Google pada hari ini telah mengammbil-alih sebuah lagi syarikat baru dibawah mereka, iaitu syarikat yang menawarkan penterjemahan dalam bentuk augmented reality, melalui aplikasi popular mereka Word Lens.
Aplikasi Word Lens yang dibangunkan oleh Quest Visual ini ditawarkan untuk Android, dan juga iOS, dimana ia boleh membuat penterjemahan untuk pelbagai perkataan yang dicetak atau dipaparkan pada papan tanda dengan pantas.
Pengambil-alihan Quest Visual ini akan memperlihatkan pelbagai teknologi mereka diintegrasikan ke dalam Google Translate tidak lama lagi.
Sementara menantikan pelbagai transasi selesai sepenuhnya, aplikasi Word Lens akan terus ditawarkan untuk iOS dan Android secara percuma, sebelum ia dibuang daripada kedai aplikasi tersebut.