Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

Jelly Ingin Memudahkan Proses Soal-Jawab Antara Pengguna

$
0
0

JellyBiz Stone merupakan salah seorang pengasas Twitter, dan telah membangunkan sebuah projek baru sejak daripada tahun lepas. Kini, selepas dinantikan sekian lama, beliau telah pun memperkenalkan aplikasi terbaru beliau, dinamakan Jelly.

Jelly memfokuskan kepada soal-jawab, dimana pengguna hanya perlu merakamkan gambar dan bertanyakan soalan berkaitan dengannya. Pengguna lain kemudiannya boleh menjawab soalan tersebut dan memudahkan proses soal-jawab berbanding kebiasaan.

Terdapat beberapa laman pertanyaan soalan seperti Quora dan sebagainya. Namun, melalui pertanyaan soalan berasaskan gambar ini, ia menjadikan proses berkenaan lebih interaktif. Jelly juga tidak terhad untuk pengguna aplikasi tersebut sahaja, dan soalan yang ditanyakan turut boleh di forward dalam bentuk emel dan juga mesej.

Jelly App

Buat masa ini, Jelly sedia ditawarkan untuk pengguna peranti iOS, sementara untuk Android pula ia hanya terhad untuk beberapa peranti utama sahaja.

Muat-Turun Jelly untuk iOS

Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640