Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all 51640 articles
Browse latest View live

Aplikasi FeaturePrint Mengesan Produk Tiruan Dengan Hanya Sekeping Gambar

$
0
0

Pasaran produk tiruan mencecah ratusan bilion Ringgit setahun. Suatu ketika dahulu produk tiruan mudah dikesan kerana dijual pada harga murah di kedai-kedai yang tidak rasmi. Di Malaysia Jalan Petaling sangat sinonim dengan produk palsu sehingga menjadi tumpuan pelancong yang memang mencari produk tidak asli. Masalahnya sekarang produk tiruan dijual sebagai produk asli yang jelas menipu pelanggan.

FeaturePrint ialah aplikasi yang boleh mengesan sesebuah produk adalah tiruan dengan hanya sekeping gambar. Aplikasi ini menggunakan kecerdasan buatan untuk mengesan perbezaan antara produk asli dan palsu. Sistem kod palang, QR dan nombor siri yang digunakan sekarang tidak memadai kerana penjual boleh menyorokkannya dari gambar produk yang dijual.

Pada waktu ini FeaturePrint belum ditawarkan kepada umum oleh pembangunannya Alitheon. Mereka ingin memasarkan produk kepada pelanggan industri yang ingin memastikan komponen asli dalam rantaian bekalan, dan barangan mewah.


Google Search Generative Experiencene Kini Boleh Diuji Pengguna Bertuah

$
0
0

Kelak Google Search akan menjadi lebih hebat dan berkuasa. Akses awal kepada ciri kecerdasan buatan iaitu Google (Search Generative Experience) kini diberikan. Google turut menjanjikan pelbagai perkara boleh dilakukan dengan Google SGE.

Selepas Bard menambah sokongan paparan imej semalam Google hari ini memperlihatkan apa yang enjin carian baharu merela boleh lakukan. Pertama sekali adalah dengan memulakan carian baharu. Anda boleh cari apa jua perkara dari ingin belajar main sesuatu sehinggalah membangunkan perniagaan. Carian yang diberikan Google dijamin adalah pendek dan lebih mudah faham.

Akhir sekali ciri Google SGE yang akan boleh cuba digunakan adalah enjin carian untuk mencari barang ingin dibeli. Jika sebelum ini jika anda ingin mencari kabel USB-C yang terbaik anda perlu buka Shopee, Lazada, Faceboook dan banyak lagi untuk membezakan harga, semak penghantaran dan keaslian. Tetapi SGE terus memaparkan harga mengikut kategori, variasi dan model di laman Google sendiri. Dengan kelak turut akan menambah kandungan dari forum dan juga media sosial untuk dijadijkan sebagai rujukan.

Buat masa ini juga percubaan terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat sahaja. Pengguna juga buat masa ini terhad kepada akses di peranti Google dan iOS sahaja buat masa ini. Tetapi SGE mungkin lebih seakan Bing, mana tahu tidak lama lagi anda boleh menggunakannya pula. Sekurang-kurangnya Google tidak mengehadkan pengguna dengan pelan telekomunikasi di AS sahaja.

  • Sumber
Google[ /sumber]

Acer Connect Vero W6m Ialah Penghala WiFi 6E Mesra Alam Pertama Syarikat Tersebut

$
0
0

Acer ialah syarikat teknologi dari Taiwan yang cukup terkenal untuk penawaran produk-produk perkomputeran mereka, seperti komputer desktop, komputer riba, aksesori gaming, paparan skrin dan sebagainya.

Baru-baru ini, mereka telah mengumumkan kehadiran sebuah produk baru dalam bentuk sebuah penghala WiFi yang dinamakan Acer Connect Vero W6m. Vero merupakan penjenamaan oleh Acer untuk produk-produk mereka yang menggunakan bahan kitar semula (Post Consumer Recyclable) didalam binaan dan komponen-komponen sesebuah produk.

