Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

Maxis Mensasarkan Meliputi 20% Kawasan Dengan LTE Menjelang Penghujung Tahun

$
0
0

Maxis telah memulakan tahun 2013 dengan memperkenalkan perkhidmatan rangkaian LTE mereka. Kini, ia dilaporkan LTE daripada Maxis meliputi 10% daripada kawasan berpenduduk, dan dijangka akan mencapai 20% menjelang penghujung tahun ini.

Rangkaian Maxis 4G LTE kini berjalang menggunakan spektrum 1800MHz dan juga 2600MHz, membolehkan pengguna dengan peranti yang menyokongnya menggunakan rangkaian internet berkelajuan tinggi tersebut.

Buat masa ini, selain daripada beberapa lokasi utama sekitar Semenanjung Malaysia, Maxis juga turut menawarkan perkhidmatan 4G LTE mereka di Kota Kinabalu dan juga Kuching.

Dengan sasaran untuk mencapai 20% kawasan berpenduduk menjelang penghujung tahun ini, mungkin kita akan dapat melihat ia diperkembangkan ke beberapa bandar lain dalam masa terdekat ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640