Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

Aplikasi Twitter, Facebook Dan Evernote Hadir Ke Google Glass

$
0
0
Google Glass

Google Glass, walaupun masih belum diperkenalkan kepada para pengguna umum, namun ia tidak menghentikan para pembangun hadir dengan aplikasi-aplikasi untuknya, dan kini Facebook, Twitter, Tumblr, dan juga Evernote mengumumkan aplikasi untuknya.

Twitter untuk GlassMelalui Facebook untuk Glass, ia membolehkan pengguna merakamkan gambar dan berkongsi dengan rakan mereka di laman sosial terkemuka – Facebook. Untuk Aplikasi Twitter Glass pula, ia turut sama membawakan sokongan sama, dan pada masa yang sama turut melihat notifikasi dan membalas Tweet menggunakanya.

Memandangkan beberapa aplikasi popular telah pun hadir ke Google Glass, mungkin dari minggu ke minggu, kita akan dapat melihat lebih banyak aplikasi hadir untuk kaca mata pintar Google tersebut.

Tarikh rasmi berkenaan bilakah Google Glass akan dilancarkan untuk pengguna umum masih tidak diketahui. Dan semestinya salah satu persoalan popular, adakah ia akan dipasarkan di luar Amerika Syarikat ataupun tidak?


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

Trending Articles