Oleh itu, Acer Connect Vero W6m ini merupakan sebuah penghala WiFi yang menggunakan bahan kitar semula didalam produknya, dan secara khusus, sekitar 30 peratus daripada binaan penghala WiFi ini adalah menggunakan bahan PCR tersebut.

Walaupun rangka peranti ini menggunakan bahan kitar semula, ia masih lagi hadir dengan prestasi yang mengagumkan. Sebagai contoh, ia menyokong teknologi WiFi 6E Tri-band AXE7800 yang menyokong tiga frekuensi nirwayar, termasuklah 2.4GHz, 5.0GHz dan 6.0GHz dan mempunyai kelajuan penghantaran data secara tempatan sepantas 7.8Gbps.

Lebih menarik lagi, anda juga boleh menyambungkan penghala WiFi ini dengan unit-unit lain untuk memanjangkan lagi radius kawasan sambungan WiFi dengan satu ataupun tiga unit tambahan, sehingga 930m².

Perkakasan ini dikuasakan oleh sebuah cip pemprosesan MediaTek A53 dengan dua teras pada kelajuan 2GHz, memori terbina 1GB dan storan 4GB terbina. Butiran lanjut mengenai produk ini tidak diumumkan lagi, tetapi ia juga dikatakan mudah untuk digunakan dan hadir dengan sejumlah ciri keselamatan yang memastikan rangkaian WiFi rumah ataupun pejabat anda selamat digunakan.

Buat masa ini, mereka masih belum mengumumkan bilakah penghala WiFi Acer Connect Vero W6m ini akan dilancarkan, dan juga harga jualannya.

Anda Kini Boleh Mencari Iklan Di Aplikasi Instagram

$
0
0

Dua bulan lepas Instagram Business melaporkan yang mereka akan mula memaparkan iklan pada bahagian carian dalam aplikasi. Hari ini ciri tersebut dilancarkan dan mereka menyatakan ciri ini adalah untuk pengguna perusahaan memantau keputusan iklan dengan data yang lebih terperinci.

Dengan pengenalan kepada ciri ini pengguna kelak turut akan nampak senarai iklan yang lebih spesifik. Ini bermakna bahagian ini membolehkan anda mencari apa jua yang wujud di Internet dan atau turut mencari produk tertentu terus di Instagram. Menariknya pengguna turut boleh berikan akses akaun Instagram terus kepada klien untuk sama-sama membaca dan menilai data ketika sesi pembentangan.

Seperti di Facebook atau di Instagram setiap siaran yang ada iklan akan mempunyai label. Ciri baharu juga memudahkan lagi konsep kerja di mana-mana asalkan ada akses internet. Kemudian Meta juga kerugian sehingga RM42 bilion kerana ciri anti penjejakan Apple. Jadi dengan menyasarkan pengguna yang aktif mencari iklan dan ingin dapatkan promisi sahaja tahun ini Meta mungkin akan kembali mencatat keuntungan.

Dalam semakan saya, ciri mencari iklan ini ia masih belum di Malaysia walaupun mencari penjual tempatan. Adakah anda inginkan ciri ini atau anda rasakan ia tidak penting dan mungkin tidak akan menggunakannya pun.

Kamera Leica Q3 Dilancarkan Dengan Rakaman 8K Pada Harga RM29,570

$
0
0

Leica Q3 dilancarkan secara rasmi sebagai sebuah lagi kamera kompak bingkai penuh baharu. Ia menjadi kesinambungan buat Leica Q2 dengan beberapa naik taraf yang menarik. Misalnya seperti ia menggunakan sensor 60.3MP CMOS BIS yang dijana pemproses Leica Maestro IV bersama L² Technology (L squared Technology). Ini merupakan peningkatan berbanding sensor 47.2 Megapixel pada generasi sebelum ini.

Seterusnya ia juga digabungkan dengan kanta Summilux 28 f/1.7 ASPH yang diintegrasi dengan mod makro khusus untuk tangkapan gambar sedekat 17mm. Rakaman video pula boleh dibuat sehingga 8K yang menjadi satu lagi peningkatan menarik berbanding rakaman 4K pada Leica Q2. Bagaimanapun pilihan rakaman Cine4K, 4K dan FHD masih disediakan di sini.

