
Maxis hari ini mengumumkan pelantikan CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) baru untuk syarikat telekomunikasi mereka, iaitu Morten Lundal, dan akan memulakan tugas beliau di Maxis bermula 1 Oktober 2013 ini.
Morten kini merupakan Ketua Pegawai Komersial Kumpulan Vodafone Group, bertanggungjawab bagi aktiviti-aktiviti komersial di peringkat kumpulan. Sebelum memegang jawatan ini pada tahun 2010, Morten merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Serantau bertanggungjawab kepada 8 syarikat yang beroperasi di Eropah Tengah dan Afrika. Beliau menyertai Vodafone daripada DiGi.Com Berhad Group, Malaysia (DiGi Malaysia) pada tahun 2008.
Pada tahun 2004, Morten telah dilantik Ketua Pegawai Eksekutif DiGi Malaysia di mana beliau memainkan peranan penting dalam memulakan pelbagai perubahan penting untuk transformasi dan pertumbuhan DiGi Malaysia.
Sama-sama kita nantikan apakah perubahan yang bakal dibawakan oleh beliau di Maxis sebagai cEO kelak.