Asus Fonepad merupakan tablet bersaiz 7-inci yang didatangkan dengan sokongan panggilan suara. Setelah dilancarkan di Malaysia pada bulan April lepas, kini Asus mengumumkan versi baru peranti tersebut yang membawakan kemaskini dari segi spesifikasi dan juga ruangan storan.
Melalui versi terbarunya, ia menyertakan cip pemprosesan Intel Atom Z2460 sepantas 1.6GHz dan dilengkapi dengan ruangan storan sebesar 32GB.
Sokongan lain seperti ruangan mikro-SD dan lain-lain dikekalkan pada peranti berkenaan. Dari segi harga, ia memperlihatkan sedikit peningkatan harga berbanding peranti yang telah sedia terjual di pasaran tempatan.
Ia tidak diketahui lagi bilakah versi baru Fonepad ini akan memasuki pasaran Malaysia.