Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

Canonical Mengemaskini Harga Ubuntu Edge – Kini $695 Untuk Semua

$
0
0

Ubuntu Edge menerima sumbangan yang tinggi ketika harganya adalah dibawah $700. Dan kini, mengambil berat perkara tersebut, selain dalam usaha mencapai sasaran $32 juta, pihak Canonical mengemaskini tawaran mereka dengan memperkenalkan hanya satu harga peranti sahaja, iaitu $695.

Sehingga kini, lebih kurang $8.6 juta telah dikumpulkan, dan dengan lebih kurang 14 hari berbaki, semestinya perkara ini mungkin serba sebanyak membantu dalam pengumpulan dana mereka.

Pengumuman ini hadir daripada Canonical, selepas pengumuman berkaitan Bloomberg yang menjadi penyumbang untuk Enterprise Bundle pertama.

Berkenaan dengan perbezaan harga bagi yang telah sedia menyumbang, pihak Canonical mengatakan mereka akan menawarkan pemulangan kembali perbezaan harganya.

Jadi, mungkinkah Ubuntu Edge mencapai angka $32 juta dengan berbaki lebih kurang 2 minggu lagi?


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640