
Opera telah memperkenalkan sokongan Opera Web Pass pada tahun lepas, dimana DiGi menjadi yang awal memperkenalkannya. Kini, pihak Maxis turut tidak ketinggalan, dan turut memperkenalkannya kepada para pengguna mereka, membolehkan pelanggan Maxis melayari web pada harga serendah RM1 sehari.
Opera WebPass memfokuskan kepada para pelanggan yang tidak melanggan sebarang pelan data, dimana mereka dengan mudah boleh membuka pelayar web Opera Mini, dan membuat pelayaran web dengan mengaktifkan Opera WebPass melaluinya.
Untuk menggunakannya, pengguna perlu terlebih dahulu memasang Opera Mini pada peranti BlackBerry, J2ME, S60 ataupun Android. Kemudiannya sekiranya mereka membuka pelayar web, ia akan memperlihatkan sebuah ikon khas untuk membolehkan pengguna membuat langganan terus pelan data sehari pada harga RM1, dan memulakan pelayaran web serta-merta melaluinya.