Kemudian disediakan juga kebolehan merakam video RAW yang direkod sebagai Apple ProRes RAW. Pengalaman rakaman ini menjadi lebih baik dengan bantuan sistem autofokus hibrid berasaskan AI yang akan memastikan subjek dapat dikesan dengan baik bersama fokus memuaskan.

Pada panel belakang pula terdapatnya sebuah skrin TFT LCD yang boleh dicondongkan sebesar 3-inci. Sementara itu EVF pula menggunakan skrin OLED dengan1,843,200 titik. Selain daripada itu, kamera ini juga dilengkapi port USB-C dan HDMI, pada masa sama turut menyokong sistem pengecasan secara nirwayar.

Sebagai tambahan aplikasi Leica FOTOS turut boleh dimuat turun bertujuan memudahkan lagi proses pemindahan data ke peranti lain. Leica Q3 dijual di Malaysia dengan harga jualan RM29,570 sebuah.

Anda Mungkin Tidak Boleh Membeli Tali Jam Untuk TicWatch Pro 5

$
0
0

TicWatch Pro 5 akhirnya rasmi dilancarkan secara rasmi minggu ini. Ia adalah jam tangan pintar Wear OS 3.x pertama pertama Mobvoi dan juga pertama di dunia yang dijana dengan Snapdragon W5+ Gen 1. Walaupun jam ini secara keseluruhan nampak sama rekaannya ada perkara yang membuatkan saya rasa nak marah.

Pertama sekali adalah TicWatch Pro 5 menggunakan saiz tali jam baharu. Saiz yang digunakan adalah lebih besar dan juga aneh iaitu 24mm. Ini menjadi masalah kerana tali jam adalah jenis tersuai dan tidak digunakan oleh pengeluar lain.

TicWatch Pro 5 menggunakan tali bersaiz 22mm atau lebih spesifik 50.0x(P) x 48.0(L) x 12.2(L) mm. Mobvoi turut menyatakan yang perubahan ini adalah disengajakan membuatkan pengguna TicWatch Pro 3 dan TicWatch Pro 3 Ultra termenung kerana tidak boleh menggunakan tali jam lama.

Mobvoi turut berkongsi yang kali ini penawaran tali jam untuk TicWatch Pro 5 dihadkan. Tetapi anda boleh padankan dengan tali jam pihak ketiga lain dan atau langgan sahaja TimeShow iaitu perkhidmatan langganan muka jam Mobvoi tersendiri untuk menghiasi jam anda.

Data Tesla Tertiris Menunjukkan Ribuan Laporan Insiden Melibatkan Sistem Swapandu Autopilot

$
0
0

Laman Handelsblatt dari Jerman hari ini menerbitkan laporan terdapat ribuan insiden kemalangan, kereta berhenti mengejut, berhenti secara rawak dan kereta memecut secara tiba-tiba ketika menggunakan sistem swapandu Autopilot. Data sebesar 100GB diterima oleh Handelsblatt menerusi sumber dalaman yang tidak didedahkan identitinya.

Tesla

Dalam pangkalan data ini terdapat 2400 insiden kereta memecut tanpa diarahkan, 1500 insiden melibatkan sistem brek, 139 kes brek kecemasan tanpa sebab, 383 insiden brek tanpa sebab keran isu pada pengesanan pelanggaran dan 3000 laporan dari pengguna mengenai isu pada FSD yang dikategorikan sebagai merisaukan. Majoriti isu dilaporkan oleh pengguna dari Amerika Syarikat dan Jerman. Laporan turut mendakwa Tesla tidak memberikan bantuan yang serius kepada pelanggan yang melaporkan kesemua isu-isu ini.

