Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

Video Peranti Meizu MX3 Menjalankan Ubuntu Touch Hadir Ke Web

$
0
0

Tahun ini, selain daripada pelbagai peranti berasaskan Android yang dinantikan, pengguna juga ramai yang menantikan telefon pintar berasaskan sistem operasi Ubuntu Touch.

Canonical sedia mengatakan beberapa pengeluar akan hadir dengan peranti Ubuntu Touch, dan kini dilihat Meizu merupakan salah satu daripadanya.

Melalui video yang dikongsikan oleh GizChina, mereka memperlihatkan telefon pintar Meizu MX3 menjalankan Ubuntu secara ringkas.

Ia mungkin masih pada peringkat pembangunan, dan tidak diketahui lagi bilakah akan dikomersialkan. Beberapa spekulasi awal mengatakan telefon pintar berasaskan Ubuntu Touch ini mungkin akan hadir pada Mobile World Congress pada bulan hadapan kelak.

Jadi, apa kata anda berkenaan video Meizu MX3 menjalankan Ubuntu Touch ini?


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640