Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

Infinix SMART 9 Tersedia Di Malaysia Dengan Harga RM299

$
0
0

Infinix SMART 9 diumumkan secara rasmi di Malaysia sebagai tambahan baharu untuk rangkaian telefon pintar jenama ini. Ia merupakan telefon berspesifikasi asas dengan tumpuan terhadap kegunaan aktiviti harian biasa. Dalam masa sama mampu menyediakan pilihan baharu buat pengguna yang mencari sebuah telefon dengan harga mampu milik.

Infinix SMART 9 menggunakan skrin LCD 6.7″ beresolusi HD+ dan kadar segar semula 120Hz. Mengusai peranti adalah cip Mediatek Helio G81 dengan memori 3GB RAM dan storan dalaman 64GB. Selain itu mempunyai bateri 5000mAh dengan pengecasan 10W. Sistem kamera pula terdiri dengan 13MP AF dan swafoto sebesar 8MP. Lain-lain spesifikasi termasuk port USB-C, bicu audio 3.5mm, kalis air IP54, pemancar merah dan menjalan XOS 14 berasaskan Android 14 (Go Edition).

Harga jualan rasmi adalah RM299 dengan pilihan warna Metallic Black, Neo Titanium dan Mint Green. Ketersediaan bermula sekarang melalui pengedar sah rasmi Infinix Malaysia sama ada secara dalam atau luar talian.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640