Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

Yahoo! Mengambil-Alih Xobni

$
0
0

Yahoo! - Xobni dan QwikiSelepas mengambil-alih Qwiki pada awal minggu ini, hari ini pihak Yahoo! turut sama mengumumkan pengambil-alihan lagi satu syarikat, iaitu Xobni. Harga pengambil-alihan dianggarkan sekitar $30 juta ke $40 juta.

Xobni, seperti pada namanya yang dieja secara terbalik dari perkataan “Inbox” – memfokuskan kepada pengurusan address book. Ia sekaligus mungkin akan memberikan nilai tambahan kepada perkhidmatan emel daripada Yahoo! – YMail.

Buat masa ini, kedua-dua pihak tidak mengumumkan apakah perancangan lanjut dengan perkhidmatan Xobni. Namun, ia kelihatan mereka tidak lagi akan menerima pelanggan baru untuk perkhidmatan berbayar mereka, dan bagi mereka yang sedia menggunakannya, boleh menikmati perkhidmatan tersebut sehingga tahun hadapan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640