
Dengan penggunaan enjin Chromium, pembangunan pelayar web Opera turut menjadi pantas. Selepas Opera 15 dilancarkan pada minggu lepas, kini pihak Opera Software telah pun mengeluarkan pelayar web versi pembangunan mereka yang terbaru melalui Opera Next.
Seperti biasa, Opera Next boleh dikatakan sebagai versi beta, dimana ia menyertakan beberapa penambah-baikkan termasuk sokongan eksperimental melalui opera:flags
(lebih kurang menyerupai Chrome). Melaluinya, pengguna boleh mengaktifkan beberapa fungsi dan menggunakannya bersama-sama pelayar web mereka.
Bagi para pengguna Windows dan Mac, anda boleh memuat-turun Opera 16 Next dan mencuba sendiri hari ini.
Muat-Turun Opera 16 Next