Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

Yahoo! Mematikan Beberapa Produk – Termasuk AltaVista, Dan WebPlayer

$
0
0

Yahoo!Yahoo! nampaknya ingin menyusun kembali fokus mereka pada produk, dan kini ia diumumkan gergasi internet tersebut akan mula menamatkan beberapa produk dan perkhidmatan mereka bermula daripada hari ini.

Antara yang akan dihentikan adalah termasuk AltaVista, Yahoo! Axis, Yahoo! Browser Plus, Citizen Sports, Yahoo! WebPlayer, FoxyTunes, Yahoo! RSS Alerts, Yahoo! Neighbors Beta, Yahoo! Stars India, Yahoo! Downloads Beta, Yahoo! Local API, dan juga Yahoo! Term Extraction API.

Beberapa daripadanya boleh dikatakan produk eksperimental, dan tidak digunakan secara meluas oleh pengguna.

Dengan menamatkan beberapa produk dan perkhidmatan ini, ia akan membolehkan pasukan pembangun disebaliknya memfokuskan tenaga mereka dalam pembangunan beberapa produk sedia ada Yahoo! yang digunakan oleh lebih ramai pengguna, sekaligus menguntungkan kedua-dua pihak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640