Selain daripada Google DevFest Kuala Lumpur yang masih tidak mempunyai sebarang tarikh rasmi buat masa ini, acara Google DevFest juga akan dianjurkan di Kota Kinabalu pada 9 November kelak.
DevFest, seperti ramai sedia maklum merupakan salah satu acara yang dianjurkan oleh komuniti dalam berkongsi pelbagai perkara berkaitan teknologi pembangunan yang merangkumi produk Google seperti Android, YouTube, Google Maps dan sebagainya.
Acara GDG DevFest Kota Kinabalu akan dianjurkan bersama-sama dengan kerjasama pihak Google dan juga Kerajaan Negeri Sabah bersempena dengan bulan ICT Sabah 2013.
Seperti kebanyakkan acara, GDG DevFest Kota Kinabalu terhad kepada 100 orang sahaja, dan pendaftarannya adalah percuma.
Layari : GDG DevFest Kota Kinabalu 2013