Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

Google Memperkenalkan Projek Loon – Akses Internet Yang Dikuasakan Belon

$
0
0

Project LoonGoogle sebelum ini telah memperkenalkan beberapa projek Google[x] mereka, dan terkini mereka turut sama memperkenalkan projek terbaru dibawahnya, dikenali sebagai Projek Loon.

Buat masa ini, Projek Loon ini boleh dikatakan masih pada peringkat awal, dan diuji di beberapa kawasan yang terhad sahaja. Melaluinya, Google menerbangkan beberapa “belon” di stratosfera (lebih kurang 20 kilometer dari tanah), dimana melaluinya ia menyediakan signal untuk pengguna mengakses internet pada kelajuan sekitar 3G atau lebih pantas daripadanya.

Projek ini lebih ditujukan untuk kawasan pendalaman, membolehkan lebih ramai pengguna mengakses dan menggunakan internet, sekaligus membolehkan mereka mendapat pelbagai informasi dan sebagainya dengan pantas.

Google baru sahaja memulakan eksperimen ini dengan memilih lebih kurang 50 orang untuk mengujinya di New Zealand. Dan sekiranya berjaya dalam fasa awal ini, mungkin kita akan melihat ia diperluaskan ke lebih banyak kawasan dan negara dalam masa beberapa bulan lagi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640