Quantcast
Channel: Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640

Acer Dilaporkan Akan Hadir Dengan Telefon Pintar Windows Phone Pada Tahun Hadapan – 2014

$
0
0

Acer kelihatan agak aktif pada tahun ini, dan kini melalui perancangan awal yang kelihatan, ia menunjukkan pihak Acer mungkin akan hadir dengan telefon pintar berasaskan Windows Phone 8 pada awal tahun hadapan.

Acer Windows Phone 2014

Walaupun Acer sedia popular dengan komputer riba mereka, tetapi dari segi telefon pintar, masih boleh dikatakan agak kurang menyerlah berbanding beberapa jenama yang lain.

Melalui telefon pintar Windows Phone 8, ia kelihatan Acer mensasarkan untuk memberikan pengalaman penggunaan yang selari dengan komputer riba Windows 8 mereka.

Daripada perancangan yang diperlihatkan, ia menunjukkan Acer merancang untuk memperkenalkan peranti Windows Phone 8 mereka menjelang pertengahan pertama tahun 2014 kelak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 51640