Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

Bateri Baharu Panasonic 4680 Untuk EV Mempunyai Kepadatan Kuasa 500% Lebih Tinggi

$
0
0

Isu utama dengan kenderaan elektrik (EV) ialah jarak perjalanan yang masih terhad, pek bateri yang sangat berat dan masa pengecasan yang perlahan. Panasonic telah mengumumkan mereka kini sedia memulakan pengeluaran bateri baharu 4680 tahun depan yang menjanjikan kepadatan luasa 500% lebih tinggi berbanding bateri 2170 yang digunakan selama ini.

Walaupun 4680 sedikit lebih besar berbanding 2170, ia akan masih membuka kepada pengeluaran pek bateri EV yang lebih ringan, output kuasa yang lebih tinggi, pengecasan yang lebih pantas dan lebih penting sekali harga EV yang lebih rendah di masa hadapan. Ia walaubagaimanapun masih lagi menggunakan teknologi Li-Ion dan bukan dari jenis keadaan-pepejal yang berkepadatan lebih tinggi.

Bateri Panasonic 4680 telahpun disahkan akan digunakan oleh Tesla, Lucid, Toyota dan Ford. Pengeluaran akan dilakukan di kilang Panasonic yang terletak di Wakayama Jepun.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640