Beberapa minggu yang lepas, pihak Google telah memperkenalkan paparan baru untuk Google Play Store, dan hari ini mereka berkongsi mengatakan paparan baru tersebut turut sama akan diperkenalkan untuk versi web tidak lama lagi.
Melalui pengenalan antaramuka baru ini, ia membawakan rekabentuk yang selari antara pelbagai saiz skrin, sekaligus memudahkan pengguna untuk menggunakannya pada sebarang peranti.
Google Play Store versi web ini dikatakan akan diperkenalkan dalam masa beberapa minggu lagi, dan seperti biasa, membawakan paparan yang kemas dan minimalis yang menjadi identiti Google.