Handelsblatt  mendapatkan bantuan Fraunhofer Institute for Secure Information Technology bagi memastikan data yang diterima adalah asli tanpa sebarang suntingan. Laporan tetap diterbitkan walaupun penggunaan data yang ditiriskan ini adalah menyalahi undang-undang EU. Penerbitan dirasakan perlu bagi memastikan keselamatan pengguna Tesla dengan sistem FSD Beta.

Ini bukan kali pertama isu melibatkan Autopilot atau FSD Beta dilaporkan. Beberapa insiden kemalangan berprofil tinggi sudahpun dilaporkan di China dan Amerika Syarikat melibatkan kereta Tesla yang memecut secara rawak dan berhenti di dalam terowong mengakibatkan kemalangan.

Dalam kesemua insiden Tesla mengeluarkan kenyataan bahawa kesalahan di tangan pengguna. Tahun ini juga bekas kakitangan Telsa mengaku memalsukan video swapandu pada tahun 2016 bagi menunjukkan sistem Autopilot adalah lebih berupaya daripada situasi sebenar. Tesla masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai laporan Handelsblatt pada waktu ini.

Boost Akan Lancar Bank Digital Pada Penghujung 2023 Ini

$
0
0

Axiata kini menyatakan perancangan untuk memperkenalkan bank digital seawal penghujung 2023 ini, sekaligus menjadikan ia antara yang terawal memperkenalkan bank digital di Malaysia. Untuk makluman, sebelum ini Axiata melalui Boost Holdings telah menerima lesen mengoperasi bank digital oleh Bank Negara Malaysia.

Boost Holdings merupakan sebuah konsortium yang mengabungkan Axiata melalui Boost, dan juga RHB Bank Berhad. Selain Boost Holdings, terdapat empat lagi penerima lesen untuk bank digital di Malaysia – termasuk Shopee dan juga Grab.

Axiata menyatakan perancangan mereka hari ini, dan turut menyatakan akan membawa operasi bank digital tersebut ke arah keuntungan dalam tempoh tiga atau empat tahun.

Melalui bank digital tersebut, Axiata dijangka menawarkan khidmat deposit untuk akaun simpanan serta akaun semasa, selain produk insurans. Penawaran bank digital ini akan dilakukan secara berperingkat bermula penghujung 2023 ini.


E Ink Umum Kerjasama Dengan MediaTek – Lebih Banyak Pembaca Buku Digital Berasaskan Cip MediaTek Bakal Hadir

$
0
0

E Ink merupakan penyedia yang terkenal dengan teknologi ePaper, membolehkan pelbagai peranti dihasilkan dan menawarkan kemudahan untuk membaca melaluinya. Teknologi ini memfokuskan penggunaan bateri untuk tempoh yang lama, dan pada masa yang sama memberikan keselesaan pada mata.

Pada hari ini, pelbagai pembaca buku digital atau eReader yang menggunakan teknologi dihasilkan E Ink ini. Menariknya, kini E Ingk mengumumkan kerjasama dengan MediaTek untuk pembangunan cip yang dioptimasikan untuk eReader.

Dengan kelebihan kepakaran kedua-dua pihak ini, ia dijangka membawa pasaran eReader setapak kehadapan lagi. E Ink sendiri menyatakan mereka ingin membentuk ekosistem ePaper, dan kerjasama ini akan memudahkan pelanggan mereka pilihan kombinasi rakan rantaian bekalan yang disesuaikan dengan penawaran serta teknologi yang baik.

MediaTek sedia menawarkan sebuah cip MT8113 untuk eReader, hadir dengan rekaan 12-nanometer, kuasa pemprosesan 2.0Ghz, selain menyokong memori LPDDR4, serta menyokong WiFi 5. Cip ini digunakan pada Amazon Kindle Scribe terbaru.

Tetapi, dengan kerjasama baharu kedua-dua pihak ini, ia dijangka akan memeriahkan lagi pasaran eReader, selain memudahkan pihak lain menyertai pasaran eReader dengan penawaran masing-masing.

