pautkan video YouTube penuh ke YouTube Shorts dengan mudah menjelang penghujung September kelak.

Baca lanjut di Amanz .

BMW Melancarkan Kereta Elektrik Dengan Kemampuan Kalis Peluru Dan Letupan

$
0
0

Kereta-kereta yang digunakan oleh golongan VIP mempunyai ciri tambahan bagi memastikan penumpang terlindung daripada serangan. Rombongan kereta Perdana Menteri Malaysia misalnya akan mempunyai satu kereta khas yang mengganggu perkhidmatan selular serta radio untuk mengelakkan serangan menggunakan bom yang diletakkan dari jarak jauh.

Semalam BMW i7 Protection telah diperlihatkan dengan ia merupakan kereta elektrik pertama keluaran BMW mempunyai kemampuan kalis peluru dan letupan. Ia adalah BMW i7 biasa yang melepasi piawaian VR9 yang dikeluarkan oleh Vereinigung der Prüfstellen für angriffshemmende Materialien und Konstruktionen (VPAM).

Kenderaan elektrik ini boleh menahan peluru anti perisai 7.62×54 R yang ditembak menggunakan raifal M14 dan FAL-FN. Dari segi ketahanan bom pula ia boleh beroperasi walaupun selepas diserang menggunakan bom tangan. Lapisan perisai khas diletakkan pada bahagian bumbung, pintu dan lapik lantai. Kaca cermin yang digunakan juga boleh menahan serangan yang dilakukan.

Tayar 20″ yang digunakan pula adalah dari jenis  Michelin PAX yang masih boleh digunakan walaupun pancit sepenuhnya pada kelajuan 80 km/j. Ciri tambahan lain ialah pintu bermotor untuk memudahkan ia dibuka, sistem pemadan api automatik, bekalan udara kecemasan dan tempat khas untuk meletakkan bendera.

Kereta dilengkapi motor elektrik 544 kuasa kuda yang membolehkan ia bergerak pada kelajuan 160 km/j. Kerana tambahan berat perisai serta kaca kalis peluri, i7 Protection memerlukan masa 6 saat untuk memecut daripada 0-100 km/j.

BMW i7 Protection akan diperlihatkan kepada umum di acara IAA Mobility 2023 September depan dengan ia mula dijual pada Disember 2023. Harga tidak diumumkan setakat ini.

Baca lanjut di Amanz .

Amerika Ingin Membangunkan Sistem Menangkap Belon Pengintip Di Udara

$
0
0

Tahun lalu dunia dikejutkan dengan beberapa insiden belon udara dari China yang didakwa mengintip di ruang udara Amerika Syarikat telah ditembak jatuh oleh pesawat pejuang. Bangkai belon dan peralatan yang digunakan telah berjaya dikutip oleh pihak tentera A.S dengan maklumat mengenainya dirahsiakan. China segera menafikan dakwaan ini dengan mengatakan ia sekadar belon meteorologi yang tersesat.

Belon pengintip China – Gambar oleh Tyler Schlitt

Kerana insiden intipan menggunakan belom dijangka akan berlaku lagi, DARPA telah memulakan program Capturing Aerial Payloads to Unleash Reliable Exploitation (CAPTURE) untuk menangkap belon tanpa perlu ditembak jatuh. Dengan CAPTURE peralatan elektronik yang digunakan boleh dikaji dengan lebih teliti sebelum ia musnah kerana jatuh daripada ketinggian ribuan kaki.

Ia juga akan menjadi penyelesaian lebih murah berbanding menembak jatuh belon menggunakan peluru berpandu yang bernilai puluhan ribu Dollar. Tetapi projek CAPTURE ini akan berhadapan pelbagai kesukaran kerana perlu beroperasi pada ketinggian 70,000 kaki dan menangkap belon tanpa kerosakan. Syarikat yang berminat perlu menyertakan cadangan mereka kepada DARPA sebelum 21 September 2023.

Baca lanjut di Amanz .

