Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

ARM Juga Pernah Membida Untuk Membeli Bahagian Produk Intel

$
0
0

Kebelakangan ini, ia dilihat bahawa Intel telah menerima beberapa tawaran pengambilalihan, khususnya dari Qualcomm yang dilaporkan sanggup membida beberapa puluh bilion dolar untuk melakukannya. Akan tetapi tawaran tersebut nampaknya ditolak, dan tiada apa-apa yang berlaku.

Reuters baru-baru ini telah melaporkan bahawa ARM, syarikat pembangun teknologi disebalik cip-cip pemprosesan yang menguasakan kebanyakan peranti-peranti pintar di seluruh dunia juga nampaknya telah membida untuk mengambil-alih satu bahagian utama Intel, iaitu bahagian produk.

Ia difahamkan bahawa ARM berminat untuk mengambil-alih bahagian yang terlibat dalam rekaan dan pemasaran cip pemprosesan X86, tetapi tidak mahu bahagian pengeluaran cip pemprosesan syarikat tersebut.

Intel juga dilaporkan akan memisahkan syarikat tersebut ke bahagian pengeluaran cip pemprosesan dan bahagian produk, dan bahagian kedua inilah yang mahu diambil-alih oleh ARM. Sayangnya tiada butiran lanjut yang diketahui mengenai tawaran dari segi pembayaran dan apakah terma-terma yang ditetapkan untuk pembelian tersebut.

Buat masa ini, Arm dan Intel juga tidak memberikan sebarang kenyataan mengenai perkara ini. Intel kini dilihat sedang rancak membangunkan kilang baru mereka di Arizona yang akan menjadi pengeluar utama cip pemprosesan yang dikilang dengan proses 18A buat masa ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640