Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

Scribd Diperkenalkan Untuk Windows 8 – Memudahkan Anda Mengikuti Buku Digital

$
0
0

Scribd merupakan salah satu platform perkongsian dokumen yang popular di arena web, dimana pengguna boleh mengakses kepada pelbagai buku digital, dokumen dan sebagainya yang dikongsikan melalui platform tersebut oleh ramai pengguna, termasuk oleh penerbit – secara percuma dan berbayar.

Scribd Windows 8

Terkini, pembangun Scribd dilihat telah turut hadir dengan sebuah aplikasi rasmi untuk pengguna Windows 8 dan Windows RT, sekaligus memudahkan anda mengikuti dan membaca pada tablet dan komputer anda tanpa melalui antaramuka web.

Scribd mengatakan melalui aplikasi tersebut pengguna turut boleh mendapatkan akses kepada lebih 400,000 buku digital daripada pelbagai penerbit terkemuka pada harga langganan sebanyak $8.99 sebulan.

Bagi para pengguna Windows 8 atau Windows RT, anda boleh memuat-turun aplikasi Scribd ini secara percuma di Windows Store hari ini, dan menggunakannya dalam membaca buku kegemaran anda. Ia dilihat, akses internet diperlukan ketika anda menggunakannya, yang mana mungkin salah satu kekurangan buat masa ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640