Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

Gambar iPhone 5C Tertiris Sekali Lagi

$
0
0

Gambar iPhone 5C telah pun sedia tertiris beberapa kali sebelum ini, dan kini kelihatan salah seorang popstar di China turut berkongsi gambar peranti berkenaan pada akaun Weibo beliau.

Jimmy - iPhone 5C

Jimmy Lin sedia berkongsi akan gambar peranti iPhone 5 sebelum ini, dimana pada akhirnya segala fungsi dan apa yang dikongsikan adalah tepat dengan pengumuman akhir pihak Apple.

Buat masa ini, hanya sekadar gambar peranti berkenaan sahaja dikongsikan, dan tiada sebarang fungsi dibawakan oleh iPhone 5C yang dipaparkan beliau.

Apple dijangka akan mengadakan acara khas mereka pada 10 September kelak, dan mungkin kita akan melihat ia diumumkan secara rasmi pada acara berkenaan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640