Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

Linkin Park Kini Mempunyai Figura Cetakan 3D Untuk Peminat

$
0
0

Teknologi cetakan 3D kini digunakan secara meluas. Sudah ada tangan palsu cetakan 3D yang digunakan bagi membantu kanak-kanak yang cacat anggota. Cetakan 3D juga digunakan untuk menghasilkan baju, rumah dan senjata api. Terdapat perancangan dari NASA untuk membina koloni di permukaan bulan yang dibina menggunakan mesin cetakan 3D gergasi pada masa hadapan.

Staramba-Linkin-Park2

Kumpulan Nu Metal ternama Linkin Park bekerjasa sama dengan syarikat percetakan 3D Jerman Staramba untuk menghasilkan replika ahli kumpulan mereka. Peminat boleh memiliki replika Mike Shinoda, Chester Bennington, David Farrell, Brad Delson, Rob Bourdon dan Joe Hahn pada skala 1:5. 1:10 dan 1:20. Setiap figura dihasilkan dengan mengimbas tubuh setiap ahli kumpulan ini dengan mesin imbasan gergasi milik Staramba. Hanya 99 figura akan dihasilkan untuk setiap ahli dan harga jualan adalah diantara 499 Dollar untuk versi 1:5 dan 295 Dollar untuk kesemua figura ahli pada skala 1:20 . Penghasilan figura ini adalah selari dengan konsert jelajah Carnivores yang sedang berlangsung sekarang. Pada setiap lokasi konsert Staramba akan meletakkan reruai khas mereka lengkap dengan mesin pengimbas bagi peminat menghasilkan figura cetakan 3D diri mereka sendiri.

Ini sememangnya penggunaan teknologi yang menarik. Sekiranya ianya wujud 10 tahun yang lalu pasti kami akan cuba memiliki figura aksi Linkin Park. Sudah lama rasanya kami tidak membeli album mereka dan harga figura – figura ini tidak mampu kami miliki.

Sekiranya ada figura cetakan 3D yang dijual di Malaysia siapakah yang ingin anda miliki?

Staramba-Linkin-Park1


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640