Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

Nilai X Kini Dianggar Susut Hampir 80% Sejak Dibeli Elon Musk

$
0
0

Sudah hampir dua tahun Elon Musk mengambil alih Twitter yang kemudiannya ditukar nama menjadi X. Pada waktu tersebut Musk membayar $44 bilion (~RM 183 bilion) untuk mengambil alih laman media sosial yang digunakan sekitar 200 juta pengguna aktif bulanan. Minggu ini nilai syarikat kini dianggarkan hanya sekitar $9.4 billion (~RM 16.4 bilion) yang bersamaan dengan penyusutan nilai 78.7% oleh firma pelaburan Fidelity.

Fidelity melakukan pelaburan hampir $20 juta selepas ia diambil alih dan menganggarkan pegangan saham mereka ini hanya bernilai $4.19 juta. Nilai X semakin menyusut kerana pada Julai mereka mengatakan nilai pegangan mereka adakah sekitar $5.5 juta.

X dihantui pelbagai isu besar sejak Musk mengatakan ia adalah platform sebenar untuk “kebebasan bersuara”. Tetapi dengan membenarkan kandungan berunsur perkauman, ekstrim dan lucah menyebabkan ia kehilangan jumlah pengiklan.

Linda Yaccarino dilantik sebagai CEO bagi mengembalikan kepercayaan pengiklan tetapi setakat ini beliau gagal kerana X terus membenarkan kandungan-kandungan melampau dihantar tanpa tapisan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640