Pada acara Gamescom 2014 hari ini, Hideo Kojima yang terkenal dengan siri Metal Gear Solid telah mengumumkan permainan Metal Gear Solid: Ground Zero dan juga Metal Gear Solid 5: Phantom Pain akan hadir ke platform Steam. Beliau telah mengumumkannya dengan memainkan video berikut.
Sekiranya anda tidak biasa dengan injap merah ikonik pada kotak itu merupakan satu gambar yang selalu muncul sebelum permainan keluaran Valve dimulakan. Oleh kerana dalam video ini Snake menyorok didalam kotak (‘Box’) terdapat juga teori mengatakan kemungkinan permainan MGS tersebut akan hadir dan sesuai dengan platform Steam Machine yang juga dikenali sebagai Steam Box.
Buat masa ini tiada tarikh bilakah permainan tersebut akan diterbitkan untuk platform Steam.