Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

Funtouch OS 15 Dilancarkan Secara Rasmi – Dibina Berasaskan Android 15

$
0
0

Vivo mengumumkan pelancaran rasmi pelancar Funtouch OS 15 baharu untuk pengguna global. Seterusnya membuka era baharu pengalaman mudah alih yang lancar dan dipertingkatkan. Ia dibina berasaskan versi Android 15 dengan pilihan penyesuaia yang dioptimasikan untuk pengalaman fotografi, permainan dan produktiviti lebih baik.

Ringkasan Funtouch OS 15

Antara pembaharuan dibuat ialah antaramuka yang direka semula untuk meningkatkan tahap responsif keluruhan peranti. Lebih 3800 elemen reka bentuk telah dikemaskini termasuk warna sistem, fon, ikon dan ilustrasi. Pengguna turut boleh menyesuaikan peranti dengan pelbagai pilihan tema, animasi imbasan cap jari serba baharu dan saiz ikon untuk mencipta pengalaman yang benar-benar menarik.

Dengan model Priority Scheduling yang dibangunkan Vivo membolehkan kapasiti pemprosesan data meningkat sebanyak 15% lebih baik. Sokongan Memory Enhancement Technology meningkatkan lagi prestasi sistem operasi sebanyak 40% menggunakan algoritma mampatan memori zRAM yang dioptimumkan. Ini boleh bantu mengurangkan penggunaan memori GPU untuk aplikasi latar belakang.

Gambar sekadar hiasan – Vivo XFold 3 Pro

Kemudian membolehkan pengguna menjalankan berbilang aplikasi secara serentak tanpa menjejakan kelancaran peranti. Diikuti dengan pendekatan Origin Animation eksklusif vivo yang diyakini dapat bantu meningkatkan lagi kelancaran animasi. Sementara itu Lightning-Speed Engine pula boleh mencipta saluran khusus untuk meningkatkan kelajuan tindak balas aplikasi sebanyak 20%.

Terdapat juga Aqua Dynamic Effect yang menyediakan sentuhan visual menyenangkan pada interaksi sistem untuk lebih lancar. Selain itu lebih 700 senario sentuhan turut telah dioptimumkan untuk penggunaan lebih selesa. AI Image Lab pula menggunakan sistem AI untuk meningkatkan kualiti foto secara automatik dan mengalih keluar kesan bayang-bayang daripada dokumen.

Ultra Game Mode dan Game Small Window pula direka khusus buat para gamers untuk akses pintas kepada aplikasi media sosial tanpa mengganggu sesi permainan. Akhir sekali, Link to Windows boleh memudahkan sambungan peranti berbeza seperti telefon pintar dan PC. Seterusnya membolehkan pelbagai kegunaan lain termasuk perkongsian fail berbentuk video atau gambar.

Selain itu, ciri S-Capture juga telah dipertingkatkan dengan keupayaan menambah penanda/anotasi semasa rakaman skrin dan menyokong berbagai kawalan audio termasuk panel kawalan untuk kelantangan mikrofon dan rakaman bunyi sistem. Funtouch OS 15 akan tersedia pada peranti vivo X Fold3 Pro, siri X100 dan iQOO 12 mulai pertengahan Oktober akan datang.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640