HTC dan juga Samsung, masing-masing telah pun memperkenalkan HTC One dan juga Galaxy S4 versi Google sebelum ini. Selain pihak Sony yang turut dilaporkan akan hadir dengan Xperia Z versi Google tidak lama lagi, kini laporan baru mengatakan pihak Huawei turut sama sedang dalam perbincangan dengan pihak Google untuk peranti Ascend P6 mereka.
Walaupun sebelum ini pihak Huawei mengatakan EmotionUI menawarkan lebih banyak fungsi berbanding peranti Android biasa, namun, laporan terkini mengatakan pihak Huawei dan Google sedang berbincang dan menganalisa dalam membawakan peranti Ascend P6 dengan antaramuka natif Android.
Melalui “versi Google” ini, ia akan menawarkan pengalaman penggunaan Android sebenar, tanpa sebarang penambahan daripada pengeluar. Ia juga dikatakan akan kemaskini dikeluarkan lebih pantas untuknya, berbanding dengan versi lain yang menggunakan antaramuka khas.
Huawei sebelum ini telah memperkenalkan Ascend P6 dengan antaramuka khas daripada Huawei pada 18 Jun lepas.