Memori LPDDR5T Keluaran SK Hynix Lebih Pantas Berbanding LPDDR5X

$
0
0

Memori terpantas untuk peranti mudah alih kini berpindah tangan ke Low Power Double Data Rate 5 Turbo (LPDDR5T) keluaran SK Hynix yang dibangunkan dengan kerjasama MediaTek. Modul RAM LPDDR5T berjaya mencatatkan kelajuan pemindahan data pada kadar 9.6 Gbps, berbanding 8.5 Gbps pada LPDDR5X keluaran Samsung tahun lalu.

Peningkatan sekitar 15% ini akan membolehkan peranti beroperasi dengan lebih pantas dan aplikasi juga berfungsi lebih lancar. LPDDR5T dibangunkan kedua-dua syarikat sejak Januari lalu. Menurut SK Hynix, mereka berjaya mencapai kelajuan sepantas ini walaupun industri meramalkan a hanya boleh dilakukan menggunakan format LPDDR6 yang dijangka muncul pada tahun 2026.

Cip pemprosesan pertama yang akan dipadankan dengan LPDDR5T ialah cip MediaTek Dimensity generasi baharu yang belum diumumkan. Mungkin tahun hadapan kita boleh melihat peranti dengan cip Dimensity pula merajai carta penanda aras kerana penggunaan memori lebih pantas.

Baca lanjut di Amanz .

Rekaan Bose QuietComfort Ultra Dan QuietComfort Ultra Earbuds Tertiris

$
0
0

Bose kini dalam persediaan hadir dengan dua penambahan baharu untuk produk audio dinamakan sebagai Bose QuietComfort Ultra dan QuietComfort Ultra Earbuds. Rekaan kedua-duanya telah ditemui menerusi beberapa imej pengolokan yang dikongsi oleh OneLeaks dan MySmartprice.

Bose QuietComfort Ultra ialah set fon kepala nirwayar yang kelak tersedia dalam pilihan warna hitam dan putih. Rekabentuk pada fon kepala ini juga lebih kurang sama dengan model lain di bawah siri tersebut. Melaluinya ia menggunakan pad telinga kusyen yang sepatutunya mampu memberi pengalaman penggunaan yang selesa untuk jangka masa panjang. Selain itu ia juga mempunya butang fizikal yang membolehkan pengguna menyesuaikan pelbagai tetapan dan port USB-C pula tujuan sambungan.

Bose QuietComfort Ultra Earbuds pula merupakan set fon telinga jenis dalam telinga dengan sokongan sesentuh pada bahagian tangkai. Tubuhnya juga ringan serta nipis, yang juga idipadankan dengan putik silikon yang sepatutnya diberi pelbagai pilihan saiz untuk kesesuaian di telinga yang lebih baik. Sama seperti Bose QuietComfort Ultra, fon telinga nirwayar ini juga boleh didapati dalam pilihan warna hitam dan putih.

Butiran lanjut mengenai spesifikasi kedua-dua produk audio ini masih belum didedahkan. Namun kedua-dua produk ini sepatutnya mempunyai peningkatan lebih baik bagi menjadikannya tampil menarik berbanding sebelum ini.

Baca lanjut di Amanz .

Agensi Media Terkemuka Getty, AP Dan AFP Gesa Harta Intelek Dihormati Pembangun AI

$
0
0

Agence France-Presse , European Pressphoto Agency, European Publishers’ Council, Gannett  USA TODAY Network, Getty Images, National Press Photographers Association, National Writers Union, News Media Alliance, The Associated Press dan The Authors Guild telah mengeluarkan kenyataan bersama menggesa harta intelek mereka dihormati oleh pembangun kecerdasan buatan (AI) generatif.

Walaupun memuji kemampuan AI generatif menghasilkan imej yang realistik, kesemua persatuan juru foto ini memberikan amaran bahawa gambar yang dijana boleh menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan kepada media. Latihan model AI juga tidak seharusnya melanggar harta intelek (IP) dengan pembangun seharusnya meminta kebenaran daripada pemegang IP terlebih dahulu.

Pada waktu yang sama gambar yang dijana oleh AI seharusnya mempunyai label yang jelas dan konsisten untuk mengelakkan kekeliruan orang ramai. Setakat ini Google mengesahkan mereka akan mula memaparkan label pada gambar yang dijana AI pada keputusan carian Google Images.

Baca lanjut di Amanz .
Viewing all 51640 articles
Browse latest View live