Microsoft Hadir Dengan Aplikasi Windows Backup Untuk Memudahkan Beralih Ke PC Baharu

$
0
0

Microsoft kini berkongsi akan sebuah aplikasi baharu yang akan hadir bersama Windows 11 kepada semua tidak lama lagi, dinamakan Windows Backup. Buat masa ini, aplikasi ini ditawarkan untuk pengguna Windows Insiders melalui versi pembangunan baharu.

Windows Backup merupakan sebuah aplikasi ringkas, yang memudahkan pengguna melakukan salinan pendua untuk PC yang sedang digunakan mereka. Ia membolehkan anda menetapkan apakah fail dan dokumen yang anda ingin melakukan salinan pendua, termasuk tetapan sistem operasi, kata laluan, dan juga rangkaian WiFi.

Salinan pendua ini boleh digunakan untuk memindahkan ia semua ke komputer baharu, sekaligus mengikuti semua tetapan yang sedia anda lakukan sebelum ini. Dengan langkah ini, ia sekaligus akan memudahkan lagi proses pengurusan komputer oleh para pengguna Windows seluruh dunia.

Google Perlu Membayar $32.5 Juta Kepada Sonos Kerana Melanggar Paten

$
0
0

“Ok Google bayar saman!”. Ini mungkin arahan yang diberikan oleh Sundar Pichai kepada Google Nest Hub beliau selepas Google didapati bersalah melanggar paten speaker pintar milik Sonos. Syarikat gergasi teknologi ini perlu membayar ganti rugi sebanyak $32.5 juta (~RM150 juta) kepada Sonos.

Sonos memfailkan saman ke atas Google pada tahun 2020 kerana mendakwa mereka melanggar beberapa paten untuk sistem arahan suara dan speaker pintar. Hanya tuntutan ganti rugi untuk dua paten milik Sonos dibenarkan dalam perbicaraan oleh mahkamah berbanding enam tuntutan asa yang difailkan. Perbicaraan telah dilakukan sejak April lalu dan hanya kini selesai.

Wakil Sonos mengeluarkan kenyataan bahawa kejayaan kes mereka menunjukkan Google adalah syarikat yang kerap melanggar paten dengan sekitar 200 paten Sonos dipercayai dilanggar oleh syarikat tersebut. Sementara itu wakil Google pula berkata mereka hanya didapati bersalah melanggar satu paten dengan ia tidak digunakan dengan kerap. Google sedang mempertimbangkan langkah seterusnya yang akan diambil.

Apple Pencil Yang Berbunyi Apabila Dicari Menggunakan Find My Dipatenkan Apple

$
0
0

Kami mempunyai beberapa Appe Pencil di rumah kerana ada yang hilang secara rawak. Ia mungkin di bawah katil,sofa, atau di atas para buku. Kami tidak tahu lokasi sebenarnya kerana tidak seperti produk Apple yang lain, Apple Pencil tidak boleh dijejak menggunakan sistem Find My.

Tetapi Apple telahpun memfailkan paten untuk Apple Pencil dengan sistem speaker terbina. Ini besar kemungkinan akan membolehkan ia berbunyi apabila dijejak menggunakan sistem Find My di masa hadapan. Turut dapat dilihat pada dokumen paten ialah terdapat motor haptik yang memberikan petunjuk Apple Pencil ini boleh bergetar.

Seperti biasa kewujudan paten tidak bermakna ia akan menjadi produk sebenar. Apple terkenal dengan tabiat memfailkan paten tetapi mengambil masa yang amat lama sebelum ia dipasarkan kepada pengguna.

Xiaomi Menekankan Komitmen Untuk Meneruskan Pembangunan Cip Kendiri

$
0
0

Baru-baru ini, Oppo telah mengumumkan mereka akan menghentikan pembangunan rekabentuk cip tersendiri, sekaligus membawa kepada pelbagai persoalan berkenaan industri telefon pintar dan penghasilan cip tersendiri secara eksklusif dan khusus. Menyentuh mengenainya, Xiaomi kini sekali lagi menekankan mereka akan meneruskan pembangunan cip mereka.

