Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

VLC Untuk iOS Diterbitkan Semula – Sedia Dimuat-Turun Pengguna iPhone Dan iPad

$
0
0

Pemain media VLC boleh dikatakan antara pemain media yang popular pada beberapa platform, dan kini ia hadir semula untuk pengguna iOS selepas dialihkan keluar lebih dua tahun yang lepas. Melalui aplikasi baru ini, ia masih mengekalkan konsep sumber terbuka dan dibangunkan semula berbanding versi sebelumnya.

VLC iOS

VLC 2.0 untuk iOS ini membolehkan para pengguna peranti iOS, iaitu iPhone, iPad dan juga iPod Touch untuk memainkan sebarang fail media tanpa mengira format dengan mudah melaluinya. Ia juga boleh dianggap sebagai salah satu alternatif kepada beberapa pemain media lain yang terhad untuk memainkan beberapa format video sahaja.

Beberapa sokongan lain yang turut disertakan adalah integrasi Dropbox, sokongan sari kata, sokongan AirPlay, kebolehan memainkan audio pada latar, dan beberapa yang lain.

Bagi pengguna peranti iOS 5.1 dan terkini, anda boleh memuat-turun aplikasi VLC untuk iOS ini secara percuma hari ini, dan menggunakannya dalam menonton video dan mendengar audio terus pada peranti anda.

Muat-Turun VLC untuk iOS

Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640