Google sebelum ini sedia menekankan penggunaan packaged apps yang membolehkan aplikasi web dijalankan seumpama perisian dan aplikasi yang terpasang pada komputer. Dengan lebih banyak aplikasi yang mula mengimplementasikannya, kini Google berkongsi mengenai aplikasi Chrome generasi baru mereka.
Berbeza dengan aplikasi biasa, ia membolehkan aplikasi berasaskan web berkenaan berjalan seumpama perisian yang terpasang pada komputer, sekaligus membawakan prestasi penggunaan yang baik berbanding kebiasaan.
Aplikasi generasi baru ini disediakan melalui sebuah koleksi khas pada Chrome Web Store, dipanggil “For Your Desktop”. Melaluinya beberapa aplikasi popular yang tersenarai termasuklah Pocket, Plex, Any.DO, Wunderlist dan beberapa yang lain lagi.
Seperti perisian yang terpasang pada komputer, pengguna boleh menggunakan secara offline, disamping terus memulakannya terus dari desktop dengan mudah.
Buat masa ini, ia sedia menyokong Chromebook dan juga Windows, dan sokongan untuk pengguna Chrome di Mac dan Linux dijangka akan hadir tidak lama lagi.