Xiaomi Surge S1

Xiaomi sebelum ini sedia hadir dengan cip Surge pada 2017 lepas, dan senyap seketika sebelum turut memperkenalkan cip pemprosesan imej tersendiri pada 2021. Menyentuh mengenainya juga, Xiaomi mengatakan mereka mengambil pengajaran sebelum ini, dan menyatakan pembangunan cip kendiri ini adalah suatu perjalanan jangka masa panjang.

Xiaomi turut menekankan yang mana ia sukar untuk mencapai kejayaan dan keuntungan dalam jangka masa pendek apabila melibatkan kepada pembangunan cip ini.

Jam Tangan Spider-Man Audemars Piguet Dijual Pada Harga RM29 Juta

$
0
0

Dengan filem Spider-Man: Across The Spider-Verse akan ke pawagam bulan depan. Pelbagai promosi telahpun dimulakan awal oleh Sony dan Marvel bagi menjayakan filem animasi ini. Antara produk unik yang dihasilkan ialah jam tangan mewah edisi khas Royal Oak Concept Tourbillon Spider-Man oleh Audemars Piguet yang dijual pada harga $6.2 juta (~RM29 juta).

Figuras Spider-Man pada muka jam ini mengambil masa 50 jam untuk diukir oleh artisan menggunakan emas putih. Jalur sesawang pada tubuhnya pula diukir menggunakan sistem laser bagi memastikan ketepatan dengan watak di dalam komik. Pada versi terhad yang dijual pada harga $6.2 juta, watak Spider-Man dicat dalam warna hitam seperti sut makhluk asing symbiote.

Audemars Piguet tuurt menawarkan Royal Oak Concept Tourbillon Spider-Man versi biasa dengan adiwira dicat dalam warna biru dan merah biasa. Hanya 250 unit jam tangan ini akan dijual pada harga lebih “mampu milik” 95,000 Swiss Francs (~RM482,249) seutas

Menteri : Telegram Gagal Bekerjasama Dalam Mengawal Kandungan Lucah Dan Lain-Lain, Akan Ambil Tindakan Seterusnya

$
0
0

Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia, Fahmi Fadzil kini menyatakan perkhidmatan permesejan Telegram gagal memberikan kerjasama dengan kerajaan Malaysia terhadap sejumlah perkara, walaupun telah cuba dihubungi kerajaan sejak bulan Januari lepas.

Pihak kerajaan menyatakan tiada sebarang respon diterima sehingga ke hari ini, dan kerajaan akan mengambil langkah seterusnya terhadap platform Telegram.

Kementerian Komunikasi dan Digital menyatakan telah menerima pelbagai aduan melibatkan Telegram, terutamanya salah-guna melibatkan kandungan lucah, penipuan dan scam, serta penjualan barangan haram.

Fahmi Fadzil mengatakan Telegram seperti tidak ikhlas untuk bekerjasama dengan pihak kerajaan. Ia turut ditekankan, berbanding TikTok dan lain-lain platform, Telegram adalah yang paling membimbangkan buat masa ini.

Telegram sebelum ini telah beberapa kali dilihat tidak bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam menangani masalah jenayah yang berlaku pada platform mereka, termasuk pada tahun lepas Telegram dihalang akses di Brazil kerana tidak memberikan respon – dan seterusnya pengasas Telegram memberi alasan mereka tidak memberikan respon kerana mempunyai masalah dengan emel.


Portugal Semakin Hampir Mengharamkan Kelengkapan 5G Dan 4G Huawei

$
0
0

Majlis Keselamatan Siber Portugal (CSSC) telah mengeluarkan resolusi mengharamkan penggunaan kelengkapan telekomunikasi daripada negara yang berisiko tinggi kepada keselamatan negara. Walaupun arahan ini tidak menamakan sebarang syarikat, ia secara tidak langsung mengharamkan kelengkapan telekomunikasi Huawei daripada digunakan di Portugal.

