Sebelum ini kita telah sedia mendengar beberapa ura-ura dan laporan mengenai LG G Pad, iaitu tablet bersaiz 8.3-inci daripada LG. Kini, ia kelihatan pelancarannya semakin hampir, dengan pihak LG sendiri menerbitkan sebuah video khas pada saluran YouTube mereka.
Melalui video yang diterbitkan di YouTube, LG dilihat menemuramah orang ramai berkaitan dengan tablet yang diingini mereka, dan fungsi-fungsi yang ingin digunakan melaluinya.
LG dijangka akan memperkenalkan tablet Android bersaiz 8.3-inci ini pada acara IFA 2013 yang akan diadakan pada awal September kelak.
Sama-sama kita nantikan lebih info daripada LG dalam masa terdekat ini.