Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

Tablet Windows RT Dari Nokia Bersaiz 10.1-inci Akan Diperkenalkan Pada Penghujung September?

$
0
0

Desas-desus mengenai tablet Windows RT daripada Nokia bukanlah sesuatu yang baru. Terkini, The Verge mengatakan yang mana Nokia bakal melancarkan tablet Windows RT bersaiz 10.1-inci tidak lama lagi.

Mengikut apa yang dikatakan, ia dipanggil dengan nama kod “Sirius”, dan rekabentuk akhir tablet berkenaan akan sedikit sebanyak menyerupai rekabentuk peranti Lumia daripada Nokia.

Tablet ini juga dijangka akan ditawarkan dalam pelbagai pilihan warna, disamping menyertakan kamera 6-megapixel pada bahagian belakang dan 2-megapixel pada bahagian hadapan. Skrin bersaiz 10.1-inci pada tablet ini juga dijangka akan menyertakan resolusi 1920×1080 pixel. Lain-lain spesifikasi yang dijangka akan disertakan adalah termasuk cip pemprosesan Snapdragon 800 dan juga memori 2GB RAM.

Aksesori berupa sebuah papan kekunci dijangka akan ditawarkan bersama-sama yang akan menyertakan jangka hayat bateri tambahan melaluinya.

Nokia dijangka akan memperkenalkan tablet tersebut pada penghujung September ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640