Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

Angka Penggunaan Android Jelly Bean Mencapai 45%

$
0
0

Setiap bulan, pihak Google mengemaskini halaman dashboard untuk pembangun Android, dan kini mereka telah mengemaskini data tersebut, memperlihatkan angka penggunaan Android semasa.

Daripada apa yang diperlihatkan, Google telah membuang dua versi daripada disertakan, iaitu Donut dan juga Eclair. Menurut Google, versi lebih rendah dari Android 2.2 hanya mencapai sekitar 1% sahaja yang mengakses pelayan Google pada bulan Ogos 2013, sekaligus membuatkan mereka membuang ia.

Android - September 2013

Melalui data baru yang diperlihatkan, hanya sekitar 0.1% yang masih menggunakan Honeycomb, sementara Gingerbread masih lagi ramai menggunakannya – sekitar 30.7%. Versi yang paling meluas digunakan pada hari ini adalah Android Jelly Bean, dimana secara keseluruhan ia berjumlah 45.1%.

Versi Android 4.3 juga masih belum disertakan pada jadual tersebut, dan mungkin akan disertakan pada bulan hadapan.

Angka statistik ini disediakan oleh Google untuk memudahkan para pembangun untuk mengoptimasikan aplikasi mereka, dimana selain penggunaan versi Android, Google juga turut sama menyediakan data berkenaan saiz skrin peranti yang digunakan ramai.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640