Aplikasi permesejan LINE boleh dikatakan terus menambah duta-duta baru di Malaysia, disamping rancak membuat promosi untuk perkhidmatan permesejan mereka. Hari ini, pembangunnya mengumumkan yang mana angka pengguna berdaftar diseluruh dunia untuk LINE telah pun sedia melangkaui 200 juta pengguna.
LINE menawarkan aplikasi mereka untuk beberapa platform utama, selain turut menawarkannya untuk peranti Asha, dan juga untuk pengguna desktop. Di Malaysia sahaja, pihak LINE telah mengumumkan beberapa duta, termasuk Neelofa, Nazim Othman dan juga Fizo Omar baru-baru ini. Selain pengenalan duta baru, mereka turut hadir dengan beberapa sticker memfokuskan pengguna tempatan, termasuk sticker Upin dan Ipin serta bersempena khas dengan Ramadhan Raya.
Selain LINE, beberapa nama lain yang turut bersaing dalam arena yang lebih kurang sama adalah WeChat, dan juga KakaoTalk dimana menawarkan fungsi yang lebih kurang sama melaluinya.