Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

BYD Jenama Kereta Elektrik Terlaris Di Malaysia Setakat Julai 2024

$
0
0

Pasaran kenderaan elektrik (EV) Malaysia menunjukkan pertumbuhan positif sehingga Julai 2024 dengan mencatatkan jumlah keseluruhan mencecah 29,300 unit. Keadaan ini dipercayai didorong oleh pengenalan lebih banyak model EV di pasaran tempatan di samping insentif pengecualian cukai yang diperkenalkan kerajaan tempoh hari.

Menurut laporan dari Persatuan Kenderaan Beremisi Sifar Malaysia (MyZEVA), BYD berada di tangga teratas dengan pegangan 33% diikuti oleh Tesla (19%), BMW (19%), Mercedes Benz (5%), Porche (3%), Greet Wall (3%), Hyundai (2%), Smart (2%), MG (1%) dan Audi (1%). Sembilan daripada sepuluh pengeluar kenderaan elektrik tersebut mencatatkan peningkatan sekurang-kurangnya dua digit diantara satu hingga tiga puluh dua peratus pada Julai berbanding bulan sebelum. Hyundai pula satu-satunya jenama dalam senarai yang tidak mencatat pertumbuhan mungkin berpunca daripada julat harga yang tinggi sekaligus menjadi penghalang buat pengguna yang berminat untuk membelinya.

Sementara itu lima model yang paling laku di Malaysia ialah BYD Seal dengan pegangan 17% diikuti oleh BYD ATTO 3 (16%), Tesla Model Y (15%), Tesla Model 3 (13%) dan BYD Dolphin (8%). Dengan latar belakang elektrifikasi yang pesat dan peralihan pilihan pengguna, BYD muncul sebagai peneraju utama di Malaysia. Seterusnya diyakini mampu menyaksikan industri EV di negara ini berkembang sangat pesat dalam tempoh yang akan datang.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640