
LG Malaysia bakal memperlihatkan Optimus G Pro untuk media pada minggu hadapan, dan lebih awal daripadanya, kini IMCC melalui laman Facebook mereka berkongsi mengenai harga peranti berkenaan – RM1888.
LG Optimus G Pro membawakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh, dilengkapi cip pemprosesan empat-teras 1.7GHz, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 2.1-megapixel, memori 2GB RAM, serta dilengkapi dengan Android 4.1 Jelly Bean.
Peranti ini juga membawakan sokongan rangkaian LTE, membolehkan pengguna menikmati rangkaian LTE yang sedang diperkenalkan secara berperingkat di Malaysia.
Kami akan membawakan lebih maklumat berkaitan dengan peranti ini secara terus daripada pihak LG Malaysia pada minggu hadapan.