Pada bulan Mei lepas, pihak Google telah berkongsi mengenai angka muat-turun di Google Play yang sedia melangkaui 48 bilion. Kini, ketika berkongsi beberapa info berkenaan kewangan syarikat, Larry Page turut sama berkongsi mengatakan angka muat-turun di Google Play telah pun melangkaui angka 50 bilion secara keseluruhannya.
Dengan perkongsian angka muat-turun ini, ia sekaligus memperlihatkan Google Play yang semakin mendekati Apple AppStore – yang mana turut mengumumkan mengenai muat-turun yang mencapai 50 bilion baru-baru ini. Perkara ini sekaligus memperlihatkan ekosistem Android yang semakin hari semakin membesar.
Selain pengumuman berkaitan angka muat-turun, Larry Page juga turut berkongsi mengenai pembayaran kepada pembangun, dimana nilai pembayaran yang telah dibayar pada enam bulan pertama 2013 telah pun sedia melangkaui pembayaran yang dilakukan kepada pembangun sepanjang tahun 2012 yang lepas.