
Filem berkaitan syarikat dan organisasi berasaskan internet dan teknologi bukanlah sesuatu yang baru. Sebelum ini kita telah melihat filem The Social Network, sementara pada tahun ini beberapa filem akan diterbitkan, dimana selain daripada jOBS yang memfokuskan kisah Apple dan Steve Jobs, lagi satu filem yang akan hadir adalah The Fifth Estate yang memfokuskan kepada Wikileaks.
Daripada video trailer yang diterbitkan kepada umum ini, ramai yang sudah memberikan pelbagai maklumbalas positif, memperlihatkan ia akan menerima permintaan yang tinggi dikalangan penonton. Apatah lagi dengan Wikileaks sendiri yang telah sedia menarik perhatian ramai sejak beberapa tahun yang lepas ini, dengan pengeluaran pelbagai dokumen dan video sulit melalui mereka.
Namun, seperti biasa, pihak Wikileaks sendiri melalui laman Twitter mengatakan bukan ke semua info dalam filem tersebut adalah tepat.