Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

Click to Do Ialah Jawapan Microsoft Kepada Google Circle To Search

$
0
0

Ciri Circle to Search ialah ciptaan Google yang saya rasakan terbaik tahun ini kerana memudahkan proses mencari sumber gambar, sumber maklumat, dan melakukan semakan fakta dengan hanya menyentuh butang home pada peranti Android. Microsoft pagi tadi mengumumkan ciri Click to Do yang merupakan Circle to Search versi mereka.

Pada komputer Copilot+ PC nanti, Click to Do boleh diseru dengan menekan butang Copilot. Keseluruhan skrin akan diproses dengan pengguna kemudian hanya perlu menekan bahagian gambar atau teks yang ingin dicari dengan bantuan Bing Search. Bing Search kemudiannya akan memberikan keputusan carian yang bertepatan dengan objek yang dipilih oleh pengguna.

Click to Do hanya boleh digunakan pada Copilot+ PC sahaja pada bukan Oktober oleh peserta Windows Insiders sebelum diberikan secara lebih meluas pada bulan November depan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640