Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

FoodPanda Memperluaskan Perkhidmatan Ke Ipoh Dan Melaka

$
0
0

FoodPanda sedia menawarkan perkhidmatan mereka dibeberapa bandar utama, membolehkan para pengguna membuat tempahan makanan melalui pelayar web dan aplikasi, seterusnya makanan tersebut dihantar terus ke alamat yang didaftarkan. Kini, FoodPanda turut mengumumkan yang mana pengguna di Ipoh dan juga Melaka turut sama boleh menikmati perkhidmatan mereka.

Aplikasi FoodPanda Malaysia

Bersama-sama penawaran di dua bandar utama ini, pihak FoodPanda juga turut menambah senarai restoran baru dibawah penawaran mereka, termasuk terkini adalah Papa John dan juga RasaMas.

Penambahan restoran ini hadir dengan pengumuman baru-baru ini dimana mereka turut telah mengumumkan penambahan Starbucks, Old Town White Coffee, dan juga Chatime.

Dengan pengumuman ini juga, mungkin kita akan dapat melihat pihak FoodPanda memperluaskan perkhidmatan mereka ke beberapa bandar lain, termasuk terus menambah senarai makanan dan juga restoran yang ditawarkan melalui FoodPanda.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640