Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

Akaun Twitter Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Digodam

$
0
0

Akaun Twitter rasmi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAMtwitter) digodam pagi ini oleh penggodam dari Argentina yang memanggil diri mereka  @LiberoamericaMu . Godaman mula dikesan pada jam 1.10 pagi ini dengan tuitan yang mencerca kerajaan Malaysia dan Penerbangan Malaysia kerana dikatakan gagal menyelesaikan insiden kemalangan MH17.  Selain daripada itu mereka juga mendakwa pihak yang bertanggungjawab menjatuhkan pesawat ini ialah keluarga Rothchild. Avatar Twitter serta gambar muka hadapan akaun ini turut diubah oleh LiberoamericaMu dan digantikan dengan gambar monyet bermain dengan komputer.

Sehingga ini akaun masih di tangan penggodam dan kami akan mengemaskini artikel ini mengikut perkembangan semasa.

godamn-JPAM1

 

godamn-JPAM2

Sumber @JPAMTwitter

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640