Huawei 5G

Huawei sedang berusaha untuk mendapatkan kontrak membekalkan kelengkapan 5G mereka di Portugal. Arahan CSSC ini menguburkan impian tersebut. Lebih serius untuk Huawei ialah kelengkapan 4G mereka juga akan diharamkan menyebabkan kontrak dengan syarikat telekomunikasi Portugal tidak boleh diteruskan.

Di Eropah terdapat negara seperti Perancis yang mengharamkan kelengkapan Huawei dan ada juga yang masih selesa menggunakannya seperti di Jerman. Ini adalah antara sebab mengapa Huawei memindahkan ibu pejabat mereka dari Belgium ke Jerman tahun lalu.

WordPress Menyambut Ulang-Tahun Ke-20 – Kini Menjana 43% Laman Web Utama Dunia

$
0
0

WordPress merupakan salah satu sistem pengurusan kandungan web yang sangat popular, dan digunakan ramai. Malah, kami di Amanz sendiri menggunakan WordPress untuk memudahkan penulisan dan penerbitan.

Hari ini, 27 Mei 2023 merupakan ulang-tahun ke-20 sejak WordPress diperkenalkan. Ia sekaligus mencatatkan sebuah pencapaian bersejarah untuk WordPress, apatah lagi dengan hampir 43% web dijana menggunakan WordPress.

WordPress sebelum ini telah dimulakan pada 2003 sebagai sistem sumber terbuka, yang dibangunkan berasaskan kepada sistem b2/cafelog ketika itu. Sejak awal lagi, ia menerima perhatian ramai kerana sistemnya yang mudah, dan memfokuskan kepada penerbitan kandungan. 

Sejak daripada itu, WordPress telah menambah sistem tema untuk memudahkan rekabentuk web, selain sokongan pemalam dalam terus menambah ciri-ciri tambahan yang diperlukan. Pada hari ini, selain untuk penerbitan kandungan, WordPress turut digunakan untuk pelbagai perkara, termasuk pembangunan sistem edagang, sistem komuniti, termasuk pembangunan aplikasi seperti Sarwa.

Komuniti dan industri disebalik WordPress juga sangat besar pada hari ini, dengan ramai pembangun dan perekabentuk yang menjana pendapatan melaluinya, disamping perniagaan yang bergantung kepada WordPress.

WordPress turut menekankan yang mana pencapaian 20 tahun ini adalah disebabkan oleh ia beroperasi sebagai sumber terbuka – sekaligus membolehkan ramai yang menyertai komuniti dan membantu dalam pembangunan dan penggunaannya.

Lazada Mengintegrasi Teknologi ChatGPT Pada Edagang – Memperkenalkan LazzieChat

$
0
0

Dengan ledakan kecerdasan buatan, kini Lazada mengambil langkah mengintegrasikan teknologi ChatGPT dari OpenAI ke platform mereka, dan memperkenalkan sebuah ciri baharu dinamakan LazzieChat. Dengan integrasi ini, ia sekaligus membolehkan LazzieChat menjawab sejumlah pertanyaan berkenaan membeli-belah pada platform Lazada dengan mudah.

Lazada menjadi perkhidmatan edagang pertama di rantau ini yang mengintegrasikan ChatGPT pada platform mereka, selari dengan permintaan pengguna serta populariti ChatGPT. Lazada dijangka memberikan cadangan dan info yang lebih diperibadikan, disamping lebih membantu pengguna dalam melakukan keputusan untuk membeli sesuatu barangan di Lazada.

Lazada menyasarkan ciri LazzieChat ini akan membantu dalam sejumlah pembelian, terutamanya yang melibatkan fesyen dan kecantikan.

