Boleh dikatakan, kini hampir setiap minggu kita mendengar mengenai iPhone versi bajet daripada Apple, ataupun yang mana dikatakan sebagai iPhone 5C. Terkini, selain beberapa kerangka yang tertiris sebelum ini, kerangka belakang berwarna merah turut tertiris ke arena web.
Perkara ini sekaligus selari dengan beberapa ura-ura yang mengatakan iPhone 5C akan ditawarkan dalam beberapa pilihan warna, termasuk antaranya adalah merah, kuning, hijau, biru dan juga putih.
Apple boleh dikatakan sedang menghadapi masalah untuk bersaing di negara-negara membangun, terutamanya dengan peranti Android dan juga Windows Phone yang hadir pada harga lebih rendah berbanding iPhone.
Jikalau segala spekulasi adalah benar, maka kita mungkin akan melihat iPhone 5C diumumkan oleh Apple tidak lama lagi.