Mengikut laporan Bloomberg hari ini, ia dikatakan yang mana Malaysia dalam perbincangan untuk memantau telefon dan juga internet dalam usaha untuk memerangi rasuah dikalangan kerajaan dan korporat yang bernilai lebih $9 bilion setahun.
Ia dikatakan perbincangan mengenai kawalan elektronik ini masih pada peringkat fasa awal lagi, dan tidak diketahui lagi sama ada ia akan dilaksanakan ataupun tidak. Sekiranya ya, semestinya ramai pihak akan mempersoalkannya dan juga pada masa yang sama ia akan menjadi tanda tanya berkenaan bagaimanakah ia akan dilaksanakan.
Perbincangan mengenai kawalan internet hangat akhir-akhir ini, apabila Edward Snowden mendedahkan rahsia berkaitan program kawalan elektronik di Amerika Syarikat, yang mana dikatakan bertujuan untuk mengatasi pengganas.
Di Malaysia, beberapa langkah telah sedia diambil dalam mengatasi rasuah, termasuk menyenaraikan mereka yang mengambil rasuah secara terbuka di laman SPRM.