
Tahun ini, pelbagai pengambil-alihan syarikat dilakukan beberapa gergasi besar, dan mengikut laporan terkini, ia dikatakan Apple dalam peringkat awal perbincangan untuk mengambil-alih syarikat PrimeSense – yang mana sebelum ini bekerjasama dengan Microsoft dalam pembangunan Kinect pertama.
PrimeSense sedia terkenal dengan kepakaran mereka melalui teknologi natural interfaces selain daripada sokongan sensor 3D. Mengikut apa yang dikatakan, harga pengambil-alihan dibincangkan sekitar $280 juta buat masa ini.
Memandangkan ia masih pada peringkat awal perbincangan, maka tidak pasti lagi sama ada PrimeSense ini akan diambil-alih ataupun tidak. Dan sekiranya ia benar, maka mungkin kita akan dapat melihat integrasi sokongan sensor pada peranti keluaran Apple dalam beberapa tahun lagi.