
Peranti Asha 501 telah pun mula dijual dipasaran tempatan sejak penghujung bulan lepas, dan kini pihak Nokia mengumumkan kehadiran aplikasi pemetaan mereka – HERE Maps untuk peranti berkenaan.
Pengenalan untuk platform Asha baru ini sekaligus memperlihatkan HERE Maps yang direkabentuk untuk peranti yang tidak mempunyai sokongan GPS, dan pihak Nokia mengatakan mereka akan terus menambah-baik ia dari hari ke hari.
Menurut Nokia, kini pengguna Asha 501 boleh membuat carian alamat di lebih 200 buah negara, disamping pada masa yang sama mendapatkan laluan navigasi untuk pelbagai lokasi dengan mudah.
Bagi pengguna Asha yang berminat, anda boleh mendapatkan HERE Maps (beta) daripada Nokia Store secara percuma hari ini.