Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

Leica Q3 43 Baharu Disenaraikan Di Malaysia Pada Harga RM34,990

$
0
0

Leica mengembangkan lagi rangkaian kamera di bawah siri Q melalui model Q3 43 baharu. Ia direka khusus untuk mereka yang mencari sebuah kamera dengan kemampuan panjang fokus seumpama penglihatan semula jadi mata sorang manusia. Kemudian menjadikan ia sesuai untuk fotografi jalanan dan potrait.

Kamera ini menggunakan sensor CMOS BIS (60MP / 36MP / 18MP) yang digandingkan dengan kanta APO-Summicron 43mm f/2 ASPH yang dibangunkan khas. Sensor juga menyokong julat ISO standard diantara 50 – 100.00 yang menjanjikan imej yang jelas boleh diambil meskipun dalam pencahayaan malap. Selain turut boleh merakam video sehingga 8K dengan pelbagai format termasuk .h265 dan ProRes.

Dengan panjang fokus standard 43mm membolehkan pengguna mendapatkan gambar yang lebih bebas herotan (distortion) dan dekat dengan apa yang ingin dilihat oleh mata manusia. Terdapat juga beberapa pilihan panjang fokus lain diantara 60 hingga 150mm disediakan dalam usaha memberi fleksibiliti kepada pengguna bertukar gaya fotografi dengan lancar – sama ada imej potrait, landskap dan lain-lain. Leica melengkapkan lagi kamera dengan mod makro terbina untuk tangkapan imej jarak dekat.

Pengalaman menjadi lebih baik dengan bantuan sistem autofokus hibrid berasaskan AI yang dapat memastikan subjek dalam dikesan dengan baik. Pada panel belakang pula terdapatnya sebuah skrin TFT LCD yang boleh dicondongkan sebesar 3-inci dan pemidang OLED 5.67MP. Selain itu, kamera juga dilengkapi port USB-C dan HDMI, dalam masa sama melepasi penarafan kalis air IP52. Leica Q3 43 disenaraikan di Malaysia pada harga RM34,990 sebuah.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640