Apa pun, buat masa ini LazzieChat hanya ditawarkan di Singapura, Filipina dan Indonesia sahaja. Lazada menyatakan ia akan diperluaskan ke rantau lain secara berperingkat. LazzieChat dikatakan boleh diakses dengan hanya menatal kebawah (swipe bawah) pada halaman utama di aplikasi Lazada. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ciri ini akan diperkenalkan di Malaysia.

WhatsApp Beta Menguji Ciri Perkongsian Skrin Atau “Casting” Ketika Panggilan Video

$
0
0

WhatsApp kini telah memperkenalkan versi beta terbaru untuk aplikasi mereka di platform Android, dan menambah sebuah ciri menarik yang dinantikan ramai – iaitu kebolehan untuk berkongsi rakaman skrin atau casting melaluinya.

Dengan langkah ini, ia sekaligus menjadikan sesuatu panggilan video itu lebih interaktif – dan anda boleh menunjukkan sesuatu perkara seperti demo aplikasi, dokumen dan sebagainya kepada penerima panggilan video tersebut dengan mudah. 

Ciri ini boleh diakses melalui sebuah butang khusus yang disertakan ketika dalam mod panggilan video, yang akan membuka kebenaran untuk anda membenarkan perkongsian skrin atau casting. Seterusnya, sebaik dibenarkan, ia akan membolehkan pihak penerima panggilan turut melihat skrin peranti anda.

Daripada percubaan kami sendiri, ia berjalan dengan lancar, sekaligus memudahkan penerangan sesuatu perkara dengan lebih efektif.

Buat masa ini, ciri ini hanya ditawarkan untuk pengguna WhatsApp Beta sahaja bagi memulakan perkongsian rakaman skrin – tetapi sesiapa sahaja boleh melihatnya ketika panggilan video berlaku.

Make1tFeature Dinobatkan Sebagai Juara Acara PayHack 2023 – Bawa Pulang RM20,000

$
0
0

Setelah seharian diadakan sejak Sabtu, acara PayHack 2023 akhirnya melabuhkan tirai dengan senarai nama pemenang yang sudah diumumkan pada hari ini. Acara ini telah dianjurkan secara bersama oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), Microsoft, MDEC, My Startup dan Cradle.

Melaluinya kumpulan Make1tFeature telah dinobatkan sebagai pemenang hadiah utama sekaligus membawa pulang wang tunai RM20,000. Kumpulan berkenaan membawa pulang anugerah utama itu selepas berjaya menarik perhatian para juri menerusi projek dinamakan sebagai EveryPay.

Tempat kedua pula dimenangi oleh kumpulan Say dan beroleh wang tunai berjumlah RM15,000 menerusi perbentangan projek Shop ‘n Go. Dalam pada itu, tempat ketiga dimenangi oleh Holy Pandas yang menerima wang tunai RM5,000 dengan projek dikenali sebagai FixerPay. Selain wang tunai kesemua pemenang disenaraikan tadi turut membawa pulang trofi dan juga sijil penyertaan.

Sementara itu tujuh peserta lain masing-masing membawa pulang hadiah sagu hati berjumlah RM1,000 berserta sijil penyertaan. Kesemua pemenang ini terdiri dengan kumpulan CodeLine(5) (MuleZero), JTE (WasteNoMoney), Backend Cluster (Swift Pay Plus), Revenue Monster (I Can Pay), y2k (My-Saku), Freceipts (Guardian Angel) dan Lemonade (GiveNow).

Acara PayHack 2023 terbuka kepada mana-mana individu, sama ada belajar, bekerja atau lain-lain yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu. Sebanyak empat cabaran disediakan yang mana memerlukan setiap kumpulan memilih sama ada satu atau lebih bergantung dengan jenis projek yang dibuat.

Kami turut difahamkan acara PayHack 2023 ini merupakan kali pertama diadakan oleh pihak PayNet bertujuan untuk menarik orang ramai mengenali dengan lebih dekat peranan mereka. Lebih 200 peserta dengan 50 kumpulan penyertaan diterima bagi merebut hadiah dan anugerah yang ditawarkan.

Viewing all 51640 articles
Browse latest View live