Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

Amanz x Ramadhan 3 – Menangi Samsung LEVEL In

$
0
0

Sepanjang bulan Ramadhan ini, kami menyediakan beberapa hadiah menarik untuk para pengguna, hasil kerjasama dengan beberapa penaja. Meneruskan untuk hadiah hari ketiga adalah hadiah daripada pihak Samsung, iaitu Samsung LEVEL In.

Samsung LEVEL In

Samsung LEVEL In merupakan earphone daripada pihak Samsung, memfokuskan kepada penawaran kualiti bunyi yang amat baik kepada pengguna. Ia dijual pada harga RM559 untuk pasaran tempatan.

Samsung LEVEL In hadir dengan sistem speaker tiga arah, 1 speaker dinamik dengan bass, dan 2 balanced armatures. Pihak Samsung telah memperkenalkan siri speaker premium mereka ini pada penghujung April yang lepas, dan telah mula dijual di Malaysia sejak minggu lepas.

Untuk giveaway kali ini, kami mempunyai dua set Samsung LEVEL In untuk diberikan. Seperti biasa, pengguna hanya perlu meninggalkan komen slogan ringkas, melengkapkan, “Saya ingin memenangi Samsung LEVEL In kerana…”, dan pemenang bertuah akan dipilih berdasarkan slogan yang menarik.

Seperti beberapa giveaway lepas, giveaway ini turut dibuka kepada semua yang mempunyai alamat di Malaysia, dan sekiranya anda menang, anda akan dihubungi berdasarkan alamat emel yang digunakan ketika meninggalkan komen. Penerimaan komen akan ditamatkan pada pukul 3 pagi (4 Julai).


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640